Assalamualaikum
dan hai hai hai everything… dah masuk minggu ketiga puasa ni mesti ramai yang
dah start check samada baju raya yang dibeli tu muat untuk dipakai ke idok kan
kan kan… haaaa, makcik tau, ada yang dah mula risau kalau baju raya nanti tak
muat nak dipakai tak gitu?... hehehehe… korang, makcik pun pernah tau berada
dalam situasi tu… nak pakai kain baju kurung sampai kena kempiskan perut dulu
baru boleh zip, nak pakai seluar sampai kena baring-baring atas katil baru
boleh lolos… tapi yang paling makcik pentingkan ialah kesihatan sebab makcik
dah pernah lalui zaman hampir Aneroxia Nervosa sampai nak makan pun takut,
berat badan 38 kilogram je… apabila timbang dan jarum penimbang menunjukkan 40
kilogram, makcik jadi tak keruan, risau dan anxiety… lama jugak nak rawat hati
dulu… sekarang pula alhamdulillah dah dapat berat badan yang sihat (according
to my BMI) cuma nak maintain agar sentiasa dalam kesihatan yang optimum…
Apa
yang makcik cuba nak sampaikan kat sini adalah bukan kurus atau gempal yang
menentukan tahap kesihatan kita ya korang, yang penting ialah kesihatan dalaman
kita tu... makcik dah lalui gaisssss… sekarang ni memanglah kita berada
dalam fasa PKP, PKPB atau PKPP kan… walau bagaimanapun, hidup mesti diteruskan…
kita raikanlah HARI KEMENANGAN yakni AIDILFITRI bersama mereka yang terdekat,
bersama keluarga kecil kita… gembirakanlah anak-anak kerana mereka berhak
merasai keseronokan berhari-raya walaupun dalam norma baru…
Okay,
berbalik kepada baju raya tadi, ni makcik nak share dengan korang 5 tips untuk
memastikan korang boleh pakai baju raya korang dengan gembiranya di pagi raya
nanti insyaAllah… makcik dah cuba dah tips ni di tahun-tahun sebelum ni dan
akan buat juga untuk tahun ini… berhasil gaissss… baju raya masa umur 16 tahun
pun makcik boleh pakai balik tau masa tahun lepas… tapi tahun lepaslah… tahun
ni, makcik sedang berusaha merealisasikan lagi harapan untuk makcik maintainkan berat badan yang ideal ni haaaa… jom kita sihat sama-sama okay… zassss…
Credit gambar: Encik Google
TIPS
1: BELI ATAU SEDIAKAN MAKANAN BERBUKA PUASA SECARA BERPADA-PADA
Haa,
ini memang kita kena control nafsu makan gaissss… makcik ni kalau pergi ke
pasar Ramadhan, dululah kan… tengok kuih yang jarang nampak rasa macam nak,
tengok masakan yang pelik-pelik rasa teringin… tengok kek warna-warni rasa bak
digamit-gamit je… so, apa yang makcik buat?... makcik setkan certain budget
setiap hari dan hanya bawa duit ikut budget je masa pergi ke gerai-gerai atau
time membeli barang dapur untuk hari tu… maka, kebarangkalian untuk makcik
berbelanja lebih akan berkurangan… apabila makcik kurang berbelanja, maka,
makanan siap yang dibeli atau bakal dimasak akan menjadi secukup yang
diperlukan sahaja… agitchewwww…
TIPS 2: ELAK MAKAN BERLEBIHAN SEMASA BERBUKA PUASA
لم يصح عن النبي صلى الله عليه وسلم أنه أمر بتصغير اللقمة، ولا بتدقيق المضغ قبل البلع
Maksud: “Tiada dalil yang sahih daripada Baginda SAW yang memerintahkan supaya makanan dikecilkan atau dengan suapan yang banyak.” (Sahih Ibnu Hiban, no. 4872)
Namun, anjurannya di sini ialah makanan yang masuk ke mulut perlu dikunyah dan tidak boleh dimakan begitu sahaja bagi memudahkan penghadaman dan juga untuk mengelakkan masalah perut... malahan, terdapat sebuah kajian yang dilakukan oleh penyelidik dari Harvard School of Public Health di Amerika Syarikat terhadap sekumpulan lelaki mendapati bahawa mereka yang mengunyah makanan lebih lama berbanding yang mengunyah sekejap dan terus menelan (kurang dari 15 kali) boleh mengelakkan obesiti dan kalori makanan akan berkurang...
Tempoh
mengunyah makanan dengan lebih lama membolehkan ia bercampur dengan air liur
secara baik. Ia penting bagi membantu melicinkan makanan dan mengurangkan
tekanan pada esofagus serta menyumbang kepada proses penghadaman melalui enzim
yang ada...
Kredit maklumat: Klik di sini
Kredit maklumat: Klik di sini
Cadangan:
2 gelas air semasa waktu sahur
2 gelas air semasa waktu berbuka puasa
2 gelas air semasa waktu sahur
2 gelas air semasa waktu berbuka puasa
2 gelas air di waktu senggang sebelum dan selepas solat Isyak
2 gelas air semasa sebelum tidur
2 gelas air semasa sebelum tidur
xoxo
0 Comments