Siapa kata jual sandwich dari rumah tak boleh buat duit? Korang pernah dengar kisah Kak Najah, founder yang sekarang ni berjaya dengan hanya buat sandwich dari dapur rumah dia? Meh Kak Tini cerita pasal Kak Najah ni, korang mesti terinspirasi lepas baca!
KISAH BERMULA... DENGAN KEGAGALAN BAKERY!
Okay, nama penuh dia Najah Farahin Ahmad Faisal, tapi orang ramai panggil dia Kak Najah. Dalam dunia bisnes, nama Kak Najah memang dah tak asing lagi. Dia sekarang dah 43 tahun, dan siapa sangka, dulu dia pernah ada bakery sendiri. Ye, bakery! Tapi… sayangnya, tak semua bisnes yang kita harap akan berjaya. Lepas tiga tahun, bakerynya terpaksa tutup sebab tak dapat sambutan yang Kak Najah harapkan.
Tapi, korang ingat Kak Najah terus give up? No no no. Dia bukan jenis yang senang putus asa. Lepas tutup bakery, Kak Najah ambil masa, duduk rumah, fikir-fikir, "Apa yang boleh aku buat sekarang?"
Haaa, masa tu la dia terfikir nak mulakan bisnes sandwich. Mula-mula kecil-kecilan je. Bukan fancy-fancy macam sandwich yang ada kat kafe-kafe hipster sekarang ni. Just basic sandwich, jual kat jiran-jiran, kenalan, and customer lama dia yang masih sokong perjalanan bisnes kecilnya.
Dari Sandwich ke Resepi Power
Bermula dengan sandwich biasa, Kak Najah mula buat eksperimen. Dia cuba macam-macam resepi, mix and match bahan sampai la dia jumpa resepi yang buat orang tak boleh move on lepas gigitan pertama. Pelanggan makin ramai, tak menang tangan Kak Najah nak siapkan order!
Bayangkan korang duduk rumah, buat sandwich kat dapur je, tapi order masuk macam korang ni ada kilang, tak berhenti-henti sales masuk gais! Kak Najah punya sandwich bukan je sedap, tapi harga pun berbaloi-baloi. So, slowly, dia mula buat resepi premium. Sandwich premium ni korang tahu lah, yang ada filling mewah macam smoked beef, grilled chicken, cheese melimpah, semua yang fancy tu.
PKP Bukan Penghalang – Masa untuk Bantu Orang Lain!
Lepas tu, datanglah PKP. Semua orang rasa impak dia, kan? Ada yang hilang kerja, bisnes tutup, tak tahu nak buat apa. Tapi bagi Kak Najah, dia nampak ni peluang untuk bantu orang lain. Dia dah rasa sendiri macam mana susahnya bila bisnes tak jalan. So, dia ambil keputusan buat kelas sandwich online!Kelas ni bukan kelas biasa-biasa tau. Ramai gila orang join. Dari situ, ramai yang terus belajar buat sandwich, lepas tu start bisnes dari rumah jugak. Ada yang buat secara kecil-kecilan, ada yang terus berjaya supply ke stesen minyak, kedai serbaneka, malah hotel pun ambil sandwich diorang. Hebat tak? Semua ni Kak Najah ajar dengan penuh ikhlas, step by step, dari cara buat sampai cara nak promote.
Ada yang tak menang tangan buat delivery order, ada jugak yang buka stall sandwich kat pasar malam, semua sebab ilmu yang Kak Najah share. Memang terbaik!
Ilmu Bisnes Sandwich Tersusun dalam Ebook
Lepas tengok ramai berjaya lepas join kelas dia, Kak Najah decide nak buat benda yang lebih mudah diakses. Jadi, dia kumpulkan semua ilmu dalam satu ebook lengkap. Korang tahu tak, dalam ebook tu dia ajar semua benda, daripada basic macam resepi sampai la benda teknikal macam cara packaging, cara ambil gambar, cara kira kos, and even tips marketing.
Ebook tu lebih daripada sekadar resepi. Dia ajar korang macam mana nak jadikan sandwich korang standout. Bukan setakat sedap, tapi rupa pun kena ada 'wow' factor. Siap ada tips buat gambar sandwich nampak cantik untuk korang promote kat media sosial. Ini penting weh, sebab zaman sekarang, orang beli dengan mata dulu. Kalau gambar sandwich korang padu, confirm la orang nak beli!
Paling best, ebook ni tak mahal pun. Korang yang serius nak belajar boleh dapat dengan harga RM79 je. Serius, ilmu yang dia share tu kalau korang follow betul-betul, modal RM79 tu korang boleh buat balik berlipat kali ganda.
Kisah Inspirasi – Jangan Pernah Putus Asa!
Satu benda Kak Tini memang respect gila pasal Kak Najah ni, dia ajar kita semua yang kegagalan tu bukan titik noktah. Kalau bakery dia dulu gagal, bukan bermakna dia terus down. Dia bangkit, cuba benda baru, dan tengoklah sekarang. Dia dah berjaya dengan bisnes sandwich yang dia mulakan dari rumah je!Kisah Kak Najah ni memang patut dijadikan inspirasi. Bukan semua orang boleh bounce back macam dia. Lagi-lagi bila benda tu melibatkan duit, usaha, masa, tenaga. Tapi Kak Najah tunjukkan yang kalau kita betul-betul tak putus asa, terus usaha, insyaAllah kita boleh capai kejayaan. Kak Najah mula dari zero, dan sekarang dia dah ada lebih dari sekadar bisnes—dia bantu ramai orang di luar sana ubah hidup diorang.
So, kalau korang rasa korang tak mampu atau tak layak nak start bisnes, fikir balik. Mulakan dengan apa yang korang ada. Mana tahu, dari satu langkah kecil tu, korang boleh jadi next Kak Najah—usahawan berjaya yang buat sandwich power dari dapur rumah!
1 Comments
Seronok membaca... Terima kasih atas perkongsian.. pernah jual juga sandwich tapi tak menjadi hahaha...
ReplyDelete