Hai gaissss, baru-baru ni aku telah mendapat jemputan untuk bersama-sama memeriahkan lagi acara gilang-gemilang ulangtahun kedua Matxi Corp di Kuala Lumpur Convention Centre (KLCC) dengan tagline 'Glory To Glory'... trademark memang tak boleh tinggal ye... peace ya'll... by the way, majlis tersebut telah diadakan pada 21 September 2019 yang lalu di Plenary Hall, KLCC... kat bawah ni aku letakkan kad jemputannya depan belakang... cantik ke cantik?... hehehehe...
Seriously, teruja perasaan masa pergi ke majlis ni... yelah kan, sesampai sahaja aku di tangga majlis, dah bersusun-susun para peserta yang rata-rata ayu-ayu dan kacak-kacak semuanya... mereka ni terdiri daripada warga tempatan juga warga dari Vietnam, Thailand, Singapura, Kemboja dan Indonesia serta negara lain... pada tahun 2019 ini, Malaysia telah dipilih sebagai tuan rumah untuk Matxi Corp meraikan 2 tahun penubuhannya bersama para pengedarnya... lebih kurang 2000 pengedar gaissss yang mewakili 30 negara yang hadir untuk bersama-sama memeriahkan lagi sambutan ini...
Pengenalan syarikat:
Pada tanggal 21 September 2019 ni sebenarnya, ada double celebration yang mana di samping menyambut ulangtahun ke-2 Matxi S.G, pelancaran Matxi Corp juga turut diadakan... okay, sebelum aku mengulas dengan lebih lanjut, gini, Matxi Corp (Vietnam) sebenarnya merupakan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd dan dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G... basically, apa yang Matxi Corp lakukan ialah pengkhususan dalam latihan perniagaan, pembangunan manusia, membantu individu dan perniagaan untuk menghasilkan jualan yang cemerlang berbekalkan pelan hala tuju latihan juga alat sokongan yang paling professional dan teratur... makna kata, bukanlah hanya cakap kosong TETAPI equipped with the correct tools gitu... so, setelah beroperasi lebih daripada 2 tahun, pelbagai pencapaian yang luar biasa dan boleh dibanggakan telah dicapai termasuklah sistem yang professional dan dianggap berkuasa di Vietnam juga negara-negara lain yang mana data ini adalah sahih dan diambil sehingga Julai 2019...
Sementara menunggu event bermula, aku santai-santai je sambil tengok kegembiraan juga aksi para peserta yang tidak sabar-sabar dan teruja menunggu acara pembukaan... tengoklah sendiri betapa gilang-gemilangnya backdrop majlis ni... mana tak meriahnya, pada kesempatan ini, Matxi Corp turut mengumumkan pelaburan strategik dari kumpulan Malaysia dan memperkenalkan transformasi dari Matxi S.G ke Matxi Corp untuk melangkah ke pasaran antarabangsa... untuk pengetahuan korang semua, Malaysia adalah pasaran ke-2 kepada Matxi selepas memasuki pasaran Vietnam yang seterusnya akan diikuti oleh Korea dan Amerika Syarikat... menarik bukan?...
CEO:
Klimaks majlis ini adalah dengan bermulanya segmen memperkenalkan wakil-wakil negara yang turut memberikan input berkenaan hala-tuju Matxi Corp iaitu:
1) Cik Nhung (Pengarah Matxi Corp Vietnam)
2) Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia)
3) Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)
4) Encik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea)
5) Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan MIIC Holdings Sdn Bhd)
Ucapan setiap seorang CEO cukup padat walaupun ringkas yang mana setiap maklumat dikupas secara terperinci dan turut diselitkan dengan kata-kata semangat buat para delegasi.... antara kata-kata yang masih terngiang-ngiang kat telinga aku adalah setiap delegasi perlulah mempunyai matlamat yang jelas supaya usaha yang tidak mengenal erti jemu mampu melonjakkan aura juga momentum setiap seorang daripada mereka dan seterusnya berjaya mencapai matlamat ke arah kehidupan yang lebih baik... tepukan gemuruh terus diberikan oleh para tetamu yang hadir dan ia amat mengujakan...
Itulah kesemua barisan kepimpinan tertinggi Matxi Corp yang tetap teguh memperjuangkan usaha mereka dalam membangunkan model perniagaan ini berbekalkan slogan - 'Anda Berhak Memiliki Kehidupan Yang Lebih Baik'... nilai praktikal tersebut dibawakan melalui produk dan perkhidmatan yang sudah tentu memberikan nilai tambah dengan matlamat memberikan yang terbaik untuk pelanggan, komuniti, rakan kongsi dan pelabur...
Misi dan visi:
Untuk pengetahuan semua, Matxi Corp juga komited untuk mencapai visinya iaitu menjadi peneraju korporat dan seterusnya membawa syarikat ke serata dunia manakala misi utama kumpulan ini pula sudah semestinya mengubah kehidupan setiap pelanggan, ahli dan rakan strategik ke arah yang lebih baik berpaksikan nilai-nilai murni...
Gaissss, selain daripada latihan dan pembangunan perniagaan, Matxi Corp juga memberi tumpuan kepada bidang-bidang lain seperti:
- Hartanah
- Peruncitan Bahagian Kanak-Kanak
- Percetakan dan Pembungkusan
- Syarikat Penyelenggara Acara
- Produk Kesihatan dan Pengeluaran Kosmetik
- Restoran
2) Matxi Corp memiliki kilang GMP yang diiktiraf di Vietnam yang terletak di Amata Industrial Park dengan keluasan lebih 7000 meter persegi untuk pembuatan produk makanan dan kosmetik yang berkapasiti bulanan sebanyak 1.5 juta produk sebulan.
3) Matxi Corp merupakan pengasas program “Anda layak memiliki kehidupan lebih baik” yang mana mereka mengagihkan 10% keuntungan syarikat untuk membantu meringankan kesusahan beban beribu isi rumah di Vietnam.
4) Matxi Corp terus melakukan kerja amal melalui Yayasan Amal Matxi serta memberi perlindungan sosial kepada kanak-kanak dan warga emas melalui Rumah Ah Nhien.
Event highlight:
Acara pembukaan memang sangat menarik yang mana ia dipersembahkan oleh 218 Dance Crew - salah satu wakil Vietnam dalam Asia's Got Talent 2017... excited sungguh sampai tak berkelip mata tengok tau... korang boleh tengok kat video atas tu... selepas acara pembukaan, segmen diteruskan dengan pengenalan tentang Matxi Corp juga ucapan daripada barisan CEO yang turut memperihalkan segala produk dan perkhidmatan yang diusahakan olah Matxi Corp... seterusnya, acara kemuncak iaitu penyampaian trofi kepada para pengedar yang telah berjaya mencapai sasaran tertinggi dalam jualan mereka... seriously meriah gaissss... sampai aku sendiri pun teruja tengok kegembiraan mereka tau...
Yang botel kecik aku pegang tu adalah tongkat ali untuk lelaki manakala yang sachet besar warna putih tu pula adalah kolagen untuk wanita... packaging pun dah superb kan... apatah lagi khasiatnya tak gitu?... hehehehe... overall, memang menarik event kali ni... penuh dengan glamour, kemeriahan juga keterujaan... last but not least, semoga Matxi Corp terus berusaha untuk menjadi perintis juga peneraju inovasi bagi mencapai matlamat demi menjadi kumpulan syarikat yang terkuat di rantau ini juga menjangkau seantero dunia dalam tempoh 2 tahun iaitu dari 2019 hinggalah 2021... semoga berjaya Matxi Corp... #MATXICorp #YouDeserveABetterLife
Berikut adalah butiran syarikat Malaysia:
Nama syarikat: Matxi Malaysia Sdn Bhd (1340975-W)
Facebook rasmi: https://www.facebook.com/MatxiMalaysia
Instagram rasmi: @matxicorp
xoxo
18 Comments
ibu menyusu boleh makan ke kolagen dr matxi corp ni?
ReplyDeletesejak2 dah meningkat usia, nampak kedutan kt muka, teringin pulak nk try minum kolagen..hehe
tak pernah dengar lagi tentang matxi ni tapi kalau tengok dia punya sambutan anniversary ni, satu pernaiagaan yang kukuh. semoga terus cemerlang.
ReplyDeleteBila ramai bloggers pergi tentu mileage untuk event ni pun meluas kan. At least Sia pun baru tau adanya syarikat ini.
ReplyDeleteTahniah kepada Matxi Corp dalam masa singkat 2 tahun sahaja telah menjadi sebuah syarikat berjaya dan maju serta mempunyai banyak produk berkualiti macam ni. Juga menjadi pemangkin kepada usahawan yang nak berjaya juga..
ReplyDeleteTerbaik matxi corp 2 tahun dah sukses macam ni. Plg best strategi dia
ReplyDeleteNak
Membantu org ramai untuk hidup
Lbh selesa dan senang
Congrats to Matxi Corp!
ReplyDeleteWish you all the best!
I realize a lot of blogger went there~
Wowwwww. Grand sungguh sambutan anniversary Matxi Corp ni. Moga terus maju jaya & lebarkan lg sayap ke seantero dunia
ReplyDeleteTahniah matxi corp for 2nd anniversary. Banyak bidang yang matxi corp ni ceburi ye
ReplyDeletesumpah nampak meriah giler event ni. Glam sangat. siap ada 218 dance crew tu lagi. dah la famous pulak tu. mesti best pergi event macam ni.
ReplyDeleteBila baca perihal apa yang menarik denagn Matxi ni, rasa teruja dengan company ni. Bagus!
ReplyDeleteApa pun tahniah Matxi corp for 2nd anniversary. Moga terus maju jaya
This event is really glam!!!may matxi corp grow bigger n bigger
ReplyDeleteCongrats to Matxi Corp. Walaupun baru 2 tahun bertapak tapi dah kukuh dan punya pelbagai cabang niaga.
ReplyDeleteMemamg meriah tengok evwnt dia.. Glam sangat.. Havoc habis.. Teruja tgk.. Ape pun tahniah Matxi Corp..semoga terus maju
ReplyDeleteHappy 2nd anniversary Matxi ! wish you all the best in the future dan tetap cemerland dalam bidang ni.
ReplyDeletetahniah matxi corp atas kejayaan selama ini. 2 tahun yang penuh dengan kejayaan. suka tengok bagaimana diorang raikan semua pengedarnya. dah macam pertandingan ratu cantik. haha
ReplyDeleteBanyak juga produk dia ya. Selamat ulangtahun buat MatXi.
ReplyDeleteRamai betul orang malam tu dan semuanya cantik-cantik belaka. Suka tengok produk dia tau. Tahniah Matxi Corp. Banyak membantu wanita untuk berjaya dan maju.
ReplyDeleteAM suka dgn slogan 'u deserve a better life'.. Mmg beri satu aura positif n rasa bersemangat..
ReplyDelete