Wednesday, August 25, 2010

@ syurgamu ramadhan


Datuk Halimatun telah berputus arang dengan Marlia. Anak sulungnya itu melarikan diri meninggalkannya pada malam akad nikad. Marlia memang tidak pernah rapat dengannya sejak dari kecil. Marlia suka melawan dan membantah. Datuk Halimatun tidak paham.

Dia hanya mahu yang terbaik untuk Marlia. Tapi Marlia lebih rela berkahwin dengan seorang pendatang dari mengahwini seorang lelaki yang menjadi pilihan Limah. Memang tujuan Limah mengahwinkan Marlia dengan anak Datin Maimun untuk mengelakkan Marlia jatuh kedalam pelukan orang pendatang. Tapi dia tidak mahu memaksa lagi apabila Marlia melarikan diri.

Itu kisah 16 tahun lalu. Dan telah 16 tahun juga Datuk Halimatun tidak pernah melihat wajah anak sulungnya itu. Mati atau hidup, Datuk Halimatun tak peduli. Marlia bukan lagi anaknya. Tumpuannya kini adalah pada Yassin. Anak bongsunya.

Yassin masih ingat dengan Kak Lia. Dia sayangkan Kak Lia tapi sayang dan rindu itu di simpan jauh di dalam hati. Datuk Halimatun tidak membenarkan nama itu di sebut-sebut. Dia dah hampir 2 tahun berkawin dengan wanita yang menjadi pilihan ibunya. Marlia bahagia. Meskipun dirinya tidak di limpahi intan berlian, tapi Marlia bersyukur. Dia bahagia dengan Budi walaupun Budi cuma bekerja sebagai pengawal keselamatan di luar bandar. Lalu bersama cinta mereka itu lahir 5 cahayamata berusia antara 15 hingga 5 tahun. Anak-anak mereka hidup bahagia. Sama sekali mereka tidak menyangka mereka akan kehilangan segala-galanya dalam sekelip mata. Marlia dan Budi terlibat dalam kemalangan ngeri dan kedua-duanya meninggal dunia di tempat kejadian.

Ratapan 5 anak yatim piatu ini mendapat liputan pihak media. Hidup mereka menjadi lintang-pukang. Mereka terlalu muda untuk menangani hidup yang penuh berliku tanpa ibu bapa. Pihak kebajikan masyarakat ingin menempatkan mereka semua di rumah anak yatim. Ada juga pihak yang ingin menjadikan mereka anak angkat, tapi tidak semua. Mereka akan di pisahkan. Suzana bersuara lantang. Dia tidak akan menyerahkan adik-adiknya pada siapa-siapa pun. Keadaan keperitan Suzana 5 beradik mendapat perhatian program Bersamamu TV3. Suzana memberitahu bahawa ayahnya anak yatim piatu berasal dari Sumatera. Dan ibunya Marlia pula tidak pernah menceritakan perihal saudara-mara yang ada. Datuk Halimatun melihat program itu. Dia menyedari kematian Marlia kerana berita kematian itu disiarkan dalam akhbar… Tapi dia tak ambik kisah. Marlia bukan lagi sebahagian dari hidupnya. Marlia telah dibuang jauh dan digantikan dengan dendam yang membara sampai kini. Namun begitu Yassin telah membawa 5 beradik ini pulang ke rumah untuk hidup bersamanya dan nenek mereka.

Ramadan menjelang tiba. Hati sayu terkenang suasana puasa bersama ibu dan ayah. Suzana tertanya-tanya, adakah Nek Halimah akan melayan mereka dengan buruk buat selama-lamanya?

SyurgaMu Ramadan adalah kisah pengorbanan, kasih sayang dan yang paling penting, kemaafan. Tiada nilainya pahala sekiranya ianya berlapikkan nafsu api kemarahan dan tiada yang lebih indah dari satu kemaafan. Kemaafan dari dendam yang terpendam.

=> sekali buat entry pasal cerita la pulak... hahahahaha... dah tak dak ide la ibu Kaisah ngan Thaqif tu... ade makna sebenarnye kisah ini, untuk mereka yang mengetahuinya... memang kemaafaan dendam yang terindah... tapi tu la kan, bila orang dah takde baru la nak kenang la nak sedey2 la nak nangis2 la... x guna dah... masa owang masih hidup la dia sepatutnya dihargai... lagipun, betul tak semestinya yang tua sahaja, salah tak semestinya yang muda sahaja... tak salah nak mengajar, tapi perlulah dengan cara yang betul dan pastikan pendapat dan perasaan anak juga diambil kira... we are all human beings maa... standard la ada perasaan positif dan negatif... tipulah kalau semuanya baik aje... cumanya, ambil iktibar dan pengajaran atas segala apa yang telah berlaku kerana rambut kita mungkin sama hitam, tapi minat kita mungkin berbeza...

=> antara citarasa dan budaya, citarasa kita nyata berbeza-beza, yang penting kita sama-sama menghormati...

=> sekali terkenang...

0 comments on "@ syurgamu ramadhan"

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates