SEGMEN #SUARABLOGGER

Sambil duduk-duduk ni, teringat masa kecik-kecik dulu. Masa tu, dunia ni nampak luas sangat, penuh warna-warni. Kak Tini memang lasak. Kalau petang-petang tu, memang syiok la dok main dengan kengkawan. Macam-macam yang kami main. Badmintonlah, kunda-kundilah, baling seliparlah, cari mar-marlah, panjat pokok pun ada. Pendek kata, apa juga bendalah yang boleh dimainkan, pasti kami akan main. Hehehehe.


Alangkah gembiranya kita berada dalam kehidupan yang aman dan damai kan. Teringat masa tahun 1992, berlakunya peristiwa

PERANG

yang amat mengejutkan. Masa tu Kak Tini masih bersekolah di sekolah rendah lagi. Walaupun masih kanak-kanak, Kak Tini rasa begitu terkesan dengan pembantaian habis-habisan yang dilakukan kepada mangsa perang. Sedih membayangkan kanak-kanak yang mengalami penderitaan emosi dan fizikal. Kanak-kanak, wanita dan warga emas diseksa dan dibunuh semahu-mahunya.

Perang Bosnia-Herzegovina

Perang Bosnia (1992-1995) berlaku di Bosnia dan Herzegovina akibat konflik antarabangsa. Bermula pada 1 Mac 1992 dan berakhir pada 14 Disember 1995, konflik ini melibatkan Tentera Republik Bosnia dan Herzegovina menghadapi etnik Serb dan Croat Bosnia yang mengisytiharkan entiti berasingan di wilayah Bosnia dan Herzegovina.

Peristiwa ini adalah sebahagian daripada peristiwa

Perpisahan Yugoslavia

Selepas Slovenia dan Croatia merdeka daripada Yugoslavia pada tahun 1991, Bosnia dan Herzegovina yang didiami oleh pelbagai etnik telah mengadakan

Referendum Kemerdekaan

pada 29 Februari 1992. Referendum ini telah ditolak oleh wakil Serb Bosnia, yang kemudiannya mengisytiharkan republik mereka sendiri.

Pengisytiharan kemerdekaan Bosnia dan Herzegovina menyebabkan tentera Serb Bosnia, dengan sokongan Serbia dan Croatia, menyerang untuk menguasai wilayah Serb dan tersebar ke seluruh negara. Mereka juga melakukan

Penghapusan Etnik

terutamanya terhadap Bosnia dan Croat di timur Bosnia dan Republika Srpska.


Konflik di Bosnia bermula dengan pertempuran wilayah antara tentera Serb Republika Srpska (VRS) dan Tentera Bosnia dan Herzegovina (ARBiH), yang majoritinya terdiri daripada etnik Bosniak, serta tentera Croat dari Majlis Pertahanan Croatia (HVO). Orang Croat juga ingin menguasai bahagian Bosnia dan Herzegovina. Pemimpin politik Serb dan Croat bersetuju untuk berkongsi Bosnia berdasarkan Perjanjian Karađorđevo dan Graz, menyebabkan puak tentera Croat berpaling tadah terhadap ARBiH dan mencetuskan Perang Bosnia-Croat.

Perang Bosnia dicirikan oleh pengeboman bandar, pembersihan etnik, dan keganasan besar-besaran, terutamanya dilakukan oleh tentera Serb, serta pada skala yang lebih kecil, tentera Croat dan Bosnia. Peristiwa ikonik seperti

Pengepungan Sarajevo

dan pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica menandakan kekejaman konflik ini.

Walaupun Serbia pada mulanya lebih kuat dalam senjata dan mendapat sokongan JNA, momentum berubah apabila Bosnia dan Croatia bersatu menentang Republika Srpska pada tahun 1994. Selepas pembunuhan beramai-ramai di Srebrenica dan Markale, NATO campur tangan dengan Pasukan Operasi Sengaja pada tahun 1995, menyasarkan tentera Republika Srpska. Peperangan itu berakhir selepas Perjanjian Rangka Kerja Am untuk Keselamatan di Bosnia dan Herzegovina ditandatangani pada 14 Disember 1995.

Menurut laporan PBB, tentera Serbia bertanggungjawab atas 90% jenayah perang, tentera Croatia 6%, dan tentera Bosnia 4%. Tribunal Jenayah Antarabangsa untuk bekas Yugoslavia menuduh 45 orang Serbia, 12 orang Croat, dan 4 orang Bosnia melakukan jenayah perang yang berkaitan dengan Perang Bosnia. Anggaran terkini mencadangkan bahawa kira-kira 100,000 orang terbunuh dan lebih daripada 2.2 juta telah dipindahkan, menjadikannya konflik paling dahsyat di Eropah sejak Perang Dunia II. Tidak kurang daripada 12–20,000 wanita turut dirogol, kebanyakannya adalah etnik Bosnia.


Pendudukan Israel di Bumi Palestin

Kini, kita dikejutkan pula dengan pembataian Isnotreal terhadap Palestin.

Pendudukan Israel di Palestin

yang bermula dari tahun 1948 hingga ke hari ini, telah menjadi konflik yang berlarutan dan berakar umbi yang telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dihapuskan di rantau ini. Asal-usul pendudukan boleh dikesan kembali kepada penubuhan Negara Israel pada tahun 1948, satu detik yang dirujuk oleh rakyat Palestin sebagai

Nakba

atau malapetaka. Peristiwa penting ini mengakibatkan ratusan ribu penduduk Palestin dipindahkan dari rumah nenek moyang mereka.

Wilayah yang menjadi pusat konflik Israel-Palestin termasuk Tebing Barat, Baitulmaqdis Timur, dan Semenanjung Gaza. Sejak 1967, Israel telah mengekalkan pendudukan tentera di kawasan-kawasan ini, yang telah membawa kepada kecaman antarabangsa yang meluas dan menyeru penyelesaian yang adil.


Salah satu aspek pendudukan yang kekal dan dipertikaikan ialah

Pembinaan dan Pengembangan Penempatan Israel

di Tebing Barat, yang dianggap tidak sah di bawah undang-undang antarabangsa. Penempatan ini bukan sahaja mengakibatkan rampasan tanah Palestin tetapi juga telah merumitkan usaha untuk menubuhkan sebuah negara Palestin yang berdaya maju.

Situasi di Baitulmaqdis Timur, sebuah bandar yang mempunyai kepentingan agama dan budaya yang besar untuk Palestin, telah menjadi titik tumpuan ketegangan. Pengilhakan Baitulmaqdis Timur oleh Israel telah dikritik secara meluas, dan status bandar itu kekal sebagai isu utama dan memecahbelahkan rundingan damai.

Semenanjung Gaza

tertakluk kepada sekatan Israel sejak 2007, telah menghadapi cabaran kemanusiaan yang teruk, termasuk sekatan ke atas pergerakan barangan dan orang. Sekatan itu, ditambah pula dengan konflik ketenteraan yang berkala, telah memberi kesan yang besar kepada penduduk awam, yang membawa kepada penderitaan dan kekurangan yang meluas.


Imbas Kembali

Pada penghujung abad ke-19, fenomena sokongan besar-besaran terhadap

Ideologi Zionisme

mencapai kemuncaknya di kalangan masyarakat Yahudi. Ideologi ini mempromosikan idea untuk menubuhkan negara Yahudi di bumi Palestin. Salah seorang tokoh utama yang menyebarkan agenda ini ialah Theodor Herzl, seorang wartawan Yahudi dan aktivis politik, yang menggariskan visinya dalam bukunya yang terkenal, "Negara Yahudi." Sejak penyebaran idea ini, momentum gerakan Zionis telah berkembang di kalangan masyarakat Yahudi di seluruh Eropah pada tahun 1896.

Kemajuan terbesar gerakan Zionis dicapai melalui

Persidangan Zionis Antarabangsa Pertama

pada tahun 1897 di Basel, Switzerland. Dalam perbicaraan ini, gerakan ini menghasilkan resolusi untuk menubuhkan sebuah negara khas untuk orang Yahudi di bumi Palestin, yang diiktiraf secara sah oleh undang-undang antarabangsa.

Pelbagai perancangan kemudiannya dilakukan oleh gerakan Zionis untuk

Merampas Tanah Palestin

Pada mulanya, percubaan telah dibuat untuk membeli tanah daripada Khalifah Uthmaniyyah, Sultan Abdul Hamid II. Walau bagaimanapun, percubaan ini ditolak dengan tegas oleh Sultan, yang bertegas untuk mengekalkan kedaulatan bumi Palestin.


Gerakan Zionis kemudiannya

Bekerjasama dengan Empayar British

untuk menggulingkan Empayar Uthmaniyyah dan mendapatkan tanah Palestin demi mencapai impian mereka. Proses ini melibatkan pelbagai peristiwa penting, seperti penjajahan British di Palestin pada tahun 1917, penghijrahan besar-besaran hampir 400,000 orang Yahudi ke Palestin antara tahun 1920 dan 1946, dan pelaksanaan Rancangan Pengagihan Tanah PBB pada tahun 1947 yang memberikan dua pertiga daripada tanah Palestin. kepada masyarakat Yahudi. .

Pada kemuncaknya, pada 14 Mei 1948, gerakan Zionis Yahudi mengumumkan penubuhan negara Israel, berikutan berakhirnya mandat British ke atas Palestin. Walau bagaimanapun, bagi rakyat Palestin, tarikh ini menjadi Hari Nakba (Hari Malapetaka), menandakan kehilangan negara mereka dari peta dunia dan permulaan pengusiran dan penghapusan etnik yang menyakitkan. Lebih 750,000 penduduk asli telah diusir dan 15,000 orang kehilangan nyawa.

Wilayah Gaza diserahkan kepada Mesir, dan Tebing Barat diberikan kepada Jordan. Pada tahun 2023, insiden Nakba telah berlaku selama 75 tahun tanpa penyelesaian yang jelas.


Dalam tempoh ini, rakyat Palestin mengalami pelbagai penderitaan. Walaupun beberapa negara Arab telah memilih jalan damai dengan Israel, dan sebahagian daripada gerakan Palestin sendiri menerima konsep penyelesaian dua negara, perjuangan untuk pembebasan tanah dan hak asasi manusia diteruskan.

Sejak 1987, terutamanya dengan

Pembentukan Hamas

rakyat Palestin terus berjuang menentang penjajahan Israel. Bangkangan yang berterusan ini memaksa Israel berundur sepenuhnya dari Gaza pada 2005. Namun, selepas Hamas secara sah memenangi pilihan raya pada 2006, Amerika Syarikat dan Israel enggan mengiktiraf kemenangan itu dan melaksanakan sekatan ekonomi, laut dan udara terhadap Gaza dari 2007 hingga hari ini.

7 Oktober lalu, dikenali sebagai

Taufan Al-Aqsa

menandakan satu fasa baharu dalam perjuangan Palestin iaitu fasa pembebasan sepenuhnya bumi Palestin. Ketika ini, kebersamaan dan sokongan global amat diperlukan bagi menyokong usaha pejuang Palestin membebaskan Masjid Al-Aqsa dan seluruh bumi Palestin yang masih diduduki.


Bagi Kak Tini,dulu, zaman belum ada teknologi canggih, kita cuma boleh menzahirkan sokongan kepada Palestin dari jauh. Tapi sekarang ni, teknologi dah semakin canggih, (well, sebenarnya semua tu dimulai dek pelbagai penemuan oleh cendekiawan Islam terdahulu, mereka yang laaa nih dok gunakan penemuan ni pastu dok buat thumbdrive, jaringan internet, kapal terbang dan sebagainya. Pendek kata, dengan menggunakan segala asas yang telah ditemui oleh the Islamic scholars, diorang claim pulak yang merekalah insan pertama yang menemuinya, gituh).

Semua nak claim kan? Itu nak claim, ini nak claim. Diorang je lah yang hebat. Padahal, sejarah telah membuktikan bahawa ianya bukan sepertimana yang mereka katakan. Lepas tu, nak buat itu, ini, sibuk dok kaji Al-Quran kita, pi lah kaji kitab depa kalau betui sangat kan kan kan. Bongkak kan? Dah tahu tak betul, masih nak berlagak jugak.

Surah Al-Baqarah ayat 34:

وَاِذْ قُلْنَا لِلْمَلٰۤىِٕكَةِ اسْجُدُوْا لِاٰدَمَ فَسَجَدُوْٓا اِلَّآ اِبْلِيْسَۗ اَبٰى وَاسْتَكْبَرَۖ وَكَانَ مِنَ الْكٰفِرِيْنَ

Ertinya: "Dan (ingatlah) ketika Kami berfirman kepada para malaikat, "Sujudlah kamu kepada Adam!" Maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Ia menolak dan menyombongkan diri, dan ia termasuk golongan yang kafir."


Bukan itu je, macam-macam lagilah yang golongan ni dah buat terutamanya merosakkan bumi Allah. Ini termasuklah membuat kacau-bilau terhadap kemaslahatan alam sejagat. Apa yang berlaku di Palestin, memang sesuatu yang tidak boleh diterima akal. Masakan tidak, mana mungkin insan yang berhati nurani sanggup mengebom hospital, masjid, kem penempatan (pelarian) yang mana mereka melakukannya straight to the face kan? Kejam!

Bagi geng laknatullah ni, takde hal. Apedehal. Diorang selamba je bom atau tembak orang awam secara rambang. Seriyes, memang tidak berperikemanusiaan langsung! Kak Tini sampai tak sanggup la nak tengok gambar-gambar dan video-video yang tersebar melata di media sosial. Terlalu kejam! Orang yang bukan manusiawi jer yang bom hospital, budak, perempuan dan rakyat biasa. Ini genocide!

Namun, Kak Tini tetap kuatkan hati dan terus menulis serta berkongsi segala berita berkenaan Palestin di setiap platform media sosial yang Kak Tini aktif. Kalau sehari tak update memang rasa tak tenang jiwa ni. Kak Tini bersama beberapa sahabat seangkatan berusaha sehabis-baik untuk menggunakan platform media sosial kami demi menyebarkan kebenaran. Kak Tini tak boleh terima penjajahan terhadap Palestin!


InsyaAllah, Kak Tini harap, perjuangan yang sekecil-kecil ini akan menjadi sekelumit kebaikan buat kita semua di sana kelak. Marilah kita teruskan perjuangan bagi meruntuhkan naratif yang telah lama dikuasai oleh Zionis, dan mendedahkan kebenaran sejarah perjuangan panjang rakyat Palestin. Kerahkan segala kebolehan dan kemahiran yang kita miliki demi saudara kita di sana. Teruskanlah berdoa dan bersuara kerana setiap tindakan kecil pun akan memberi impak yang besar dalam perjuangan ini.

DARI SUNGAI HINGGA SEGARA, PALESTIN PASTI MERDEKA

xoxo


Post a Comment

2 Comments

  1. Aamin2x...Linda hanya mampu berdoa utk saudara kita di Palestin...sedih tgok mangsa2..terutama anak2 kecil yang tak tahu apa2...

    ReplyDelete
  2. perkongsian yang sangat menarik dan berilmu kak. Teruskan menulis supaya lebih ramai cakna tentang isu ini

    ReplyDelete