Assalamualaikum dan hai hai hai everything... makcik nak ambil kesempatan ni untuk share dengan korang semua berkenaan makluman terbaru daripada PERKESO... Gaissss, PROGRAM SIP GIG kini telah dibuka mulai 17 Januari 2022!!!
Insentif ini memberi fokus kepada individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji, diberhentikan kerja, penganggur lebih daripada 60 hari, pencari kerja daripada golongan terjejas dan suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada enam (6) bulan yang terlibat dalam pekerjaan yang tidak terikat dengan waktu bekerja menggunakan Platform Digital berdaftar di bawah PERKESO.
APAKAH SIP GIG PERKESO?
SIP GIG merupakan insentif kewangan berjumlah RM600 sehingga RM800 sebulan bagi tempoh maksimum 6 bulan bagi pekerja gig yang baharu di bawah Bajet 2022.
OBJEKTIF SIP GIG PERKESO
1) Memberi peluang kepada individu yang menganggur atau tidak bekerja untuk melaksanakan pekerjaan secara jangka masa pendek.
2) Menggalakkan pencari kerja atau individu menganggur mengambil peluang pekerjaan merentasi pekerjaan tidak formal atau kerjaya ekonomi gig melalui platform digital.
INDIVIDU YANG LAYAK MEMOHON SIP GIG PERKESO
1) Individu yang diberikan notis cuti tanpa gaji (minimum sebulan) atau yang diberhentikan kerja.
2) Individu / graduan yang menganggur melebihi 60 hari.
3) Pencari kerja daripada golongan terjejas seperti OKU, bekas banduan dan lain – lain.
4) Suri rumah yang tidak bekerja lebih daripada 6 bulan dan pendapatan isi rumah kurang daripada RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) terkini.
5) Semua pekerja untuk program ini mesti berumur 18-60 tahun pada tahun 2022.
6) Semua pekerja untuk program ini mesti membuat pendaftaran mulai 1 Januari 2022 di platform digital yang berdaftar dengan PERKESO.
INDIVIDU YANG TIDAK LAYAK MEMOHON SIP GIG PERKESO
1) Individu yang aktif bekerja.
2) Individu yang telah menerima insentif di bawah Program KerjayaGig.
3) Individu yang telah menerima insentif mobiliti di bawah Program Penjana Kerjaya tetapi telah berhenti kerja secara sukarela.
4) Pelajar praktikal atau individu yang masih belum tamat pengajian.
TARIKH MULA PERMOHONAN
Permohonan Program SIP Gig dibuka mulai 17 Januari 2022 melalui Aplikasi PERKESO Prihatin atau melalui pautan INI.
TARIKH AKHIR PERMOHONAN
30 Jun 2022
CARA MEMOHON SIP GIG PERKESO
1) Muat turun aplikasi PERKESO Prihatin di Apple App Store atau Google PlayStore atau layari laman sesawang ini (Layari platform digital yang berdaftar dengan PERKESO sahaja).
2) Buat permohonan di Aplikasi PERKESO atau di laman sesawang ini.
3) Sekiranya permohonan diluluskan, log aktiviti perlu dimuat naik setiap bulan untuk menerima insentif.
Rujuk dokumen sokongan yang diperlukan seperti berikut:
SYARAT PENERIMAAN INSENTIF PERKESO SIP GIG
1) Menghantar Log Aktiviti pembuktian secara cetakan berkomputer yang mengandungi jumlah komisen berserta letterhead rasmi atau logo platform digital setiap bulan bagi tempoh 6 bulan.
2) Dengan minimum komisen bulanan berjumlah RM1,200 atau 40 jam seminggu, OBS layak mendapat insentif berjumlah RM600 sebulan.
3) Sekiranya OBS mencapai jumlah komisen RM2,500 dan ke atas ataupun 60 jam seminggu, insentif tambahan sebanyak RM200 akan diberikan kepada OBS menjadikan insentif keseluruhan berjumlah RM800 sebulan.
Untuk info lanjut, sila kunjungi www.perkeso.gov.my atau www.myfuturejobs.gov.my
Individu yang berminat boleh juga menghubungi talian perkhidmatan khas PERKESO di 03-80915300 / 1-300-22-8000 atau sekiranya terdapat sebarang aduan anda boleh mengemukakan aduan tersebut di
APA YANG ORANG BEKERJA SENDIRI (OBS) PERLU BUAT SEKIRANYA DITAWARKAN PEKERJAAN SEPENUH MASA?
1) Individu yang ditawarkan pekerjaan sepenuh masa perlu melaporkan status pekerjaan mereka kepada PERKESO dalam tempoh 48 jam menerusi Aplikasi PERKESO Prihatin (SIP Gig) bagi menamatkan pembayaran insentif seterusnya.
2) Individu yang gagal melaporkan akan diarahkan untuk membayar semula jumlah bayaran yang telah
diterima kepada PERKESO.
DOKUMEN WAJIB UNTUK PENGESAHAN ORANG BEKERJA SENDIRI (OBS)
1) Maklumat akaun bank individu bekerja sendiri (salinan muka hadapan penyata bank yang mengandungi nama pekerja, nombor akaun bank, kad pengenalan, dan nama bank).
2) Senarai surat atau dokumen sokongan mengikut kategori kelayakan:
i) Pencarum PERKESO yang diberikan notis cuti tanpa gaji atau yang diberhentikan kerja
ii) Bukti yang dikeluarkan oleh majikan semasa atau terdahulu.
iii) Pencari kerja daripada golongan terjejas yang berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan
iv Pencari kerja daripada golongan rentan (Tidak berdaftar dengan agensi di bawah kerajaan)
v) Suri rumah yang tidak bekerja sekurang-kurangnya 6 bulan (Pendapatan isi rumah kurang RM2,208 selaras dengan had Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK)
vi) Graduan yang menganggur melebihi 60 hari
3) Bukti pengesahan yang dikeluarkan oleh agensi yang berdaftar dengan kerajaan (Contoh: Kad OKU daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat)
4) Borang Pengesahan Pendapatan dan Tanggungan Isi Rumah yang disahkan oleh Penghulu/ Ketua Kampung/ Pengerusi JKKK setempat/ Pegawai Kerajaan Gred A (Gred 41 dan ke atas).
5) Surat Tamat Belajar yang telah disahkan oleh Institusi Pengajian Tinggi (IPT)
Jadi, those yang layak, pastikan korang memohon okay... makcik harap korang dapat maklumat yang bermanfaat daripada perkongsian ini ya... all the best... till then, see you when I see you...
xoxo
1 Comments
bestnya kalau dpat mohon ni.
ReplyDelete