Saturday, November 10, 2018

KIDS MARATHON 2018 - JOHOR BAHRU - 24/11/2018

0 comments

Let the picture do the talking... come on kids!!! Let's join this marathon...

xoxo



KENTANG CHARITY FUN RUN - PUCHONG - 09/12/2018

0 comments

The objective of this Kentang Charity Fun Run is to raise money to buy a brand new ambulance and medical supplies to support the Community Policing Malaysia founded by Mr. Kuan Chee Heng, aka Uncle Kentang. Ambulance purchases are not easy, and you will need a strong community partnership. This is how you can help them.


Runner t-shirt 
Finisher medal 
Certificate signed by Uncle Kentang 
Goodies and many more... 


Men open : RM60 
Women open : RM60 
Child (under 12yr-old) : RM40

Ini macam la baru kentang!!!! Jom kentang-kentang sekalian... jom kita meriahkan lagi acara ini...

Go kentang!!!!

xoxo


BRAILLETHON - PUTRAJAYA - 24/11/2018

0 comments

Perisian: Ms Word Document (Doc/Docx) 
 Jenis tulisan: Times New Roman 
 Saiz: 12 
 Spacing: 1.5 

Sebelum mula menaip, sila tulis muka surat buku di bahagian atas sebelah kiri. Jangan taip muka surat buku di bahagian header dalam word. Sekiranya masih terdapat ruang kosong di bahagian bawah pada muka surat word tersebut, sila sambung menaip untuk muka surat buku seterusnya. Tulis sebarang simbol seperti di dalam buku (/ = + * ( ) “” - ... % & @ ! # : . ) 

 Buat italic, bold, underline seperti dalam buku. Jangan taip header buku. Sekiranya terdapat jadual (nombor), peta, graf dan apa-apa grafik, sila taip rujuk jadual atau rujuk rajah atau peta atau carta atau graf. Sekiranya terdapat gambar yang menunjukkan sesuatu perlakuan, situasi atau keadaan, sila beri penerangan ringkas mengenai gambar tersebut. Contoh, gambar menunjukkan sekumpulan lebah sedang membuat sarang. Sekiranya terdapat tulisan asing (jawi dan lain-lain), sila buat kurungan dan taip “rujuk buku”. 

 JANGAN MASUKKAN (INSERT) APA-APA BENTUK/SHAPE. JANGAN TEKAN BUTTON TAB! Sila guna button space untuk jarak. Setelah selesai, softcopy hendaklah dihantar ke bahagian urus setia. ** sesiapa yang tidak ada laptop kemudahan PC disediakan.

xoxo

PERTANDINGAN MEREKA BENTUK BLOK (LEGO) - PUTRAJAYA - 24 & 25/11/2018

0 comments

Syarat dan Peraturan :- 
HANYA NAMA KETUA KUMPULAN SAHAJA YANG PERLU DI ISI DI DALAM EPENYERTAAN 

 Penyertaan adalah terbuka dan percuma 
 Berumur 10 tahun dan ke atas 
 Terhad kepada 10 kumpulan untuk satu hari. ( 1 kumpulan : 3 peserta ) 

 Tema pertandingan Sesi 1 - 24 NOVEMBER 2018 (Sabtu) : SUASANA HARI TERBUKA PPK Tema pertandingan Sesi 2 - 25 NOVEMBER 2018 (Ahad) : BANGUNAN DI PUTRAJAYA 

 Masa keseluruhan yang diperuntukan adalah selama 2 jam sahaja.

PESERTA PERTANDINGAN HANYA DIBENARKAN UNTUK MEMILIH SALAH SATU (1) HARI PERTANDINGAN SAHAJA.

Pertandingan akan diadili berpandukan kepada struktur, kerjasama, kekemasan dan kreativiti yang diambil untuk menyiapkan konsep yang telah ditetapkan. Peserta tidak dibenarkan mendapatkan bantuan daripada individu lain semasa pertandingan dijalankan dan sekiranya ia berlaku penyertaan peserta tersebut akan dibatalkan. Peralatan disediakan oleh pihak PPK.

xoxo

PERTANDINGAN MEWARNA - PPK PUTRAJAYA - 25/11/2018

0 comments

SYARAT DAN PERATURAN 

1. Terbahagi kepada 2 kategori :-  
Kategori "A" : 5 - 6 tahun (1 jam 15 minit) dan menggunakan warna pensil 
 Kategori "B" : 7 - 10 tahun (1 jam 15 minit) dan menggunakan warna krayon 

 2. Pertandingan ini terbuka kepada Ahli PPK sahaja.
Pendaftaran keahlian dan perbaharui keahlian HENDAKLAH sebelum atau pada 22 November 2018 (Khamis). Keahlian peserta haruslah aktif sehingga hari pertandingan berlangsung 

 3. Peralatan mewarna disediakan oleh pihak penganjur 

 4. TIDAK DIBENARKAN MENGGUNAKAN ALATAN MEWARNA SENDIRI 

 5. Penyertaan percuma dan terhad 

 6. Lukisan peserta akan menjadi Hak Milik PPj 7. Hadiah menarik menanti pemenang 8. Untuk maklumat lanjut boleh hubungi 03-88877667 / 7670 / 7671 / 7681

Ahli-ahli PPK, jom sertai tau... jangan lepaskan peluang keemasan ini...

xoxo

SAYEMBARA PENULISAN NOVEL FUTURISTIK GAPENA-DBP 2018

0 comments
Kredit dan sumber dari: Berita Harian (04 Jun 2018)

Kuala Lumpur: Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA) dan Dewan Bahasa Pustaka (DBP) menganjurkan Sayembara Penulisan Novel Futuristik GAPENA-DBP 2018 yang menawarkan hadiah wang tunai yang keseluruhannya bernilai RM75,000. 


 Ketua Satu GAPENA, Datuk Zainal Abidin Borhan, berkata penganjuran sayembara ini akan memberi peluang kepada penulis untuk menghasilkan karya sastera yang dapat membayangkan mengenai masa hadapan negara. Beliau berkata, karya dihasilkan akan memperlihatkan bagaimana aspek kemanusiaan yang dipaparkan melalui kreativiti dan imaginasi penulis dapat memberi pertimbangan wajar kepada masyarakat dalam meneruskan kehidupan pada masa mendatang.

 Perkembangan dunia kian mencabar. “Kesedaran terhadap persoalan masa depan negara timbul kerana perkembangan dunia yang semakin mencabar dengan pelbagai fenomena teknologi, sosial, ekonomi, budaya, politik dan agama. 

 "Gagasan penulis perlu memikirkan perubahan ini dan seterusnya memberi idea bernas mengenai kemungkinan pertembungan peradaban dan ideologi manusia melalui penghasilan karya sastera.” katanya dalam kenyataan kepada BH, di sini. 

 Sayembara penulisan novel futuristik yang diadakan bersempena sambutan Hari Kebangsaan negara ke-61 itu mengetengahkan tema Masa Depan Malaysia dan penyertaan akan dibuka sehingga 31 Mei 2019

 Penyertaan dibuka kepada semua rakyat Malaysia dan maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan boleh diperoleh dengan menghubungi Urus Setia Sayembara di 019-3855047 atau 0193196560, selain mengajukan persoalan melalui e-mel di spfgapena@gmail.com.

xoxo

HANTAR MANUSKRIP KE LEJEN PRESS

0 comments

Anda punya manuskrip yang kena dengan gaya penerbitan Lejen
Jangan terkebil-kebil lagi di depan monitor ini, segera hantarkan kepada Lejen dan barisan panel Lejen yang terdiri daripada 12 orang panel tetap akan membuat penilaian. 

 1. Penulis perlu emelkan sinopsis cerita beserta 3 bab pertama cadangan manuskrip novel untuk penilaian pihak Lejen Press di alamat emel manuskrip@lejenpress.com. Jumlah perkataan untuk 3 bab pertama ini adalah sekitar 5000-7000 patah perkataan. 

 2. Hendaklah menghantar manuskrip dalam format fail Microsoft Word: Jenis Huruf : Times New Roman, Saiz 12 dan 1.5 Spacing 

 3. Sertakan nama penuh, umur, alamat emel, dan nombor telefon bagi memudahkan urusan komunikasi pihak Lejen Press dengan penulis. 

 4. Manuskrip hendaklah bergaya unggul, urban, berani, ekspresif, tidak kaku, luar biasa, asli dan tidak diciplak dari mana-mana karya lain. 

 5. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian dalam tempoh 1-3 minggu untuk 3 bab pertama yang dihantar. 

 6. Sekiranya diluluskan, pihak Lejen Press akan menghubungi anda untuk menghantar manuskrip penuh. 

 7. Barisan panel Lejen Press akan membuat penilaian semula manuskrip penuh tersebut dan keputusan samada diterima atau ditolak atau perlukan rombakan / penambahbaikan cerita akan diberitahu dalam masa kurang sebulan. 

 8. Sekiranya tiada maklum balas diterima selepas sebulan, anda dinasihatkan untuk menghantar emel susulan ke manuskrip@lejenpress.com untuk membuat semakan status manuskrip yang telah dihantar. 

 9. Harap maklum bahawa Lejen Press hanya menerbitkan dan menerima novel sahaja. 

 10. Selamat menulis dengan berani.

Credit: Lejen Press

Apa tunggu lagi geng? Jom kembangkan bakat anda... kalau dah memang minta sangat menulis dan memang ada idea penceritaan yang unik, menarik dan lain dari yang lain, apa kata cuba hantarkan hasil penulisan anda untuk diterbitkan... mana tahu ini mungkin titik-tolak untuk kita menebarkan sayap di dalam industri penulisan kan... ayuh, jiwa-jiwa yang kental... jom sertainya...

xoxo

PERTANDINGAN MEWARNA KANAK-KANAK - BATU PAHAT - 24/11/2018

0 comments

Biar gambar yang berkata-kata...

Moh le kita join ye semua... Hadiahnya pun menarik tu... siap ada piala gitu... Jom, jom... Jumpa di sana!!!

xoxo



PERTANDINGAN MEWARNA TERBUKA (HARI PENGGUNA MALAYSIA) - 17/11/2018

0 comments

SEMUA ORANG DIJEMPUT UNTUK MENYERTAI PERTANDINGAN MEWARNA TERBUKA

Tarikh: 17 November 2018 (Sabtu) 
Pendaftaran: 8.00 pagi - 8.50 pagi 
Masa Pertandingan: 9:00 pagi - 11:00 pagi 
Penyampaian Hadiah Mewarna: 12:30 tengah hari 
Tempat: Dewan Raja Muda Musa, Seksyen 7, Shah Alam 

 Kategori Kategori A. 
Umur 4 – 6 

Kategori B. 
Darjah 1 – 3 

Kategori C. 
Darjah 4 – 6 

Kategori D. 
Berumur 13 tahun dan ke atas. 

Syarat Keputusan hakim adalah muktamad. 
Hanya PENSEL WARNA SAHAJA YANG DIBENARKAN. 
Penyertaan hanya terbuka kepada semua Warganegara Malaysia. 
Peserta boleh mendaftar terus pada hari pertandingan. 
Pihak penganjur tidak akan menyediakan sebarang kerusi atau meja untuk para peserta. 
Keputusan hakim adalah muktamad. 
 * Tertakluk kepada perubahan semasa 

 Cara Penyertaan 
ANDA BOLEH MENDAFTAR TERUS PADA HARI TERSEBUT. TIDAK PERLU UNTUK MENGHANTAR BORANG PENYERTAAN SEBELUM PERTANDINGAN. 

Selain daripada pertandingan mewarna, terdapat aktiviti-aktiviti lain untuk semua lapisan masyarakat seperti pameran dan booth berinformasi pada hari tersebut. 


Sila hubungi Urusetia di urusetia@mypengguna.com atau 03-7875 6370 / 03-7876 2009 untuk keterangan lanjut.

Jom uolls!!!! Jom sertai pertandingan mewarna ini...
Jom adik, abang. kakak. makcik, pakcik...
Jumpa di sana ya...

xoxo

WE ARE BACK

0 comments


xoxo

Monday, October 1, 2018

PESAN - IRFAN HARIS

0 comments

Disaat ku tiada nanti,
tiada lagi disisimu...
Jangan kau bersedih dan menangis...
Engkau insan yang ku sayang...
Yang paling ku kasih dirimu...
Amat bererti dihidupku...
Nanti diakhir nafasku...
Lihatlah ku buat kali yang terakhir...
Doa doakan la aku...
Disaat aku menghadap-Nya...
Jaga dirimu, sayangku...
Disaatku bila tiada disisimu...
Semoga cinta kita kan bersama...
Di hatimu...
Jadikan aku yang terakhir...
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu...
Saat ku kirim cinta...
Yang abadi...
Nanti diakhir nafasku...
Lihatlah ku buat kali yang terakhir...
Doa doakan la aku...
Disaat aku menghadap-Nya...
Jaga dirimu, sayangku...
Disaatku bila tiada disisimu...
Semoga cinta kita kan bersama...
Di hatimu...
Jadikan aku yang terakhir...
Sampai nafasku terhenti dihujung waktu...
Saat ku kirim cinta...
Yang abadi...

xoxo

Sunday, July 29, 2018

AUDIT - ISSUE OF FINDINGS

16 comments

AUDIT: Issuance of findings

 Bila keluarkan findings, semasa tulis, jangan fitnah... 

Jangan tulis mengatakan Auditee tak buat sesuatu, contoh : dumpy level, gas tester didapati tidak di calibrate...

Itu fitnah... fitnah berdosa, masuk neraka... 

 Tulislah dengan murni, "semasa audit, auditor gagal menjumpai bukti yang menunjukan gas tester serial number xxxxxx, telah dicalibrate, validate, atau verified sebelum digunakan, ini melanggar clause xxxxx of xxxxx." 

 Kan murni tu? 

 Dan alang-alang is all about "risk based thinking"... 

 Cuba jadi auditor yang lagi murni... Tulislah risk dia sekali... 

 "Risk of findings: alat yang tidak dicalibrate atau validate mungkin tidak dapat berfungsi dengan tepat, dan oleh kerana ini adalah gas tester, alat yang kritikal untuk keselamatan dan kesihatan, isu ini boleh mengakibatkan kehilangan nyawa, yang juga akan effect business syarikat dari reputasi buruk."

Kan murni tu? Bila tulis apa-apa findings, jangan tulis sehingga nampak kita sedang "blame" someone... always blame the system, not the person"... 

 Only an excellent auditor knows how to carry out the responsibility successfully... thus, be one... go and get a proper training for an improvement... #auditor #notablamegame

xoxo

KARNIVAL NURI MERDEKA 2018 - 04 OGOS 2018

0 comments

Karnival Nuri Merdeka uolls!!! Apa lagi, ibu, ayah, kakak, abang, datuk, nenek sekalian, jom bawa anak-anak ke Karnival Nuri Merdeka!!! Jom ke lokasi Karnival Nuri Merdeka paling dekat... boleh daftar sebagai ahli Kelab Nuri di kelabnuri.com.my dan ajaklah kawan-kawan turun beramai-ramai ke karnival paling meriah ini...


Bagi melancarkan pendaftaran akaun Kelab Nuri, ibu bapa perlu membawa kad pengenalan masing-masing dan MyKid atau Sijil Kelahiran anak... jom jumpa di sana... boleh bergambar dan beramah mesra dengan Big Bro tau... anak-anak pasti teruja!!! 

Jom Sayangi Malaysiaku bersama Kelab Nuri Bank Rakyat... #KelabNuri #SayangiMalaysiaku #KarnivalNuriMerdeka #Karnival #Merdeka#BankRakyat


Karnival Merdeka Nuri dijalankan serentak di 14 lokasi... Big Bro akan berada di lokasi-lokasi tersebut uolls... untuk mengetahui berkenaan lokasi dan event ini, sila klik di sini... kat bawah ni pun dah disenaraikan nama-nama lokasi yang terlibat...



Di sini kami sertakan maklumat berkenaan Kelab Nuri untuk anda:

Syarat: Had umur kanak-kanak berumur 18 tahun ke bawah sahaja. 
Pendaftaran: Yuran keahlian RM50 setahun bagi tahun pertama dan RM10 setahun bagi tahun berikutnya 
Pendaftaran boleh dibuat melalui:- Mana-mana Cawangan Bank Rakyat; Mikrosite Kelab Nuri (www.kelabnuri.com.my); atau Bas Nuri... 

Keistimewaan Kelab NURI: 
 1. Pelbagai manfaat dan kelebihan khas untuk peserta program seperti:-
2. Pemberian hadiah wang tunai dalam bentuk Akaun Simpanan-I NURI / Akaun Simpanan-1 Bank Rakyat
3. Perlindungan Takaful Percuma
4. Diskaun eksklusif daripada rakan dagang terpilih
5. Keutamaan menyertai program anjuran Kelab NURI. 

Pembatalan keahlian serta-merta apabila ahli melebihi umur 18 tahun

Untuk maklumat lanjut, bolehlah anda layari halaman ini...


Jumpa di sana ya!!! Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua...

xoxo

Monday, July 2, 2018

THR GEGAR - DENGAR RADIO ONLINE

0 comments

THR Gegar is one of the most famous online radio station in Malaysia... THR Gegar Pantai Timur has now more then 1.6 million listeners all over the world... Ramai juga penyampai yang terkenal dan terbaik mengendalikan segala slot di THR Gegar seperti Nasa, Suzana, Nazz, Rezlynn, Zura, Nadira dan Azahari... THR Gegar is broadcasted 24 hours with variety kind of latest Malaysian online music... 

Selamat mendengar...

Listen THR Gegar
Please Click On To Play Button And Wait For 10-20 Seconds!

xoxo

Friday, June 29, 2018

SINAR FM - DENGAR RADIO ONLINE

0 comments

SINAR, a strong No. 2 Malay radio brand in Malaysia... the brand plays hits from the 80's until today, with songs that make fans feel good and brighten their days... evergreen dan sungguh menggamit nostalgia uolls... masa dok dengar lagu tu, mula la teringat balik zaman kanak-kanak, remaja juga zaman muda-mudi... memang best-best lagu yang diputarkan... pendek kata, tak boringlah... DJ yang mengendalikan segmen-segmennya pula adalah seperti Jepp Sepahtu, Rahim Sepahtu, Angah, Kak Bet, Jamal Jamaludin dan ramai lagi... apa lagi, jom dengar Sinar FM...

Listen Sinar FM
Please Click On To Play Button And Wait For 10-20 Seconds!

xoxo

SURIA FM - DENGAR RADIO ONLINE

0 comments


Jom dengar radio online... Suria FM is one of the most famous online radio station in Malaysia... lagu-lagu yang diputarkan pun menarik... senang cerita, tak jemulah telinga mendengarnya... belum lagi dengan celoteh para juruhebah yang mencuit hati lagi tu... Suria FM live broadcasted 24 hours various kind of latest Malaysian hip-hop, dance, electronic music and not forgetting evergreen songs as well... SuriaFM.com was founded in 09 December, 2005 with its official web site address as stated below: www.suriafm.com.my

Listen Suria FM
Please Click On To Play Button And Wait For 10-20 Seconds!

xoxo

Wednesday, June 20, 2018

TOYOTA VIOS E 1.5 AUTO 2017 - SAMBUNG BAYAR

0 comments

🎉🎉PROMO RAYA🎉🎉
STOCK SAMBUNG BAYAR

👉Toyota Vios E 1.5 Auto 2017
👉Bulanan RM920
👉PM Deposit

Lokasi & Test: Selangor

http://www.wasap.my/+60193458610

#sambungbayar #keretasambungbayar #toyotavios #viosauto #vios2017 #viosE

xoxo

THREADMILL MINI

0 comments

Stock coming but limited 
Treadmill mini set A
Rm209 add rm20sm only
Pink & blue
Saiz 52cm(w)x85cm(h)+95cm(l)
Max 70-80kg
http://www.wasap.my/+60193458610


Treadmill mini set B
Rm249 add rm25sm only
Pink & blue
Saiz: 52cm(w)x85cm(h)+120cm(l)

RINDU RAMADAN DAN BABY KECIL

0 comments

anak kecil bersamping biru,
berbaju melayu lagak putera,
walaupun tanpa berbaju baru,
Syawal tetap disambut gembira.

pelbagai rentetan kenangan berlaku sepanjang Syawal tahun sebelum sehinggalah ke detik-detik pengakhiran Ramadan tahun ini... kehilangan sanak-saudara, kegersangan nilai kasih-sayang daripada mereka yang dianggap teman seperjuangan dalam pekerjaan sehingga sanggup mengkhianati juga manusia plastik yang penuh dengan dendam-kesumat...

walaupun begitu, tetap berbahagia kerana dikelilingi oleh para sahabat budiman (juga keluarga) yang terus memberikan sokongan, dorongan juga bantuan yang tidak bertepi... thank you all... you know who you are and we will always owe you on this... #love #sahabatselamanya



semoga Ramadan yang telah berakhir ini memberikan seribu satu keberkatan juga melorongkan kemenangan yang sebenar buat kita semua... few days back (13/06/2018) juga merupakan 12y10m of monthlyversary dengan harapan agar segalanya dipermudahkanNya untuk kita (semua) dalam berusaha bertungkus-lumus mencari sesuap rezeki demi kelangsungan hidup...

tiba-tiba terasa rindu baby kecil... #eh #ramadanmulia #stopmengampu #stopkhianat #kamimaafkananda #nodendam


xoxo

weolls @ connected

weolls @ popular posts

weolls @ world

weolls @ labels

 

All About Us Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal


This template is brought to you by : allblogtools.com | Blogger Templates