Semalam, Kak Tini came across post ni.
For me, it is
PELUANG
(read: beserta sikap).
1) Peluang yang tidak diberikan.
2) Peluang yang disia-siakan.
Kali ni, Kak Tini nak fokus kepada bab pekerjaan sahaja.
Peluang Yang Tidak Diberikan
Cer imagine, korang dah berkorban masa dan tenaga nak dapatkan kerja yang kau idam-idamkan. Tapi korang tak dapat peluang langsung. Panggilan interview pun tak nampak bayang. Rasa macam kena hempap dengan kenyataan yang pahit giler kan? Macam semua pintu harapan korang dah tertutup gitu. Memang kecewa habis.
Ada juga yang apply kerja tapi rupa-rupanya company tu dah ada pilihan sendiri. Diorang letak iklan mungkin just nak tunjuk formaliti je. Lepas tu, bila korang pergi interview, tiada lain, hanya untuk cukupkan kuota calon yang telah dipanggil untuk temuduga je.
Ye, ia berlaku gais.
Kak Tini sendiri pernah lalui okay. Pada waktu itu, Kak Tini baru je habis pengajian. Dapat je panggilan interview, memang excited la kita kan. Kak Tini pun pergi lah interview tu. Everything went well. Tiber, lepas sorang pompuan sebelah Kak Tini selesai interbiu, PIC yang handle tu terus cakap kat kitorang semua.
'Yang lain boleh balik, adik ni dah diambil bekerja'
And you know what, she was waaaaaaaaaay out of the specification. Without any SPM pun (yelah, kami hat datang ni, ada yang dengan SPM, STPM, sijil, diploma dan degree kan) Tiber, dia pulak yang dapat. Alih-alih masa balik tu, rupa-rupanya, pompuan tu adik kepada salah seorang pekerja kat sana.
Mende.
Peluang Yang Disia-siakan
Lagi satu, dalam perjalanan yang sama, ada pulak cerita sebaliknya. Ada orang yang dapat peluang, tapi entah kenapa, buat pekerjaan tu seolah-olah macam tengah main-main je. Tak hargai langsung. Diorang ambil enteng, tak ambil serius, malah memandang remeh peluang yang ada. Yelah, senang dapat agaknya.
a) Masuk lambat.
b) Rehat awal.
c) Masuk rehat lambat.
d) Balik cepat.
e) Asyik nak time off.
f) EL memanjang.
g) MC sokmo.
Ada je nak mengelat. Bila kita bagi nasihat, alasannya pun pelik-pelik. Habis, macam mana? Orang yang memang nak bekerja memang akan rasa geram je tengok apabila terjumpa dengan manusia yang cenggini. Tak bersyukur langsung.
So, bagi Kak Tini, apa-apapun, kita perlulah meletakkan sesuatu betul pada tempatnya. Setiap orang melalui pengalaman hidup yang berbeza, jadi, kita tak boleh pukul rata. Kita kena adil.
Ada ramai je insan di luar sana yang nak bekerja, berkebolehan, berkemahiran TAPI tidak diberikan peluang.
Ada ramai je insan di luar sana yang sememangnya malas bekerja TAPI diberikan peluang dan hanya mensia-siakan peluang itu.
Gais,
1) Sekiranya mempunyai kemampuan untuk mencipta dan memberi peluang, jalankanlah amanah dengan jujur.
2) Sekiranya diberikan peluang, buatlah tanggungjawab sehabis-baik.
3) Sekiranya tidak diberikan peluang, teruslah berusaha tanpa kenal erti jemu.
Tepuk Dada Tanya Iman
Jadilah insan yang berguna untuk agama, bangsa dan negara.
Jadilah insan yang memudahkan orang lain bukan menyusahkan.
Sekiranya tidak mampu menjadi garam, janganlah pula menjadi langau.
Team possible, aja aja fighting.
Muah ciked.
Hartini The Ghostwriter @ AI Image Creator
360 creativity at your utmost priority
#AIimages #Aiimagecreator #engagement #media #copywritingservices #copywriter #copywriterforhire #content #startnow #connections #connectingpeople #ghostwriter #ghostwritermalaysia #kbba9 #penulisupahan #servismenulis #penuliskonten #penulishantu #kelabbloggerbenashaari #hartinighostwriter #ghostwriterforhire #jomkahfi #transcription #transcriptionservices #translation #translationservices
2 Comments
orang muda ni sudah pasti ada tenaga luarbiasa,akal luar biasa,masa luar biasa,tapi kalau ada sifat malas,demi masa Allah dah ingatkan kita bahawa rugilah dan sia-sialah
ReplyDeletesetiap hari adalh peluang untuk kita berubah...
ReplyDelete