TERANG DALAM GELAP: TERUSKAN BERUSAHA, PASTI BERJAYA!

Kak Tini sekeluarga sebenornya baru je baik daripada

DEMAM INFLUENZA

say dalam bulan lepas gitu. Ya Allah, dia punya after-effect tu memang padu gais. Hampir 3 minggu kami sekeluarga lembik melepek, nak buat apa-apa pun tak larat. Kak Tini macam biasalah, dek kerana kalau sakit pun memang tak terlihat di wajah, pergi jelah iolls ke opis macam biasa. Haaa, jangan melompat dulu ya semua. Kak Tini dah buat

COVID-19 Test

and it was tested as negative. That's why la Kak Tini pergi ke opis dengan tenang.

Masih lagi menggagahkan diri walaupun kepala terasa berat.
Masih lagi mengusahakan segala task yang perlu disiapkan.

Alhamdulillah, suhu badan kadangkala menurun. Ia memberikan sedikit ruang untuk minda berfikir secara kritis dan kreatif dalam meladeni keperluan dan kehendak bait-bait kata yang perlu dicoretkan.
Dua hari lepas, sewaktu membawa anak bongsu ke klinik akibat

Hidung Tersumbat

dan

Sukar Bernafas

(apabila hidung tersumbat kanak-kanak kan mudah berasa panik) Kak Tini sendiri terpaksa auto-tak-panik kerana perlu mententeramkan anak.


Kak Tini dan keluarga ada history demam, selsema serta sakit tekak sebelum ini. Apabila diuji menggunakan

Kit Ujian Kendiri

keputusannya adalah negatif. Jadi, doktor mengatakan yang ia berkemungkinan hampir sama dengan demam influenza. Maka, kami perlulah menitik-beratkan penjagaan yang sama.

Kali ni memang kami masing-masing jaga diri sendiri sebab semua down. Alhamdulillah, anak sulung, anak kedua dan anak ketiga dah boleh dikatakan kembali sihat seperti sedia-kala. Yelah, aktif je macam biasa kan. My better half, anak bongsu dan Kak Tini je yang masih on and off demam, sakit kepala, selsema macam air terjun, lembik, lesu, hidung tersumbat dan kadangkala rasa dada berdebar-debar.

Doktor kata, kesan demam influenza ni memang berpanjangan. Jadi, kena la disiplin makan ubat dan jaga kesihatan. Kalau ada apa-apa yang emergency, boleh straight ke Klinik Kesihatan berhampiran.

Korang pun tolong doakan kami ya. Yelah, kita tak tahu doa siapa di antara kita yang akan Allah makbulkan betul tak?

So, ini adalah apa yang kami amalkan sejak demam hari tu:
1) Banyakkan minum air masak.
2) Mandi air suam.
3) Berdisiplin makan ubat.
4) Jaram kepala dengan tuala basah.
5) Makan hidangan ringan agar perut tak masuk angin.

Panjang pulak bebelan Kak Tini kan? Hehehehe. by the way, dalam kita melayari kehidupan, kita pasti akan merasai pelbagai ragam dan karenah manusia juga keadaan.


Korang pernah tak,

Dah buat macam-macam,
Dah cuba macam-macam,
Dah usaha macam-macam,
Dah belajar macam-macam,
Dah macam-macam yang korang lalui.

TAPI,

Korang masih di tempat yang sama,
Korang masih dengan circle yang sama,
Korang masih dengan keadaan yang sama,
Korang masih dengan rutin yang sama.

Ketahuilah,

Memang kita dah buat,
Memang kita dah cuba,
Memang kita dah usaha,
Memang kita dah belajar,
Memang kita dah buat macam-macam.

NAMUN,

Masih belum masanya untuk Allah beri,
Masih belum masanya untuk Allah kurnia,

Pernah dengar ayat ni?

Kau ni, belajarlah rajin-rajin (padahal memang dah belajar sampai nak pengsan),
Kau ni, carilah kerja yang elok sikit (padahal dah beribu resume dihantar ke merata syarikat, negeri dan negara),
Kau ni, cubalah buat kerja part-time (padahal dah jadi macam sotong dah dok buat kerja tu, kerja ni).

SABAR,

Allah sedang persiapkan diri kita untuk sesuatu yang lebih hebat,
Allah sedang didik hati kita untuk tabah menghadapi cabaran,
Allah sedang programkan akal kita agar sentiasa berfikir di luar kotak,
Allah sedang menjadikan kita seorang yang alah bisa tegal biasa.


Korang, kita takkan tahu apa yang bakal terjadi dalam hidup kita, tapi yang pasti, janganlah sampai hilang semangat. Walaupun kadang-kadang kita asa macam dah berusaha keras giler tapi takde perubahan besar, tetapi itu bukan tanda untuk kita berhenti.

Kita perlulah belajar daripada setiap pengalaman, setiap cubaan. Mungkin masa kita belum tiba, yakinlah bahawa Allah sedang persiapkan sesuatu yang hebat buat kita. Jadi, teruskan usaha, kejarlah apa yang kita impikan. Mungkin satu hari, semua usaha kita akan membuahkan hasil. Bersabarlah, dan nikmatilah perjalanan ni.

We can do this!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo

Post a Comment

1 Comments

  1. Alhamdulillah... kak tini dpt ujian dr Allah ertinya Allah ingat kak sekeluarga.. mmg org cakap influenza ni lg teruk dpd covid kan? skrg ni mcm² je penyakit

    ReplyDelete