5 TIPS PENJAGAAN MATA UNTUK ANAK YANG KERAP MENGGUNAKAN GAJET

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... semenjak pembelajaran dilaksanakan secara PdPR sebelum ini, anak-anak makcik memang dok selalulah menghadap laptop dan telefon pintar time kelas... nak bising sebab mereka selalu je menggunakan gajet tu pun tak molek la pulak bagi pemikiran makcik... yelah, anak tengah nak menimba ilmu dan keadaan pula memaksa untuk mereka terpaksa belajar secara dalam talian kan, takkanlah makcik pula nak menambah keserabutan dengan bebelan petala langit ketujuh tak gitu?... hehehehe... pelbagai bahan bacaan yang makcik dah cari untuk mengetahui apa yang boleh makcik lakukan untuk memperbaiki keadaan yang semakin meruncing ni... yelah, ilmu perlu dicari, tapi penggunaan gajet berlebihan pula akan mengakibatkan mata anak-anak menjadi terlalu terdedah kepada blue-light kan...

Alhamdulillah, pada 01/12/2021 yang lalu, makcik berpeluang untuk menyertai FREE TALK yang dikongsikan oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin, Pakar Mata di Optom Eyecare dan Pensyarah UIAM Kuantan... tajuk yang dikupas adalah cukup menarik dan sesuai dengan keperluan makcik buat masa ini iaitu Bagaimana Nak Menjaga Mata Anak Tanpa Tinggalkan Penggunaan Gajet... banyak manfaat yang makcik perolehi daripada seminar ini dan makcik rasa korang semua pun akan sama-sama dapat manfaatnya sekiranya makcik share dengan korang... well, sharing is caring kan...


Sesi perbincangan Dr Mohd Hafidz Ithnin ni meliputi topik-topik penting seperti penggunaan gajet di Malaysia, kesan penggunaan gajet pada mata dan seterusnya cara-cara penjagaan mata tanpa meninggalkan gajet... beberapa terma seperti gejala keletihan mata bagi kanak-kanak, sessi pembelajaran secara maya yang harus dilalui oleh para pelajar, juga permasalahan sebenar untuk pengguna skrin permainan digital turut dikupas secara mendalam di dalam topik utama tadi... kelihatan seperti begitu serious kan topik tu?... tapi tidak gaissss, perbincangan ini telah dijalankan dalam suasana santai dan sangat menarik... itulah kelebihan Free Talk Dr Mohd Hafidz Ithnin ni ya gaissss, tidak boring dan penuh bermaklumat...

PENGGUNAAN GAJET DI MALAYSIA

Umum mengetahui bahawasanya gajet sudah menjadi sebahagian daripada hidup kita... kalau nak diikutkan, ia bukanlah keperluan asas NAMUN penggunaannya yang meluas memerlukan setiap individu menggunakannya sehari-hari... kemudahan teknologi yang diberikan oleh gajet menyebabkan ia menjadi pilihan lebih-lebih lagi dalam zaman pandemik yang tidak membolehkan suasana pembelajaran mahupun pekerjaan dilaksanakan seperti kebiasaannya dahulu... walaupun penggunaan gajet telah menjadi begitu penting kini, dan dilaporkan semakin meningkat dari tahun ke tahun, ia tetap membawa keburukan sekiranya digunakan tanpa pemantauan...

98.6% pengguna smartphone termasuk kita dan anak-anak kita


Kini, antara applikasi yang sering menjadi ikutan remaja seperti TikTok, kalau tak berejam scroll memang tak sah kan... basically, yang dewasa pun begitu juga, kalau tidak, takkanlah dah ada kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan smartphone di kalangan remaja adalah dalam kadar 1 hingga 3 jam sehari kan... biasanya mereka akan main game dan melawat laman sesawang yang diminati dan sudah tentu boleh melangkau lebih daripada 3 jam pada waktu cuti sekolah atau hujung minggu... aduh, memang merisaukan, nak-nak pula, apabila anak-anak ni suka melihat handphone di dalam gelap...

KESAN PENGGUNAAN GAJET PADA MATA

1) PENINGKATAN POWER CERMIN MATA


Hal ini amatlah ditakuti berlaku lebih-lebih lagi sekiranya anak kita telah mula memakai cermin mata... apabila semakin lama semakin banyak peningkatan berlaku kepada power cermin mata anak, pengembangan bola mata akan berlaku di saraf belakang mata... bola mata makin lama akan menjadi semakin memanjang dan seterusnya akan menyebabkan saraf di belakang mata berkemungkinan koyak... lebih menakutkan, lama-kelamaan ini akan menyebabkan berlakunya kebutaan...

2) OTOT FOKUS MATA YANG TIDAK STABIL


Untuk pengetahuan semua, kanta dalam mata kita boleh diibaratkan seperti kanta dalam sebuah kamera... okay, cuba korang bayangkan time tangkap gammbar guna kamera DSLR.. kanta untuk fokus masa ambil gambar tu adalah ibarat kanta mata kita... apabila mata kita menghadap gajet dalam keadaan yang terlalu lama, mata akan dipaksa untuk fokus... apabila otot mata kita memfokuskan kepada benda yang kita lihat dalam jangkamasa yang lama, mata akan menjadi kabur... otot fokus mata kita akan menjadi tidak stabil dan akan mengambil masa untuk kembali normal...

3) MATA CEPAT PENAT DAN CEPAT KERING


Apabila kita fokus melakukan sesuatu, tak kiralah aktiviti fizikal ataupun aktiviti kegemaran, we will tend untuk merasa penat, betul tak?... sama juga dengan mata kita... mata kan menjadi cepat penat dan sukar untuk dikawal sekiranya kita terlalu aktif menggunakan gajet... makcik ambil contoh la ye, kalau kita tengah main game, mata mesti fokus kat skrin handphone je kan selagi game tu belum habis... apabila mata terlalu fokus dan tidak dialihkan ke tempat lain maka, ia akan menjadi cepat penat... seboleh-bolehnya, kita tak nak sehingga aktiviti ini seterunya mengakibatkan mata menjadi cepat kering...

4) JULING


Menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin, juling merupakan antara kesan buruk yang disebabkan oleh penggunaan gajet berlebihan... pengalaman beliau sendiri pada tahun 2020 turut dikongsikan berkenaan seorang remaja 14 tahun yang mempunyai masalah juling... semasa sessi konsultasi, beberapa soalan telah diajukan untuk mengenalpasti punca permasalahan ini... apabila doktor bertanyakan tentang apa yang dirasakan telah dilakukan sehingga mata menjadi juling, remaja berkenaan memberitahu bahawa dia bermain game PUBG selama sekurang-kurangnya 5 jam sehari atau lebih lama... ini seterunya menyebabkan matanya menjadi tidak fokus lagi dan akhirnya menjadi juling... menakutkan bukan?... untuk rawatan, Doktor Mohd Hafidz Ithnin telah memberikan terapa kepada remaja berkenaan... menurut beliau lagi, selalunya, proses penyembuhan akan mengambil masa kira-kira enam bulan hingga ke setahun dan ia bergantung kepada tahap masalah juling yang dihadapi oleh penghidap...

5) SUSAH NAK TIDUR (INSOMNIA)


Penggunaan smartphone yang terlalu lama akan menyebabkan kita sukar untuk tidur... hal ini terjadi sedemikian kerana tabiat ini akan menyebabkan penghasilan hormon terganggu... badan kita akan terdedah kepada cahaya biru daripada smartphone... seelok-eloknya, hentikanlah penggunaan smartphone selepas pukul 10 malam... tidur awal gitu... esok apabila bangun tidur, pasti cergas, segar dan bertenaga... sana rancak, sini rancak agitchewwww...

BAGAIMANA NAK JAGA MATA TANPA MENINGGALKAN GAJET?

Usai sessi penerangan tentang kesan daripada penggunaan gajet yang berlebihan terhadap mata, Doktor Mohd Hafidz Ithnin turut berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan untuk menjaga mata tanpa meninggalkan gajet... jom kita selusuri...

1) BEREHAT SEKETIKA DAN BOLEH SAMBUNG SEMULA PENGGUNAAN GAJET


Seelok-eloknya, selepas satu jam menghadap gajet, berehatlah sebentar sebelum menyambung semula penggunaan gajet... lihatlah pemandangan di luar rumah, terokai keindahan alam semulajadi juga langit yang membiru... selain daripada dapat merehatkan minda anak-anak, mata turut dapat direhatkan sebentar... setkan masa untuk memudahkan proses merehatkan mata tersebut... yelah kan, kadang-kadang ralit sangat sampai tak perasan dah tiga jam duduk menghadap gajet, tak gitu?...

2) GALAKKAN AKTIVITI LUAR RUMAH (OUTDOOR ACTIVITY)


Kadangkala, asyik terperap di dalam rumah pun bosan juga kan?... makcik pun kadang-kadang akan selalu ajak anak-anak untuk melakukan aktiviti di luar rumah... kebetulan, sama pula dengan saranan Doktor Abdul Hafidz Ithnin agar kanak kanak digalakkan untuk menghabiskan masa di luar rumah... aktiviti ini akan mengurangkan risiko masalah juling dan power spek mata menjadi semakin tinggi... untuk pengetahuan semua, aktiviti luar rumah akan membuatkan anak-anak lebih terdedah kepada aktiviti fizikal berbanding hanya ada bonding dengan gajet sahaja... selain daripada dapat menjaga mata anak-anak, bonding antara ibu-ayah dan anak-anak juga dapat dieratkan... 

3) KANTA KHAS UNTUK PENGGUNAAN GAJET


Saiap yang tak seronook apabila menang je time main game kan?... samalah dengan anak-anak kita... kita yang dewasa ni pun kalau asyik menang game je sure akan terus-menerus bermain game tersebut untuk ke level yang seterusnya tak gitu?... namun begitu, kita tidak boleh leka... kita perlulah mengambil inisiatif yang sepatutnya untuk mengurangkan risiko akibat perbuatan kita itu betul tak?... gunakanlah kanta khas sekiranya anak korang memang pengguna tegar gajet... walaupun mereka sering menggunakan gajet, sekurang-kurangnya kita dah letakkan barrier antara mata dan blue light daripada gajet so that mata mereka tetap terjaga ya mommies and daddies...

4) PENGGUNAAN KANTA PENAPIS BERWARNA BIRU


Kanta penapis berwarna biru ni basically mempunya ifungsi yang hampir sama dengan point nombor 3 di atas... bezanya adalah kanta penapis tersebut diletakkan direct pada gajet... kiranya ada double protection la gitu... dekat mata kita dah pakai cermin mata kanta khas, pada gajet pula dah diletakkan penapis, maka agak lengkaplah shield yang digunakan untuk kita protect mata anak-anak kita daripada menjadi rosak dek penggunaan gajet... makcik sendiri pun guna kanta penapis kat smartphone dan laptop makcik... at least, terjaga la sedikit mata tu kan...

5) BERI GANJARAN PADA ANAK (TAK SEMESTINYA DUIT)


Program rangsangan dengan memberikan inisiatif kepada anak-anak boleh juga dilaksanakan... menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin, teknik ini dapat membantu mengurangkan risiko kerosakan mata terhadap anak-anak di samping merapatkan lagi hubungan kekeluargaan... ibu-ayah boleh membawa anak-anak ke tempat kegemaran mereka atau pun melakukan aktiviti yang mereka sukai sekiranya anak-anak patuh dengan peraturan ibu-ayah dengan tidak menggunakan gajet terlalu lama... macam carrot and cane gitu... if everything is good, bagi reward so that anak-anak akan rasa dihargai...

TINDAKAN AWAL BANTU ELAKKAN MASALAH MATA

Semasa sessi soal-jawab, banyak juga persoalan yang telah diajukan dan jawapan yang bernas telah diperolehi daripada Doktor Mohd Hafidz Ithnin... berikut adalah antara point yang dapat makcik catatkan:

1) Sekiranya anak mengadu mata mereka rasa kurang nampak, berpasir, jangan bertangguh, dapatkan rawatan segera...

2) Jangan gosok mata dengan tangan kerana ia akan menyebabkan silau mata meningkat...

3) Mata anak kerap berkelip-kelip, sindrom mata malas, haaa, jumpalah doktor mata...


MENCEGAH LEBIH BAIK DARIPADA MENGUBATI


Ni makcik nak bagitahu ni, pada 11/12/2021, suatu sessi perjumpaan bersama dengan Doktor Mohd Hafidz Ithnin akan diadakan... korang boleh hubungi Optom Eyecare Bandar Baru Bangi di talian 011-11479093 untuk maklumat lanjut... jom gunakan kesempatan ini untuk membawa anak-anak korang ke Kiddos Eyecare... ini servis terkini daripada Optom Eyecare Bangi yang menawarkan perkhidmatan rawatan khas untuk kanak-kanak tau...

JANGAN KETINGGALAN!

Untuk maklumat lanjut, korang bolehlah hubungi:

OPTOM Eyecare Bangi
No. 37 Jalan 8/1, Seksyen 8, 
Bandar Baru Bangi,
43650 Bangi, Selangor 
(Berdekatan Marrybrown)

Waktu Operasi: 9.00 am - 8.00pm (Setiap Hari)


#optombangi #jagamata #bahagianpembangunanusahawan #lifestyleblogger #weollsblogspotdotcom #mommyblogger #lifestyleblogger #parentingblogger #optomeyecare #optomeyecarebangi #kesangajet #bahayagajet #kedaispekbangi #optometrist #jagamata

xoxo

Post a Comment

7 Comments

  1. Betul la kan..zaman skrg mmg zaman anak2 membesar dengan gadget jadi memang perlu kita amik tahu tentang penjagaan mata anak2 ni..eh kita sendiri pun

    ReplyDelete
  2. mmg bahaya kan bila tgk lelama gadget ... terutama mata kita.. jd kita kena jaga dan dapatkan rawatan

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas tipsnya. sekarang pun memang selalu sangat guna smartphone untuk pelbagai perkara sehingga lewat malam :)

    ReplyDelete
  4. Ye betul tu. Alangkan kita yang dewasa nie pun selalu mengalami mata penat dan kering (tambahan Rawlins pakai lens) sebab bekerja kan. Nie anak2 lagi la merisaukan. Thanks sebab sharing tips nie

    ReplyDelete
  5. so nice to attend the free talk and learn so much about our previous eyes oh

    ReplyDelete
  6. Thanks for the tips, i think adults also need to pay attention and take care of our eyes also

    ReplyDelete
  7. Macam kes anak saudara Sis, now dah pakai spek mata dah.. semua duk sebab ngadap gadjet.. mata tu ibarat nyawa kita gak, jagalah mata...

    ReplyDelete