PERTANDINGAN MEWARNA - OHSEM BACK TO SCHOOL - 15/12/2017


Seriously awesome kids!!! Ini memang betul-betul ohsem... sempena ibu-bapa membuat persiapan untuk anak-anak kembali ke sekolah, jom kita sertai pertandingan mewarna ini... penyertaan adalah PERCUMA!!!

Anak-anak kesayangan hamba memang suka sangatlah kalau dapat join pertandingan mewarna... dapat bersama-sama dengan crowd tu membuatkan kita rasa seronok kata mereka... di samping dapat mengenengahkan bakat terpendam juga mencungkil kreativiti, dapat juga berkenal-kenalan dengan sahabat baru... mengembangkan ukhuwah gitu...

09:00 Malam, 15 Disember 2017

Okay, di bawah ini disertakan syarat-syarat penyertaan:
1. Penyertaan adalah percuma. Terbuka kepada kanak-kanakberumur 5-12 tahun sahaja.
2. Peserta hanya dibenarkan menggunakan kertas lukisan yang disediakan oleh pihak penganjur.
3. Sila bawa peralatan mewarna sendiri.
4. Masa yang ditetapkan untuk peserta adalah 1 jam.
5. Semua peserta mestilah berada di tempat pendaftaran di Uptown Puchong Night Bazaar sebelum pukul 3 petang.
6. Peserta hendaklah datang bersama penjaga atau guru pengiring untuk tujuan keselamatan.
7. Keputusan panel hakim adalah muktamad. Sebarang aduan dan rayuan tidak akan dilayan.
8. Semua hasil pertandingan mewarna adalah hak milik pengurusan.
9. Borang penyertaan yang lengkap diisi hendaklah dihantar melalui email atau di pejabat pengurusan Uptown puchong Night Bazaar (Lot A29)
10. Untuk keterangan lanjut, sila hubungi nombor yang tertera di dalam poster.

Apa tunggu lagi?... Jomlah kita mendaftar beramai-ramai...
Jumpa di sana kids!!!

#ohsembacktoschool #aimantino #pertandinganmewarna

xoxo

Post a Comment

Previous Post Next Post