BETUL KE MINUM BANYAK AIR PUTIH BOLEH KURUS?

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... rata-rata, pakar pemakanan akan memberi saranan untuk kita memastikan pengambilan air putih adalah mencukupi agar hidrasi badan berada di tahap yang optimum... jumlah air putih yang perlu diminum biasanya bergantung kepada jantina, berat badan, cuaca, aktiviti harian juga kesihatan seseorang... umumnya, dua hingga tiga liter air putih merupakan saranan yang sering diberikan... kadangkala, seseorang individu perlu mengambil lebih air putih berikutan keperluan kesihatannya... namun begitu, ada juga individu yang mengamalkan pengambilan air putih secara berlebihan dengan alasan ia mampu menguruskan badan dengan cepat...

Sebenarnya, pengambilan air putih memang baik sekiranya ia dilakukan dengan berhemah... ilmu berkenaan kalori makanan juga lemak badan kita amat diperlukan agar pengiraan dapat dilakukan untuk membantu proses penurunan berat badan... ia bukan semata-mata hanya dengan meningkatkan pengambilan air putih sahaja... tahukah akorang bahawa sel badan akan membengkak dek pengambilan air putih berlebihan dan boleh menyebabkan sawan? Ngeri bukan? Tidak mengapa, jom lihat cara pengambilan air putih yang betul untuk memastikan kita kurus tanpa memudaratkan diri...


a) (Makanan tinggi kalori + lemak badan tinggi) – kurang minum air putih = Berat badan naik
Apabila kita mengambil makanan yang mempunyai kalori tinggi, lemak di dalam badan kita juga akan meningkat dan menjadi tepu sekiranya kita kurang minum air putih dalam sehari.

b) (Makanan tinggi kalori + lemak badan tinggi) – kurang minum air putih = Berat badan naik
Apabila kita mengambil makanan yang kurang kalori tetapi kurang minum air putih dalam sehari, lemak dalam badan akan kekal tinggi.

c) (Makanan kurang kalori + air putih minum tiga liter) = Berat badan turun 
Apabila kita mengambil makanan yang kurang kalori dan minum air putih secara berterusan sebanyak tiga liter sehari, lemak badan pasti akan turun secara semulajadi.

Akhir kata, walaupun air putih dapat membantu menurunkan berat badan, haruslah diingat untuk tetap mengambil makanan seimbang agar badan kekal mendapat nutrisi yang diperlukan.

xoxo

Post a Comment

0 Comments