PERTANDINGAN PESTA BERBALAS PANTUN DALAM TALIAN PPANPS


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

.1. Pertandingan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia tanpa mengira umur.
.
2. PPANPs menyediakan/’menjual’ 4 pantun. Para peserta hanya perlu memilih untuk MENJAWAB/’MEMBELI’ hanya SATU (1) pantun tersebut. Untuk menjawab atau ‘membeli’, pantun yang dibenarkan adalah jenis pantun EMPAT BARIS yang mempunyai 2 baris pembayang dan 2 baris maksud.
.
Berikut adalah pantun yang ‘dijual’ oleh PPANPs.
.
PANTUN 1 - BUDAYA MEMBACA
.
Mengayuh beca membawa tetamu,
Ramah disapa gadis melayu;
Amalan membaca jambatan ilmu,
Tetapi mengapa kian layu?
.
PANTUN 2 - COVID-19
.
Bakar lemang pulut sekaya,
Roti jala menjamu Puan;
Covid memang pandemik berbahaya,
Bagaimana pula pandangan tuan?
.
PANTUN 3 - BUDI BAHASA
.
Indahnya malam di pinggir desa,
Suasana indah diterangi bulan;
Memberi salam berbudi bahasa,
Mengapa diendah sebagai amalan?
.
PANTUN 4 : KEISTIMEWAAN PERLIS
.
Kak puan seorang anaknya,
Seorang anaknya si gadis gelis;
Jika tuan tahu jawapannya,
Apa istimewanya negeri Perlis?
.
3. Para peserta perlu menjawab dalam bentuk video. Video perlu menunjukkan pergerakkan peserta terutamanya wajah. Peserta perlu memperkenalkan diri secara ringkas seperti nama dan asal dan memaklumkan salah satu pantun mana yang hendak dibeli. (Rujuk syarat No. 2)
.
4. Durasi masa adalah bebas dan TIDAK MELEBIHI 1 minit. Video dan pantun adalah karya asal dan tidak pernah sertai mana-mana pertandingan. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.
.
5. Penganjur berhak sepenuhnya untuk untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media sosial atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur.
.
6. Peserta boleh hantar lebih daripada satu penyertaan, tetapi hanya satu penyertaan sahaja akan dipilih sebagai pemenang sekiranya berjaya.
.
7. PEMARKAHAN
Pemarkahan dikira melalui kriteria berikut:
.
I) KATEGORI PANTUN TERBAIK
• Ketepatan pantun, tema dan isi pantun
• Pantun a,b,a,b
• Lain-lain
.
II) KATEGORI VIDEO PANTUN TERBAIK (KANAK-KANAK, BELIA & DEWASA)
• Nada dan inotasi yang bersesuaian
• Ekspresi dan mimik muka yang bersesuaian
• Gerak tubuh yang bersesuaian
• Kreativiti penghasilan video
• Lain-lain
.
8. HADIAH YANG DITAWARKAN :
.
Hadiah ditawarkan mengikut kategori :
I) PANTUN TERBAIK
Wang tunai RM50.00 X 45 Pantun
.
II) VIDEO PANTUN TERBAIK
Wang tunai RM100.00 X 9 Video Pantun Terbaik (kanak-kanak, belia dan dewasa)
.
E-sijil disediakan untuk setiap penyertaan.
.
9) CARA PENGHANTARAN
.
Sila hantarkan video pantun anda seperti berikut :
.
I) TELEGRAM
.
Hantarkan video pantun anda di TELEGRAM di 0174696110 (Pn. Zairina Hashim) dan isikan butiran anda serta pantun di pautan google form Pertandingan Pesta Berbalas Pantun.
Pautan google form : https://forms.gle/7KNXCS7V5FfeCANg7
.
II) YOUTUBE
.
Muat naik video pantun anda di YOUTUBE. Sila ke google form Pertandingan Pesta Berbalas Pantun untuk mengisi butiran, pantun serta copylink youtube video pantun anda.
Pautan Google form : https://forms.gle/7KNXCS7V5FfeCANg7
.
III) TIKTOK
.
Muat naik video pantun anda di TIKTOK. Sila ke google form Pertandingan Pesta Berbalas Pantun untuk mengisi butiran, pantun serta copylink TIKTOK video pantun anda.
Sila letak tanda pagar #pertandinganpestaberbalaspantundalamtalianPPANPS
.
Pautan Google form : https://forms.gle/7KNXCS7V5FfeCANg7
.
Cara-cara copylink Video TIKTOK.
.
1) Buka aplikasi TIKTOK
2) Klik “Profile”
3) Pilih Video penyertaan
4) Tekan tombol “Titik Tiga” pada video
5) Pilih Share to : Other
6) Klik “Copy to clipboard”
7) Paste di google form
.
10) Setiap hasil penyertaan mestilah asli, hak milik sendiri, terkini dan tulen serta tidak pernah diterbitkan di dalam mana-mana bahan bercetak mahupun elektronik atau dihantar dalam mana-mana pertandingan sebelum ini. Pihak penganjur berhak membatalkan penyertaan atau menarik balik hadiah sekiranya tidak memenuhi dan melanggar perkara-perkara yang dinyatakan tersebut.
.
11) Setiap penyertaan yang dikemukakan akan menjadi hak milik penganjur.
.
12) Penganjur berhak sepenuhnya untuk untuk menerbitkan, mengeluarkan, memapar, mengedar, menyunting dan menayangkan mana-mana karya peserta dan pemenang pada mana-mana laman web, pameran, portal, media social atau blog atas tujuan promosi oleh pihak penganjur.
.
13) Nama pemenang akan dihubungi oleh urus setia dan akan diumumkan di facebook Perpustakaan Awam Negeri Perlis dan facebook Perpustakaan Kanak-Kanak & Perpustakaan Samsung Perlis SELEWATNYA 31 JANUARI 2022.
.
14) Pihak penganjur berhak meminda apa jua peraturan atau syarat yang difikirkan perlu dari semasa ke semasa.
.
15) Keputusan panel hakim adalah muktamad.
.
16) TARIKH TUTUP PERTANDINGAN
.
Tarikh tutup pertandingan SEBELUM atau PADA 31 Disember 2021.
.
SEBARANG PERTANYAAN :
.
Pn. Zairina Hashim
Perpustakaan Awam Negeri Perlis
Jalan Penjara, 01000 Kangar
Perlis
04-9764436 (Pejabat)
0174696110 (H/P)

Klik di sini untuk penyertaan dan pautan syarat.

xoxo

Post a Comment

1 Comments