MEMANG BERKHASIAT VITS ITALIAN MI GORENG NI

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... dalam kita melayari kehidupan, walau sesibuk mana pun kita, pastikan bahawa kita tidak lupa untuk menjaga kesihatan... kesihatan merupakan harta yang tiada tolok bandingannya bagi kita sebagai manusia selain iman, ilmu dan amal... kita perlu sihat untuk membolehkan pelbagai aktiviti dapat dijalankan dengan sempurna sebagai contoh:
1) Beribadat.
2) Mencari rezeki.
3) Mendidik ahli keluarga dan masyarakat.
4) Membantu insan yang kurang bernasib baik.
5) Mensantuni haiwan.
6) Mengimarahkan aktiviti berkomuniti.

Untuk memperoleh kesihatan yang optimum, umum mengetahui bahawa segala kebaikan boleh didapatkan melalui pemakanan, senaman juga gaya hidup sihat yang turut meliputi kesihatan mental dan fizikal... pakar penyelidik tempatan dan antarabangsa mengesahkan minyak zaitun mengandungi pelbagai khasiat, pengambilan dalam menu harian membantu mencegah penyakit berkaitan kardiovaskular, selain mengurangkan risiko kanser...



Dihasilkan daripada pati buah zaitun, selain digunakan dalam masakan, minyak ini juga dijadikan ramuan utama menghasilkan produk berasaskan kecantikan dan dandanan diri... minyak zaitun mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan seperti membantu mencegah penyakit jantung, strok, diabetes, mengawal kesan radang dan mengawal kadar kolesterol dalam darah... banyak juga khasiat minyak zaitun ni kannnn...


Pengambilan minyak zaitun dapat membantu mengawal glukos dalam darah kepada pesakit diabetes... amalan mengambil minyak ini juga dapat mengurangkan risiko barah, mengekalkan kesihatan kulit dan awet muda... selain itu, minyak zaitun digunakan sejak beribu tahun terutamanya di kawasan Mediterranean dan Asia Barat sebagai bahan asas masakan sesuai digunakan untuk semua peringkat usia dan jantina... ini bermakna bahawa minyak zaitun ni memang telah dipercayai sejak turun-temurun dalam keberkesanannya...


Minyak zaitun yang paling berkhasiat adalah gred yang menjalani proses perahan pertama atau Extra Virgin Olive Oil (EVOO)... perahan pertama ini bersifat anti oksidan dan kaya polifenol, vitamin, asid lemak dengan rasa terbaik, malah kadar asidnya juga telah diukur kurang 0.8 peratus...


Kini korang bakal dihidangkan dengan minyak zaitun berkualiti tinggi di dalam pek Vits Italian Mi Goreng Bolognese dan juga Aglio Olio tau... #isbarangbaik ni korang... pemilihan jenis minyak buah zaitun yang terdapat di dalam pek Vits Italian Mi Goreng ini juga adalah sangat teliti kerana Vits amat mementingkan faktor kesihatan dan kualiti makanan yang dihasilkan... aku dan keluarga dah rasa dah, memang kaw-kaw sedapnya... korang jangan ketinggalan untuk mendapatkannya tau... 

#vits #vitsitalian #vitsmigoreng #vitsbolognese #vitsaglioolio #vitssedap #vitsberkhasiat

xoxo

Post a Comment

2 Comments

  1. Boleh try ni, xprnh rase mi segera letak minyak zaitun, biase beli minyak zaitun letak dlm spagetti je..
    Good info..

    ReplyDelete