IBU NAKHODA HIDUP - 30/03/2018



Wahai ibu-ibu sekalian, cubalah... untung sabut timbul...

Tarikh: 30/03/2018
Tempat: Mydin Mall, USJ
Masa: 10.00 pagi

Kami doakan kejayaan buat anda semua...

Kredit kepada Harian Metro => Oleh Siti Nadirah Hafidzin, siti_nadirah@hmetro.com.my 

 Khusus bagi memberi sokongan kepada usahawan wanita di negara ini, jenama di bawah Procter & Gamble (P&G) dan pengguna berganding bahu bersama pasar raya borong Mydin serta badan bukan kerajaan (NGO) WOMEN:girls menjalankan kempen ‘Hulurkan Harapan: Ibu Nakhoda Hidup’ untuk menghargai serta memberi sokongan kepada golongan itu. Dengan manifesto ‘Ibu Nakhoda Hidup’, kempen itu memberi penekanan kepada kekuatan dan kesungguhan ibu sebagai ‘nakhoda’ dalam berusaha memberikan masa depan yang lebih baik untuk diri sendiri dan keluarga. 

Ketua Pegawai Eksekutif P&G Malaysia, Singapura dan Brunei, Nicolas De La Giroday berkata, melalui kerjasama itu ia mampu menyokong usahawan wanita dengan memberikan peralatan, kemahiran serta pendidikan diperlukan dalam menghadapi cabaran dan melaksanakan tanggung­jawab sebagai wanita perkasa. Menurutnya, ibu menjadi tunggak dalam sesebuah keluarga yang perlu diberikan sokongan dan galakan semangat berterusan. 

“Inisiatif ini juga seiring komitmen P&G memberi semangat kepada wanita untuk mencapai potensi mereka sepenuh­nya. Diharap kempen ini mampu mencapai objektifnya dalam membantu wanita,” katanya ketika pelancaran kempen di Mydin Wholesale Hypermarket Seremban, Negeri Sembilan, baru-baru ini. Sebagai sebahagian daripada inisiatif kempen, lima usahawan bergelar ibu dipilih sebagai penerima yang akan menjalani latihan mentor dan pembinaan kemahiran untuk menajamkan kemahiran perniagaan mereka dalam pengurusan aliran tunai, pengedaran dan promosi. Dana yang dikumpul daripada program itu turut digunakan untuk membeli peralatan yang diperlukan dalam membantu usahawan ini membawa perniagaan mereka ke tahap yang seterusnya. 

Menurut Pengasas WOMEN:girls Low Ngai Yuen, pihaknya ingin meng­gerakkan transformasi sosial supaya wanita dapat menjadi penyumbang kepada ekonomi negara. “Misi kami adalah untuk memberi semangat kepada wanita. Kami percaya wanita akan lebih bersemangat apabila boleh mengawal hidupnya sendiri, memilih agenda sendiri apabila memiliki kemahiran dan tahu cara menyelesaikan masalah. Semua faktor ini akan menguatkan semangat dan membentuk dirinya supaya tidak perlu bergantung kepada orang lain,” katanya. 

 Sebagai individu yang memulakan perniagaan sendiri dan kemudian berkembang menjadi perusahaan besar, Pengarah Urusan Mydin Mohamed Holdings Berhad Datuk Wira Ameer Ali Mydin adalah penyokong kuat kepada program membantu usahawan wanita. “Saya tahu apa yang perlu dilalui untuk memulakan perniagaan sendiri. Ia adalah satu kemenangan apabila kejayaan anda dan tahu semua itu diperoleh melalui usaha keras dan kesungguhan sendiri. “Siapa yang tidak seronok jika anda bukan saja boleh menyara diri sendiri dan keluarga, malah dapat membantu orang lain,” katanya. 

(Artikel ini disiarkan pada: Selasa, 26 Mei 2015 @ 12:51 PM)

xoxo

Share:

No comments:

Post a Comment


LOVELY COMMENTATORS

FACEBOOK FAN PAGE

SUBSCRIBE US


POPULAR

TAGS

1 year (31) 1-6 months (153) 10 months (8) 11 months (11) 2 years (27) 3 years (13) 7 months (76) 8 months (16) 9 months (14) 91loading (1) accommodation (5) achievements (18) adventoro (1) airlines (2) aiskrim Malaysia (1) amazing (6) apartment (1) appreciation (8) asset management (1) attire (1) audit (1) automotive (1) award (1) baby carrier (1) babysitter (1) bath (2) beauty (7) bedsheet (1) birth (2) birthday (5) bloglist (31) blogwalking (41) bloom this (1) cadar (1) car (1) car accessory (1) car cushion (1) carsome (1) catering (3) celebration (132) cerita cina (3) cerita melayu (8) chemical (4) chocolate (3) citin hotel masjid jamek (1) colgate (1) collaboration (1) come back (2) competition (170) contact lense (3) contact us (139) contest (128) coolblog (1) cousins (76) COVID-19 (78) CSR (1) cuckoo (1) dah makan (1) delivery (5) dental departures (1) disclaimer (1) discount (6) do bong soon (2) earn online (13) effortless (1) emergency (71) engineering (4) event (218) exercise (1) family (306) female attire (4) festaka (1) festari (1) fizz saver (1) florist (3) for rent (5) for sale (80) freebies (5) freelance (68) friends (206) frozen (1) fruit ninja @ dochi (1) game (1) giveaway (49) government sector (11) granny (10) happy bunch (1) homestay (1) honestbee (1) ice-cream (1) information (24) iso standards (2) iv kids (1) iv mist (1) jargeous (1) job (59) kampung people (1) karnival nuri merdeka (1) kau yang satu (1) kerja kosong (46) kids (114) kids forte (1) kinokuniya (1) kitchen utensil (3) knowledge (32) koleksi mutiara kata (11) koleksi aksesori kereta (3) koleksi alas (5) koleksi bayi & kanak-kanak (32) koleksi beg (1) koleksi cadar (3) koleksi hadiah (28) koleksi jar (1) koleksi kek (6) koleksi kesihatan (2) koleksi kosmetik (7) koleksi lagu (26) koleksi makanan (61) koleksi minuman (29) koleksi mutiara kata (5) koleksi pemanggang (2) koleksi perabot (6) koleksi peralatan rumah (32) koleksi produk kecantikan (57) koleksi produk kesihatan (52) koleksi sarung lengan (1) koleksi telekung (2) koleksi tudung (6) koleksi wanita (36) korean fever (3) krabi (1) kuala lumpur 2017 (1) lagu evergreen (17) lazada (3) learn (36) lense (3) logistics (1) mandi (3) mbo (1) mechanical (1) MERDEKA (4) milo cube (2) motivational collection (28) movie (1) my girlfriend is an alien (3) new year (1) offer (2) online shop (280) ootd (2) open order (1) pakej pelancongan (3) PALESTINE (4) parenting (21) parents (190) pay per click (1) PDRM (1) perkhidmatan (7) pertandingan (140) playtime (10) power bank (1) printing (2) production (1) program wakaf (2) promotion (53) property (14) puisi (2) qaiser (1) radio online (4) real estate (15) red one (2) resepi (9) resipi (7) review (185) runner (1) running (3) safety (2) safety handbands (1) sajak (1) sale (68) sea games 2017 (1) segmen (30) shopee (15) Sinar FM (2) soft case (3) special (1) students (17) sukan sea 2017 (1) sumbangan (1) Suria FM (2) tag (2) takaful (1) teenagers (1) Telco (3) telecommunication (7) telephone accessory (6) template (1) testimonial (1) THR Gegar (2) time (1) tips (169) tobi (1) toto (1) toys (1) trainer (3) training (9) travel (9) travel agent (4) vacancy (56) video (12) viral (1) visitor (6) watsons (1) wayang (1) webe (1) wedding (5) weriton (1) western delight (2) work (58) writing (3)

BLOG ARCHIVE

RECENT COMMENTS