SIAPA TUTUP LAMPU - PRESS RELEASE

 Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan Articulate Fusion Productions Sdn Bhd. berkolaborasi menerbitkan Filem “Siapa Tutup Lampu” dimana penggambaran yang bermula dari 6 April 2021 – 20 April 2021 di sekitar Lembah Klang. Projek Filem “Siapa Tutup Lampu”; hasil cetusan idea dan nukilan penulis skrip saudara Azhar Jalil, arahan oleh pengarah muda yang berbakat saudara Aliff Ihsan Rahman, dan dibintangi oleh pelakon-pelakon muda tanahair iaitu Azizul Ammar, Uyaina Arshad, Naim Daniel, Ismi Melinda dan Azhar Jalil, juga dibantu oleh Afieq Shazwan, Mark O’Dea, Melissa Campbell dan Geoff Andre Feyaerts.

“Siapa Tutup Lampu”juga adalah adaptasi dari sebuah pementasan teater yang telah memenangi banyak anugerah dalam satu pertandingan teater. “Siapa Tutup Lampu” merupakan filem bergenre persahabatan dan “thriller”, di mana ianya adalah konsep yang baru diperkenalkan di pasaran di Malaysia, dan juga antara yang pertama di Malaysia.Pihak penerbit Horizon Film Entertainment Sdn Bhd,saudara Mohd Shahir Sulaiman berkata, “Saya bersyukur Alhamdullilah, kerana projek ini telah mendapat banyak sokongan dari pelbagai pihak, dan tanpa mereka semua, kita tidak akan hadir di sini pada hari ini.”


Penerbit Articulate Fusion Productions Sdn Bhd,saudara Ahmad Firdaus Mohamad Tahir pula berkata, “Saya amat berbangga untuk berkerjasama dengan Horizon Film Entertainment Sdn Bhd dan saya percaya potensi filem ini sangat besar dan saya pasti projek ini akan sukses.”Kami ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah menyokong dan sudi menaja Projek FIlem “Siapa Tutup Lampu” iaitu pihak Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) sebagai penyokong dan penaja lokasi, Clique Entertainment – “Sponsorship Partner”, dan lokasi tajaan muzik video dan  ‘Soft Launching’ – Hotel Grand Ion Delemen Genting Highlands yang juga menaja makanan dan penginapan kepada semua krew, pelakon, dan rakan media.

Selain dari itu, kami juga berterima kasih kepada pihak penaja Changer Face Mask,Nest Found Management, Tajaan Wadrobe Naim Daniel oleh Carhatt dan tajaan tudung Uyaina Arshad oleh Ariani,Temptation Shack,Victoria Gallery  Furniture,Tanjak Melayu  Klang,  Koleksi Adam,Estrella KL, Floralizz,Villa Sri Ananda, Pusat pakaian hari-hari dan JBR bundle.Untuk memastikan krew dan pelakon cukup makan di set  ‘Siapa Tutup Lampu’ kami berterima kasih kepada Nasi lemak Janda,Nasi Kerbau Sedak Boh, dan Sabana Fruits.

Filem “Siapa Tutup Lampu” mengisahkan 5 orang sahabat (Akmal, Arif, Aryana, Azie dan Amir) yang bercuti di Genting Highlands. Dalam perjalanan pulang, mereka terlibat dalam kemalangan yang menyebabkan Amir terkorban. Keempat-empat mereka yang lain perlu hadir ke bilik mayat untuk membuat pengecaman mayat Amir. Semasa menunggu doktor di bilik mayat, mereka terkunci dari dalam bilik mayat tersebut. Sepanjang mereka terkunci di dalam bilik mayat, mereka sering diganggu dengan pelbagai gangguan misteri. Antara yang paling ketara ialah lampu yang padam dengan tiba-tiba.

KATA  KATA PENGARAH

‘Siapa Tutup Lampu’ adalah sebuah karya tentang persoalan erti kejujuran. Siapa Tutup Lampu merupakan  soalan  tentang  ketidakjujuran  dan  siapa  yang  mengelapkan  kebenaran. Kejujuran sesama manusia , kejujuran dengan diri sendiri dan kejujuran dengan tuhan. Siapapun penonton filem ini, jemput tonton dengan lampu sekeliling anda di tutup (walaupun di rumah) untuk merasai pengalaman sinematiknya. Namun,jangan lupa buka lampu di dalam hati untuk menikmati perjalanan cerita ini. Filem Siapa Tutup Lampu adalah filem panjang debut pengarah Aliff Ihsan Rahman yang akan ditayang di Astro First.

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post