Haaaa, tengok tu... tu semua kawasan yang telah diisytiharkan sebagai KAWASAN ZON MERAH COVID-19 ye gaissss... tengok jumlah kes tu AllahuAkbar... bagi anda yang berada di zon merah, anda perlu meningkatkan langkah-langkah pencegahan bagi memastikan diri anda terhindar dari jangkitan COVID19 ini... tolong amalkan nasihat-nasihat yang diberikan oleh KKM termasuklah cara mencuci tangan menggunakan air dan sabun yang betul, duduk di rumah dan mengamalkan social distancing (penjarakan sosial)... ingat tu ye...
Tolong jangan mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak dapat ditentukan kesahihannya... pastikan hanya perolehi maklumat daripada KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sahaja ya... kita tak naklah dalam pada semua orang tengah fokus kepada penyembuhan pesakit COVID-19, ada pula yang kena tipu dengan TERBELI produk yang tidak diketahui kesahihannya... so please be careful ya everyone...
Syukur kepada yang Maha Esa dan tahniah kepada pasukan perawat kita berikutan kes sembuh terbaru sebanyak 80 pesakit... semoga segala usaha kita dirahmati dan dipermudahkanNya...
Ni satu lagi, dah kenapa nak 'ambil' hand sanitizer dan topeng muka dari hospital ya?... bukan main baik ayat yang DG kita gunakan tau tak... tak malu ke orang-orang yang MENCURI HAK HOSPITAL ni?... at least kalau tak rasa malu pun, fikirkanlah mereka yang sedang bertungkus-lumus membantu merawat bukan sahaja pesakit COVID-19 malah semua jenis penyakit yang dihidapi oleh para pesakit... tolong ada empati sikit... EQ tu letak mana?...
Malaysians, we can do this together!!!
Let's break the chain... for the sake of our loved ones...
#COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO
xoxo
0 Comments