MINION TOOTHBRUSH HOLDER COMEL INI BOLEH DIBAWA KE MANA-MANA SAHAJA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... sejak dah boleh merentas negeri ni, seronok makcik tengok masing-masing up kat status... ada yang dah balik kampung berjumpa dengan ibu ayah, adik-beradik juga saudara-mara dan sahabat-handai yang telah lama terpisah dek penangan pandemik ni... masing-masing bergembira bersama mereka yang tersayang sambil tetap teguh menjaga SOP...

Makcik sekeluarga juga telah pulang untuk bersama-sama ahli keluarga meraikan pernikahan adik pakcik korang baru-baru ni... alhamdulillah, semuanya berjalan lancar... kami sekeluarga takde pun buat majlis ala-ala vogue de vass agitchewwww sebab sekarang kan kita masih baru-baru je nak hidup dengan kehadiran COVID-19 sebagai endemik... kami hanya meraikan kegembiraan menyambut ahli keluarga baru bersama-sama adik-beradik je... walaupun begitu, kami tetap gembira, alhamdulillah...

Kalau dah balik kampung tu, tau-tau je lah, beg pakaian confirmed sebesar guni macam nak balik sebulan punya cerita kan kan kan... makcik lettew... bukan apa, senang, kalau dobi tutup ke, mesin basuh tak berfungsi ke, ayaq takdak ka, at least dah standby siap-siap kain-baju yang nak dipakai kan kan kan... hehehehe... begitu juga dengan segala kelengkapan mandi... memang makcik bawak but makcik letakkan dalam bekas yang mudah dan kecil untuk menjimatkan ruang...


Ubat gigi memang letak kat dalam bekas macam ni supaya adegan ubat gigi dipicit ala-ala dah setahun tak berus gigi tidak berlaku gaissss... yelah, kadang-kadang tu nak marah anak pun tak boleh jugak kan sebab diorang dah bajet picit slow tapi ubat giginya zassss, laju je meluncur...  siapa pernah kena angkat tangan sikit... hehehehe... makcik pun selalu je kena gitu sebenornya... penyelesaiannya, guna je si minion comel ni, kurang sikit pembaziran... haaa, kalau korang nak guna yang macam ni, boleh beli kat sini ya...


Si minion ni kalau korang guna kat rumah, boleh terus tampalkan kat dinding bilik air tu... kalau nak bawak masa vacation ke, boleh je bawak... kita yang buat dia tak gitu? Nah makcik bagi lagi sekali link kat bawah ni untuk korang:



Selamat pergi dan selamat pulang ke destinasi hokey...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

Post a Comment

Previous Post Next Post