JANGAN BERHENTI BERBUAT BAIK


Seorang wanita melihat seekor ular sedang terbakar dalam kebakaran. Beliau memutuskan untuk berusaha mengeluarkan ular tersebut dari api yang marak.

Ketika sedang berusaha menyelamatkan ular itu, tiba-tiba ular itu menggigitnya sehingga menyebabkan rasa sakit yang luar biasa.

Wanita itu menjatuhkan ular tersebut. Malangnya ular itu jatuh kembali ke dalam api tadi. Si wanita berfikir panjang untuk menyelamatkan ular itu.

Kemudian dilihatnya sekeliling dan menemukan sebatang besi. Terus dicapai dan digunakan untuk keluarkan ular itu. Berjaya dia menyelamatkan nyawa ular tadi.

Seseorang yang melihat kejadian itu mendekati wanita tersebut dan berkata: "Ular itu menggigitmu, mengapa masih mencuba untuk menyelamatkannya?"

Wanita itu menjawab: "Sifat ular adalah menggigit. Tetapi itu tidak akan mengubah sifatku yang suka menolong."

PENGAJARANNYA

Jangan mengubah sifat anda yang baik. Walaupun seseorang membenci dan membahayakanmu. Walaupun seseorang itu berlaku buruk kepadamu.

Jangan kehilangan hatimu yang baik, hanya kerana mereka yang berhati busuk.

Jadilah bijak saat kebaikanmu dibalas dengan keburukan kerana bukan balasan manusia yang kita harapkan. Tapi balasan dariNya yang diharapkan.

Walau dunia tidak melihat atau buta menilai kebaikan. Ingatlah ada Tuhan yang tidak pernah terlepas sesuatu perkara dariNya dan Dialah jua sebaik-baik pemberi balasan.

Percayalah, Allah Maha Adil dan bijaksana kepada semua hamba-hambaNya. Teruskan berbuat kebaikan, walau seburuk mana pun ia di mata manusia. Janji baik di sisiNya.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️

A friend forwarded this over to me... credit to the writer (I don't know who)...

Beautiful and meaningful indeed...

Muah ciked...

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. setuju.. berbuat baik itu bukan untuk dipandang di mata manusia...tetapi berbuat baik untuk memperbaiki diri, memberbanyakkan timbangan neraca kita nanti

    ReplyDelete