TIPS MENGHADAPI BANJIR - SEBELUM, SEMASA DAN SELEPAS

Assalamualaikum dan hai hai hai everything...

Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut

Walau bagaimanapun, kini Allah mahu menguji kita... Mohon doakan kesejahteraan dan keselamatan juga kelapangan hati buat semua yang terkesan...

All, mohon doakan hujan segera reda dan banjir lekas surut di Lubuk China Melaka juga semua kawasan yang terlibat...

Semoga kesemua ahli keluarga kami dan sahabat sekalian juga berjaya mengharungi ujian ini...


Hati makcik masih lagi rasa sedih dan pilu melihatkan (memikirkan) musibah yang menimpa keluarga juga sahabat kita semua di Lembah Klang, Melaka, Pahang juga kawasan lain yang mungkin makcik terlepas pandang...

Makcik ada call juga message keluarga dan sahabat yang terkesan... I am so proud on how positive they were (are) in facing this kind of situation... ada yang keperluan asas semua habis ditelan air bah yang mengganas sehingga ahli keluarga terpaksa dipindahkan menggunakan bot BOMBA but they can still laugh and smile (I believed so based on their voice tone) while we talked on the phone...


Kredit gambar: Sinar Harian

Gaissss, keadaan banjir memang tidak dapat kita elakkan lebih-lebih lagi kerana ia merupakan bencana alam... pengetahuan keselamatan dan persediaan awal menghadapi banjir amat penting agar kita tidak panik sekiranya ia berlaku... dengan adanya sedikit ilmu ini, bolehlah kita aplikasikan agar dapat menyelamatkan nyawa atau sekurang-kurangnya mengawal kerugian kerosakan harta-benda... so now, makcik nak share dengan korang semua tips menghadapi musim banjir... zassss...

LANGKAH BERJAGA-JAGA BANJIR

PERSEDIAAN SEBELUM BANJIR

1) Dapatkan maklumat tentang banjir di tempat korang.
2) Pastikan sistem amaran banjir dan sentiasa alert dan dengar hebahan semasa yang disampaikan melalui radio, sosial media juga televisyen online termasuklah daripada bilik-bilik gerakan banjir Negeri atau Daerah yang berhampiran.
3) Periksa lubang air seperti longkang atau saluran najis. Korang boleh bersihkan halangan dan pastikan ia tertutup rapat supaya air banjir tidak masuk melaluinya.
4) Pastikan di mana Pusat Permindahan dan Pusat Bantuan Bencana di tempat korang.
5) Sediakan bekalan makanan dan peralatan kecemasan secukupnya.
6) Ajari ahli keluarga cara-cara bertindak semasa kecemasan dan tidak panik.
7) Dalam musim hujan pastikan alat untuk berkomunikasi dalam keadaan baik seperti telefon pintar dan power bank telah dicaj.

SEBELUM BANJIR – SEMASA TANDA-TANDA DIKESAN

1) Dengar hebahan melalui pengumuman radio, televisyen atau pihak-pihak tertentu.
2) Pindahkan peralatan di dalam rumah ke tempat yang selamat.
3) Letakkan dokumen penting di tempat yang selamat atau bawa bersama di dalam bekas kalis air.




4) Bersedia untuk menutup suis elektrik, injap utama bekalan air dan gas.
5) War-warkan kepada jiran-jiran supaya mereka bersedia menyelamatkan barang-barang penting.

SEMASA BANJIR -  SEMASA PEMINDAHAN

1) Apabila menerima arahan, segeralah berpindah ke pusat-pusat pemindahan yang disediakan.
2) Berpindah awal sebelum banjir meningkat atau pada waktu siang kerana lebih mudah dan selamat.
3) Ikut laluan yang di tentukan, laluan lain mungkin terhalang oleh banjir.

SEMASA BANJIR – DI DALAM KENDERAAN
 
1) Jika kenderaan korang terhalang dek banjir, kunci kenderaan serta tinggalkan kenderaan tersebut dan pergilah ke tempat yang selamat.
2) Jangan terus mengharungi kawasan banjir. Hendaklah berpatah balik ke tempat yang selamat.

SEMASA BANJIR - DI DALAM RUMAH

1) Dengar pengunguman melalui radio, televisyen atau pihak tertentu.
2) Bersedia dengan peralatan kecemasan.
3) Jika korang menerima amaran untuk berpindah, segera lakukan.

SEMASA BANJIR – DI LUAR RUMAH

1) Pergi ke tempat tinggi dan selamat.
2) Elakkan daripada melalui kawasan banjir serta berarus deras yang boleh menghanyutkan korang.
3) Jangan sengaja bersiar-siar di kawasan banjir sama ada dengan sampan mahupun berjalan kaki.
4) Jangan sentuh mana-mana kabel atau wayar yang jatuh.
5) Awasi kanak-kanak, jangan biarkan mereka bermain-main di longkang, sungai atau lombong.
6) Jangan minum air banjir.

SELEPAS BANJIR

1) Dengar pengumuman melalui radio atau tunggu arahan pihak yang berkuasa, jangan kembali ke rumah sebelum dibenarkan atau sebelum keadaan benar-benar selamat.
2) Beri bantuan kepada jiran korang atau orang kurang upaya (orang tua, kanak-kanak dan golongan istimewa).
3) Periksa rumah anda, lihat tanda-tanda rekahan atau mendapan kerana ianya mengkin tidak selamat untuk terus diduduki.
4) Jangan terus memasuki rumah yang masih dibanjiri air dan berhati-hatilah kerana banyak bahaya yang tersembunyi.

SELEPAS BANJIR - SEMASA MEMASUKI BANGUNAN

1) Pakai kasut.
2) Periksa kerosakan dinding, lantai, pintu dan tingkap.
3) Periksa sebarang kehadiran binatang atau serangga berbisa yang berbahaya. Gunakan kayu untuk mengalihkan sebarang halangan yang bertaburan di lantai rumah korang.
4) Perhatikan siling dan plaster dinding yang mungkin rekah, lerai dan jatuh.

SELEPAS BANJIR –PERIKSA ANCAMAN BAHAYA

1) Periksa paip saluran gas yang mungkin pecah atau bocor.
2) Periksa wayar elektrik yang terendam di dalam air.
3) Periksa peralatan elektrik yang tenggelam.
4) Periksa bahan-bahan mudah terbakar yang mungkin mengalir masuk semasa banjir (Minyak tanah, petrol, diesel dan sebagainya).
5) Buang bahan-bahan makanan yang terendam dan terkena banjir termasuklah makanan dalam 
tin.
6) Periksa kerosakan tangki septik untuk mengelakkan bahaya biologi.
7) Laporkan sebarang kerosakan kemudahan-kemudahan awam kepada pihak yang berkuasa.


Akhir kalam, sesungguhnya, memang benar apa yang telah Allah firmankan yang bermaksud:
  “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya” (Surah Al Baqarah , ayat 286).

Tiada siapa yang mahu diri ditimpa musibah, kesusahan dan lain-lain... perbanyakkanlah bersabar dalam berdepan dengan ujian atau musibah, dengan sentiasa mengingati atau mengekalkan kesedaran tentang hakikat atau hikmah di sebalik musibah itu...

InsyaAllah, kita sama-samalah cuba bantu semampu kita... tidak semestinya ia adalah dalam bentuk wang ringgit, mungkin kudrat atau secebis doa dalam diam yang amat berharga dan tidak ternilai boleh kita hulurkan demi kasih-sayang sesama insan...

xoxo

Post a Comment

1 Comments