SHHHH, NAK BAGITAHU RAHSIA PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH NI - REVIEW

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... semalam, one whole day aku memang memanjakan diri je... dok merehatkan diri selepas 6 hari bertungkus-lumus kannnn... so, inilah masa untuk aku berme-time tak gitu?... selepas melunaskan segala kewajipan, aku layan satu program ni, TANYA DOKTOR IMELDA... basically, rancangan ni dihoskan oleh Lisa Surihani dan beberapa ahli panel akan dijemput pada setiap episod untuk membincangkan perihal kesihatan... so, ada satu episod ni mereka membincangkan tentang penjagaan wanita selepas bersalin yang mana perbincangan turut menjurus kepada penjagaan faraj aka Miss V... haaa, jangan fikir bukan-bukan pulak ya... penting tau untuk kita tau tentang penjagaan Miss V ni... bukannya apa, kadangkala orang kita ni, mengambil ringan tentang hal-hal begini kerana rasa MALU untuk membincangkannya...

Sebenarnya, kita boleh membicarakan perihal ini namun ia perlulah dilaksanakan dengan penuh berhemah dalam pendekatan untuk menimba ilmu... penting untuk kita tahu kerana at the end of the day, kita juga perlu menerangkan hal ini kepada anak perempuan, adik perempuan atau rakan-rakan kita yang lain kan... seorang individu bergelar wanita perlu menitikberatkan penjagaan dan kesihatan Miss V kerana sekiranya tidak dijaga terutama dalam perihal kebersihan boleh mendatangkan masalah yang berisiko menjejaskan kesuburan... kadangkala, tekanan atau masalah dalam perhubungan boleh berlaku disebabkan oleh masalah kesihatan Miss V yang tidak dirawat dan dibiarkan berterusan... ini akan memberi impak terhadap keyakinan diri wanita dan seterusnya mungkin boleh menjadikannya seorang yang rendah diri... so, kat sini, aku nak share RAHSIA PENJAGAAN MISS V ya korang...



RAHSIA PENJAGAAN MISS V

1) BASUH DENGAN AIR
Pastikan setiap kali selepas membuang air kecil atau besar, bersihkan bahagian luar dengan menggunakan air bersih yang secukupnya.. . elakkan menggunakan tisu basah kerana pembersihan yang dilakukan dikhuatiri tidak sempurna dan mengakibatkan jangkitan kuman... keadaan yang tidak betul-betul bersih akan menyebabkan Miss V berada dalam keadaan yang vulnerable jadi pastikan apabila keluar, sentiasa bawa sebotol air bersih (spare) supaya sekiranya perlu, ia boleh menjadi penyelamat...

2) TUKAR SELUAR DALAM
Tukar seluar dalam setiap kali selepas mandi... di samping menjaga kebersihan, ia juga membantu untuk mengurangkan bau sekiranya ada berlaku keputihan... kalau korang ada mengalami keputihan, pakailah pelapik seluar dalam (pantyliner) agar keputihan tidak melekat pada seluar dalam dan menyebabkan anda tidak selesa... sekiranya keputihan melekat di seluar dalam, ia mungkin akan menyebabkan Miss V dirasakan gatal...

3) KERAP TUKAR PANTYLINER @ TUALA WANITA
Apabila mengalami haid, wanita digalakkan untuk menukar tuala wanita sekerap mungkin... kalau aku period, memang sokmo la nak tukar pad tu sebab memang tak selesa kalau lama-lama tak bertukar... ini amat penting ya korang, pertama untuk keselesaan dan yang kedua untuk mencegah pembiakan kuman... kita kena faham ya bahawasanya kuman mudah tersebar melalui darah... sama juga keadaannya dengan pantyliner ya, kena kerap tukar tau. bagi memberikan pengudaraan yang bersih untuk Miss V.. walaupun dah tinggal darah sikit-sikit or keputihan ke, kita tetap kena berdisiplin dalam hal tukar-menukar ni ya... seluar dalam dilupa jangan, kalau time heavy tu, lebih-lebih lagi kalau 'tembus', tolong tukar ye girls...

4) NO DOUCHING
Untuk pengetahuan korang, douching bermaksud memasukkan pancutan air ke dalam Miss V... kebiasaannya, ia bertujuan untuk membersihkan bahagian dalam Miss V... selalunya pancutan air ni datang straight dari pili air, thus, kalau silap haribulan memang strong ohoiiii kelajuan airnya tu... perbuatan douching ini tidak digalakkan kerana ia akan menyingkirkan sejenis bakteria di dalam Miss V dan seterusnya mendedahkannya kepada bahan kimia yang boleh menyebabkan keradangan kulit...

5) TIDAK BERKONGSI ALATAN CUKUR
Sikap berkongsi alatan cukur boleh menyebabkan mudahnya penyakit berjangkit tersebar contohnya Hepatitis B... selain itu, kebersihan alatan cukur juga penting untuk dititikberatkan kerana bisul boleh berlaku di bahagian alat sulit yang dicukur... take note ya, kalau dah bisul nanti, jenuh nak menjaganya...

6) PERHATIKAN WARNA LELEHAN
Korang mesti perasankan kan, kadang-kadang memang akan berlaku lelehan dari Miss V, ada banyak kategori, air mazi, air mani juga keputihan... keputihan apabila warnanya dah bertukar kuning atau hijau memang kita kena berjaga-jaga sebab ini menunjukkan bahawasanya bahagian intim ataupun alat sulit telah dijangkiti kuman... apabila keadaan kritikal, kadangkala, sampai berdarah pun ada tau... so, please peka dengan segala perubahan yang berlaku ya...

7)  ELAKKAN MENGGUNAKAN SABUN @ GEL MANDIAN
Kebiasaannya, time mandi tu mesti nak guna sabun mandi atau gel mandian untuk bersihkan Miss V kannnn?... senang, sekali harung betul?... sebenarnya ia tidak digalakkan kerana dikhuatiri bahan-bahan di dalam sabun mandi atau gel mandian dikhuatiri akan menyebabkan kekeringan dan iritasi kepada kulit di sekitar Miss V yang seterusnya menimbulkan rasa kurang selesa dan kegatalan... maka, dengan ini aku nak introduce produk ni kat korang...


Baru-baru ini, aku ada mencuba PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH... untuk pengetahauan korang semua, PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH merupakan suatu formulasi semulajadi dengan gabungan sempurna ekstrak herba yang direka khas untuk pembersihan yang halus di kawasan intim korang... selain itu ia juga sesuai untuk kegunaan harian tau... so, mudahlah untuk memastikan yang Miss V sentiasa bersih dan segar serta dapat mengekalkan kesihatan kawasan intim yang seterusnya memberikan keselesaan kepada korang semua... no gatal-gatal lagi ya... hehehehe...


Berikut adalah ramuan terbaik yang terkandung di dalam PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH:
Air RO
Sodium Lauryl Sulfate
Citric Acid
Sodium Hydroxide
Glyceryl Cocoate
Relax Lavender
Pueraria Mirifica Extract (Lobata)
Quercus Infectoria Extract (Manjakani)
Labisia Pumila Extract (Kacip Fatimah)
Piper Betel Extract
Allium Sativum Extract (Aged Garlic)


Okay, aku nak kipas sikit berkenaan 5 ramuan utama dalam PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH:

1) Pueraria Mirifica (Lobata)
Mengurangkan symptom monopous.
Mengurangkan kekeringan Miss V.
Memulihkan epitelium Miss V.

2) Manjakani
Melindungi organ seks wanita daripada kulat , bakteria dan jangkitan Miss V yang lain.
Mengurangkan keputihan yang berlebihan.


3) Kacip Fatimah
Bertindak sebagai antioksidan.
Menggalakkan sintesis kolagen kulit.
Sebatian fenolik dan flavonoid dalam tumbuhan.

4) Daun Sirih
Anti oksidan semulajadi untuk menyingkirkan radikal bebas.
Mengelakkan bau yang tidak menyenangkan.

5) Bawang Putih
Melindungi daripada jangkitan virus , bakteria dan yis.
Mengurangkan tindakbalas alahan. 


BETUL KE PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH ni bagus?

Korang, betul dan tiada yang lain selain betul sahaja... seriyes, kat sini aku senaraikan 7 kebaikan PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH yang akan korang alami selepas penggunaannya secara konsisten:
1) Mengetatkan dinding Miss V.
2) Meningkatkan kelembapan Miss V.
3) Mengurangkan keputihan.
4) Bersifat anti radang.
5) Menyahkan bau yang kurang enak.
6) Melindungi, memulih dan menyegarkan.
7) Mengekalkan tahap pH yang sihat.

TAPI MACAM-MANA NAK GUNA PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH?
Langkah 1:
Basahkan bahagian intim dengan air.
Langkah 2:
Tuangkan sedikit PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH ke bahagian intim.
Langkah 3:
Basuh bahagian intim dengan lembut dan biarkan selama 30 saat sebelum bilas. 


Okay girls, aku dah try sendiri PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH dan bagi aku produk ini memang terbaiklah... aku try botol yang 100 ml... basically, cecair pink lembut ni memang kena dengan kulit aku... aku memang memiliki kulit sensitif dan combination terutamanya di bahagian wajah... kulit di bahagian lain pula sangat mudah mengalami kerengsaan sekiranya produk yang digunakan tidak sesuai... hence, aku memang akan try and error kebanyakan produk... contoh, kalau produk tu tak sesuai dengan kulit aku, alamatnya memang rezeki adik-beradik atau sahabat-sahabat aku la jadinya... kalau korang masih ingat, sebelum ni aku ada bagitau sikit tentang cara nak tentukan sekiranya produk tu sesuai dengan kulit kita ke tak kan?... boleh baca di sini... okay, berbalik kepada PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH yang aku try ni ya... aku picit lembut je botol produk ni sehingga keluarnya cecair sweet pink ni and once ia mencecah ke kulit tangan aku, fefeeling sejuk je.. means takde la macam berbara ke, rasa macam dihiris ke... thus, ini menunjukkan bahawasanya PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH ni sesuai dengan kulit aku, haaa gitu...

Pastu, aku pun gunakanlah PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH ni mengikut langkah-langkah yang telah disarankan dan walla, terbaik... aku gunakan produk ni 3 kali sehari dan sudah semestinya aku merasakan kesegaran dan kegatalan pun tiada lagi... bagi aku, memang tip-toplah hasilnya, dah la wangi pulak tu, thorbaekkkk, menarik, the bomb gitu...  maka, dengan ni, memang benarlah bahawasanya PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH melindungi daripada jangkitan dan bau, mengetatkan bahagian intim dan mengekalkan tahap pH... eh, since korang dah tau RAHSIA tentang PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH ni mesti korang tertanya-tanya tentang kekerapan penggunaan dan siapa yang boleh guna kan?


SOALAN LAZIM
1) SOALAN: Bolehkah saya menggunakan sabun wangi yang biasa sebagai pencuci wanita?
JAWAPAN: Kebanyakan sabun wangi adalah bersifat alkali tetapi pH optimum Miss V adalah antara 3.8 hingga 4.2. Oleh itu, pembersihan dengan sabun boleh mengganggu tahap pH semulajadi Miss V dan mengakibatkan ketidakseimbangan flora Miss V, keputihan yang tidak normal dan jangkitan.

2) SOALAN: Adakah PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH menyebabkan ketidakselesaan atau kerengsaan selepas digunakan?
JAWAPAN: Ia tidak akan menyebabkan kerengsaan selepas digunakan kerana ia dihasilkan mengikut pH optimum Miss V iaitu pH 4.0. Sebaliknya, seseorang akan mengalami kesegaran dan sensasi dingin selepas digunakan.

3) SOALAN: Berapa kerapkah saya boleh menggunakan PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH?
JAWAPAN: Ia bergantung kepada setiap individu. Ia boleh digunakan sekali, dua kali ataupun tiga kali sehari.

NOTA: PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH tidak sesuai untuk wanita hamil dan perempuan yang belum mengalami haid pertama.


Harga PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH:
30 ml = RM 15.00
100 ml = RM 43.00
100 ml + 30 ml = RM 50.00

Korang, sekarang ni tengah ada kempen EMPOWERING WOMEN IN EVERY WAY tau... Pro.Care telah melancarkan aktiviti ini dengan penganjuran Puteripreneur... haaa, nampak tak tu girls?... peluang dah ada depan mata ni... apa lagi, korang kena ambil peluang ni... ingat tak dulu aku pernah kata bahawasanya yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang?... haaa, kita kena berusaha sehabis-baik untuk mencapai apa yang kita idamkan kan kan kan...


Berikut adalah 8 perkara yang akan korang nikmati sekiranya korang join Puteripreneur ni:
1) Sweet treats untuk puteri.
2) Keuntungan yang tinggi.
3) Bonus hujung tahun puteri.
4) Trip pelancongan puteri.
5) Bonus pencapaian puteri.
6) Tabung kereta tunai puteri.
7) Bonus kepimpinan puteri.
8) Tabung perumahan tunai puteri.


Kalau ada yang berminat, korang bolehlah hubungi
Y.S.P Industries (M) Sdn . Bhd di talian ini: +60124954288

Ingat, buatlah apa yang kita fikirkan baik (cara yang betul, halal dan benar ya) untuk kemajuan diri, keluarga dan negara... ambil langkah pertama untuk menceburi bidang perniagaan dengan peluang yang terbentang di depan mata ini... see you around girls... aku doakan semoga kita semua berjaya dalam rahmatNya...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

15 Comments

  1. good info :)

    Jemput join giveaway ejulz k. Tamat pada 15 JUL 2020.

    Giveaway by ejulz & mamapie

    ReplyDelete
  2. wah tips yang bagus. tq share yaa

    ReplyDelete
  3. Mommy sejak anak dara lagi jarang guna produk macam-macam. Selalu guna cara tradisional je

    ReplyDelete
  4. Memg penjagaan miss v kene jaga dengan elok. Nad pun guna sabun khas utk bhgian tu

    ReplyDelete
  5. Kaum wanita akan menyukai artikel sebegini. Semoga ia memberi kebaikan kepada kaum wanita itu sendiri. :)

    ReplyDelete
  6. Penjagaan terbaik deng bahan yAng terpilih. Memang guna sabun khas untuk bahagian ni dan memang jadi kebiasaan untuk teliti dulu bahan-bahannya sebelum pilih ubtuk beli d guna.Boleh cuba nanti produk ni.

    ReplyDelete
  7. Wow 1st time za dgr pencuci miss v ada bawang putih..selalu sirih dgn kacip fatimah je la kormersial nya. Kuat tak bau pencuci tu? Za sensitif terhadap bahan wangi.

    ReplyDelete
  8. Penjagaan Miss V jangan di ambil. Nak guna pencuci pun bukan boleh main hentam je. Perkongsian yang menarik.

    ReplyDelete
  9. produk yang bagus dan perlu di kongsikan dengan para wanita . Terima kasih atas perkongsiannya.

    ReplyDelete
  10. Kekadang Sis pelik gak dengan certain pompuan yang tak guna pencuci miss V ni, sedangkan harga murah aje di pasaran, takde smapai harga sebiji telepon hahahaha... kita kena jaga sebelumnya oanya ;busuk', kan kannn

    ReplyDelete
  11. terima kasih atas perkongsian. satu ilmu baru untuk saya ni sebenarnya hehe. bab2 macam ni saya kurang arif.

    ReplyDelete
  12. tips yang agak menarik :) terimakasih kerana share ya

    ReplyDelete
  13. Menarik ni. Thank you share info ni

    ReplyDelete
  14. Bahan-bahan yang digunakan memang herba yang berkhasiat dan banyak manfaat. :)

    ReplyDelete
  15. We as woman really need to take care of our V, thanks for your tips. Nak try the PRO.CARE RAHSIA PUTERI FEMININE WASH one day too

    ReplyDelete
Previous Post Next Post