RESEPI CENCARU SUMBAT SAMBAL PORTUGIS

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sambil-sambil kita berPKP ni, macam-macam resepi dah makcik sekeluarga cuba... seronok juga try and error dengan anak-anak... kadang-kadang dengan incik suami pun sekali terjebak join masak-masak... hehehehe... bukannya apa, kalau dah hari-hari dok ulang-ulang resepi sama pun boring jugak kan... kadang-kadang tu sampai dah tak tau nak masak apa pun ada... so today, jom kita share sama-sama resepi yang kami cuba haritu daripada MamaUna iaitu CENCARU SUMBAT SAMBAL PORTUGIS... let's go...

BAHAN-BAHAN ASAS
Ikan cencaru. Belah belakang bersih dan toskan. 
Gaul garam kunyit dan ketepikan dulu. 

BAHAN-BAHAN SAMBAL
Daun kesum racik-racik
Bunga kantan hiris nipis-nipis
15 biji Limau kasturi/cuit (perah amik air) 
Gula
Garam
Secukup rasa
Ajinomoto (ikut masing-masing) 
* 1 biji bawang besar 
* 3 biji bawang kecil 
* 3 biji bawang putih 
* Sedikit belacan
* 1 biji tomato
* 15 tangkai cili kering direbus
* 3 cili besar hijau
* 10 cili api


CARA-CARA MEMASAK

1) Blend kasar-kasar semua bahan bertanda*
2) Tumis semua bahan diblend tadi dgn minyak sehingga naik bau dn pecah minyak. 
3) Bila sambai dh masak,masukkan air asam limau kasturi, bunga kantan dan daun kesum. 
4) Kacau sebati kemudian masukkn garam, gula, secukup rasa, boleh je kalau nak tambah ajinomoto.
5) Kacau-kacau lagi dan rasa.
6) Bila dah pekat, boleh tutup api.
6) Masukkan dalam cencaru kat belah belakang (sumbat sambal tadi).
7) Goreng dengan garing. 
8) Angkat dan boleh letak lagi sambal tadi dan tuangkan minyak ikan goreng tadi.

SIAP!!!

Credit: Una Husna

Cuba gaissss jangan tak cuba... till then, see you when I see you...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post