Assalamualaikum dan salam sejahtera semua... hari ni dah hari yang ke 28 kita berada di dalam PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN @ RESTRICTED MOVEMENT ORDER @ MOVEMENT CONTROL ORDER... mesti dah ada yang sekejap ke depan, sekejap ke belakang, sekejap ke sini sekejap ke sana kan kan kan... ye, makcik faham... masing-masing dah rasa tak senang duduk dah kan... walau macam mana pun, tetaplah bersabar ya semua... inilah penentu kepada kejayaan kita untuk sama-sama menghapuskan rantaian COVID-19 ni kan... okay, apa kata makcik bagi idea untuk korang boleh menambah pendapatan sepanjang tempoh ini...

1) Ambil upah memasak
Buat masa ini, terlalu banyak keluarga yang terpisah... ada yang isteri berada di luar kawasan (macam makcik ni)... ada yang orang bujang duduk di rumah tanpa keluarga... ada ibu-ayah yang duduk jauh dari anak-anak... ada anak-anak kecil yang tinggal di rumah kerana parents mereka frontliners... so, bolehlah di samping mengambil upah, kita bersedekah... insyaAllah, memasaklah dari hati dan lebihkan memberi lauk-pauk yang ditempah...

2) Jual makanan
Berbeza dengan item nombor 1 kat atas tu ya... apabila kita menjual makanan maknanya, kita jual based on menu kita sendiri... boleh buat open order dan promote dulu di mana-mana laman sosial yang banyak dikunjungi warga maya... penghantaran pula, bolehlah pilih samada nak hantar sendiri ke, nak guna runner ke atau platform-platform delivery service yang sedia ada...


3) Jadi runner
Dalam pada kita semua duduk di rumah sambil sama-sama menjaga kesihatan, sebenarnya, online business masih berjalan... maka bolehlah ambil peluang ni untuk jadi runner bagi menghantar parcel ke pejabat pos atau ke alamat customer yang berdekatan... selain itu, runner juga diperlukan untuk membantu membelikan barang-barang keperluan pelanggan... ini amatlah membantu lebih-lebih lagi bagi isteri yang hanya tinggal di rumah bersama anak-anak kecil kerana suami keluar bekerja atau berada di luar kawasan... juga untuk mereka yang menguruskan warga emas yang memerlukan perhatian yang khusus... makcik harap agar kedua-dua pihak iaitu pelanggan dan pemberi khidmat sama-sama bertimbang-rasa dan mencapai kata sepakat dalam menyelesaikan tugasan yang diberikan ya... 

4) Buat kerja-kerja penulisan
Penulisan di sini ada banyak jenis, mungkin korang boleh buat copywriting, translation, cerpen, sajak, untaian kata-kata mutiara untuk kad juga dokumen untuk perniagaan... ada banyak platform yang korang boleh layari antaranya Freelancer, Fiverr dan banyak lagi... nanti makcik up kat entri lain regarding platform-platform online ni ya...


5) Berniaga online sebagai dropshipper
Dropship merupakan suatu platform perniagaan dalam win-win situation yang mana produk dan pengeposan akan diuruskan oleh pihak supplier... ia memudahkan bagi mereka yang ingin berniaga tapi tidak mempunyai modal juga stor untuk menyimpan bekalan... antara produk yang selalunya diniagakan adalah seperti:
- Pakaian kanak-kanak
- Pakaian dewasa
- Kosmetik
- Alatan elektrik
- Perabot
- Cadar
- Permaidani
- Permainan 
- Kek
- Coklat
- Contact lense
- Pinggan-mangkuk
- Aksesori telefon
- Gadget
- Basikal
- Kasut
- Beg
- Segala keperluan lain

Kalau ada yang berminat kalau ada yang nak jadi dropshipper makcik ke... boleh je uollssss... kita sama-sama mudah lagi memudahkan... takde apa-apa yuran, masuk group boleh terus je berniaga... ye, memang ada yang menawarkan dropship tapi penuh dengan syarat juga modal... tapi tidak dengan makcik... makcik faham bahawasanya ramai yang menjual online secara part-time untuk menambah pendapatan jadi makcik nak jadi pemudah cara untuk merealisasikan impian semua golongan yang ingin berniaga...


 #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo