PERTANDINGAN FAN ART TAKDIR ANIMATED DENGAN TEMA ANGKASA SAKTI BERAKSI

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... dah lama juga makcik tak bawak anak-anak join pertandingan... dulu masa still tinggal kat Klang Valley, memang merata makcik bawa anak-anak masuk pertandingan... masa diorang kecik-kecik dulu, pertandingan favourite adalah PERTANDINGAN MEWARNA... bila dah besar sikit, makcik bawak diorang join pertandingan ilmiah pulak especially pertandingan yang diadakan di perpustakaan awam yang sering kami kunjungi setiap minggu masa makcik masih berkhidmat di Klang Valley...

Seronok sebenarnya bila join pertandingan ni... pelbagai sifat yang positif dapat dipupuk... seriously, memang berbaloi kalau korang biasakan anak-anak untuk masuk pertandingan... selain daripada memupuk sifat positif, self esteem anak-anak juga dapat ditingkatkan... ala, samalah macam kalau kita mintak anak pi amik makanan masa brader Food Panda atau brader Grab hantar tu... lebih-kurang gitu juga kesan yang akan anak-anak dapat...

APA? KORANG TAK NAMPAK APA KESAN POSITIFNYA?


1) Anak-anak akan lebih berani untuk berhadapan dengan orang lain.
2) Anak-anak akan mudah berkomunikasi dengan orang lain.
3) Anak-anak akan dapat mempraktikkan kesantunan berbahasa dengan orang lain.

Haaa, gitulah antara kesan positif yang anak-anak makcik dapat... well, nak kata sekarang ni depa terus all out tu takdelah... but makcik gembira, at least, ada la perubahan yang positif agitchewwww... oh ya, pertandingan yang makcik masukkan anak-anak tu kebanyakannya PERCUMA... ada jugalah pertandingan yang berbayar, tapi kebanyakannya yang PERCUMA... kalau time join pertandingan, biasanya makcik akan bawa sekali along Kashah, angah Adid, acik Aliuddin dan Dijah untuk sama-sama memeriahkan majlis bersama Kaisah, Thaqif, Nuha dan Khairah... kalau korang nak masukkan anak-anak korang ke pertandingan berbayar pun boleh... 

TEPUK DADA TANYA SELERA


Terpulang kepada pilihan masing-masing... apa yang penting adalah anak-anak mendapat keseronokan dan pengalaman daripada pertandingan-pertandingan yang diorang sertai tu... oh ya, tadi, masa makcik tengah dok scroll internet, makcik came across pertandingan ni... ajommmm ajak anak-anak join... makcik memang tak dapek la nak join sebab tangan keras, kalau nak lukis gambar Mickey Mouse pun ambil masa dalam tiga hingga lima hari baru jadi... hahahaha... bior le anak-anak je yang join, depa artistik, ada bakat melukis macam pakcik korang...


Hasilkan satu ilustrasi menggunakan watak utama TAKDIR mengikut kreativiti anda dan anda berpeluang memenangi hadiah lumayan!

🗓️ Tarikh mula: 17 Januari 2022
🗓️ Tarikh tutup: 13 Februari 2022, 11:59 PM
🗓️ Tarikh tutup undi online: 23 Februari 2022

🌟 Kategori A: 12 tahun dan ke bawah
💫 Kategori B: 13  - 17 tahun
💫 Kategori C: Terbuka



KATEGORI A: 12 TAHUN DAN KE BAWAH


🥇Pertama RM500, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🥈Kedua RM300, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🥉Ketiga RM150, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🏅x3 Saguhati  RM50, Merchandise TAKDIR


KATEGORI B: 13 TAHUN HINGGA 17 TAHUN


🥇Pertama RM700, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🥈Kedua RM400, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🥉Ketiga RM200, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🏅x3 Saguhati RM100, Merchandise TAKDIR


KATEGORI C: TERBUKA


🥇Pertama RM900, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🥈Kedua RM500, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🥉Ketiga RM250, Trilogi TAKDIR & Merchandise
🏅x3 Saguhati RM150, Merchandise TAKDIR


TERMA DAN SYARAT

1) Rakyat Malaysia/bermastautin di Malaysia SAHAJA.
2) Medium: Tradisional dan digital. Hitam putih atau berwarna akan diterima.
3) Hasilkan lukisan menggunakan watak utama TAKDIR; ANGKASA SAKTI, mengikut tema yang diberikan; ANGKASA SAKTI BERAKSI!. Dibolehkan menambah karakter lain untuk memeriahkan fanart anda.
4) DILARANG menyentuh isu sensitif seperti politik, keagamaan, keganasan, seksual dan seumpamanya.
5) DILARANG MEMPLAGIAT atau TRACING mana-mana lukisan/ilustrasi yang sedia ada.
6) TIADA HAD penyertaan bagi setiap peserta.
7) Setiap peserta hanya boleh memenangi SATU (1) hadiah sahaja walaupun menghantar banyak penyertaan.
8) Setiap penyertaan akan dimuat naik ke Facebook Brainy Bones Studios setiap minggu bagi tujuan pengundian.
9) Cara pengiraan markah;
30% adalah daripada undian di Facebook Brainy Bones Studios.
70% pemarkahan akan diberikan oleh Brainy Bones Studios.
10) Pihak penganjur akan menolak sebarang penyertaan yang tidak menepati syarat-syarat yang ditetapkan.
11) Dengan menyertai pertandingan in, para peserta memberikan kebenaran kepada pihak penganjur untuk menggunakan penyertaan untuk sebarang tujuan.
12) Pihak penganjur berhak menukar hadiah tunai kepada barangan yang mempunyai nilai yang sama.


AMACAM? BERMINAT TAK?



Jom ramai-ramai, ajak rakan dan keluarga korang untuk sertai bersama tau... makcik dah bagitau kat anak-anak ni, harapnya diorang nak la join... P/S: Makcik suka tengok lukisan-lukisan especially anime character yang Kaisah, Thaqif, Nuha dan Khairah suka lukis kat scrap book diorang... anyway, all the best ye untuk semua...

#Takdir #TakdirAnimated #TakdirFanart #HilalAsyraf #BrainyBonesStudios #Crowdymation

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

1 Comments

  1. All the best Kids yang join. Acik nak ngasi anak2 join mereka belom baligh lagi. Hehe

    ReplyDelete
Previous Post Next Post