Korang perasan tak, sekarang ni, makin ramai pemilik bisnes pilih e-book sebagai salah satu cara untuk buat personal branding? Tapi, kenapa e-book ni jadi pilihan popular? Haa, jom Kak Tini share kenapa e-book ni makin hari makin trending untuk bantu bisnes korang jadi lebih dikenali!
KENAPA RAMAI PEMILIK BISNES BUAT E-BOOK?
Kos Rendah, Untung Besar
Pertama sekali, e-book ni murah. Korang tak perlu risau pasal kos cetakan, kos simpanan buku fizikal, atau kos penghantaran. Semuanya digital! Korang hanya perlu invest sikit untuk buat content yang mantap dan design yang menarik, dan tadaa – korang dah ada e-book yang boleh dishare kepada ramai orang tanpa kos tambahan. Ini memang win!Mudah Nak Simpan dan Tak Makan Ruang
Lepas tu, e-book ni tak ambil ruang fizikal langsung. Semua ada dalam bentuk digital. Jadi, pelanggan korang tak payah risau tentang buku yang berselerak kat rumah. E-book ni senang simpan dalam telefon, tablet, atau komputer – boleh bawa ke mana-mana. Tak payah risau hilang sebab semua boleh backup.Senang Dikongsi atau Dijual
Yang ni korang mesti suka – e-book ni sangat senang nak kongsi atau jual. Dengan satu klik je, korang boleh hantar e-book tu pada sesiapa pun. Kalau korang ada follower di media sosial, korang boleh bagi e-book secara percuma sebagai lead magnet untuk tarik minat mereka kepada bisnes korang. Atau korang boleh jual e-book sebagai produk digital yang boleh bagi extra income. Terlajak senang!Design Menarik Ikut Citarasa Sendiri
Tak perlu risau e-book korang akan nampak bosan. Korang boleh buat design yang menarik, penuh warna-warni, dan ikut gaya yang korang suka. Korang boleh tambahkan grafik, gambar-gambar cantik, dan susunan yang kemas supaya e-book korang nampak lebih profesional dan fun untuk dibaca.Kongsikan Resepi Kejayaan Korang
Selalunya, pemilik bisnes akan gunakan e-book untuk kongsi resepi kejayaan mereka. Korang boleh kongsi perjalanan korang dalam bisnes, apa yang korang lalui, cabaran-cabaran yang berjaya korang atasi, dan macam mana korang sampai ke tahap sekarang. Semua ni sangat inspiring untuk follower, ejen bisnes, pelanggan, dan orang ramai yang baru nak mulakan bisnes sendiri. Dalam e-book tu, korang boleh masukkan:1) Profil Diri – Ceritakan siapa korang, apa yang korang buat, dan kenapa korang mulakan bisnes ni.
2) Kisah Kejayaan – Kongsikan cerita perjalanan korang dari mula sampai berjaya.
3) Motivasi – Bagi tips dan kata-kata semangat yang boleh buat orang teruskan perjuangan.
4) Panduan & Tips – Kongsikan tips-tips bisnes yang korang dah praktikkan dan terbukti berjaya.
Manfaat E-book untuk Personal Branding
Bila korang dah terbitkan e-book, bukan je korang dapat naikkan jenama peribadi, tapi korang jugak boleh:1) Tingkatkan Kepercayaan – Orang akan lebih yakin dengan korang bila mereka baca kisah kejayaan dan ilmu yang korang kongsi.
2) Kesedaran yang Lebih Luas – Bila lebih ramai tahu tentang e-book korang, bisnes korang pun akan makin dikenali.
3) Pengaruh yang Lebih Besar – Dengan e-book, korang boleh tonjolkan diri sebagai seorang yang berpengaruh dalam bidang bisnes korang.
E-book ni bukan sekadar untuk tunjuk siapa korang sahaja, tapi juga satu cara yang sangat berkesan untuk buat orang percaya dengan produk atau servis yang korang tawarkan. Bila orang rasa korang boleh dipercayai, mereka akan lebih mudah beli dari korang.
Tak Ada Masa Nak Tulis E-book? Jangan Risau!
Kadang-kadang, korang mungkin sibuk sangat dengan urusan bisnes harian sampai tak sempat nak tulis e-book sendiri. Atau mungkin korang ada idea, tapi tak tahu macam mana nak mula. Jangan risau, Kak Tini boleh tolong!Kak Tini sedia menawarkan khidmat ghostwriter untuk bantu korang hasilkan e-book pertama korang. Korang bagi je idea, dan Kak Tini akan bantu realisasikan e-book tu jadi kenyataan – penuh dengan content yang padu dan tersusun. Korang tak perlu pening kepala, biar Kak Tini buat semua kerja, dan korang akan dapat e-book yang dengan style yang korang ingini.
Jom Mulakan Sekarang!
Tak perlu tunggu lama-lama, sekaranglah masa yang paling sesuai untuk korang bina jenama peribadi melalui e-book. Korang akan nampak hasilnya bila follower, ejen bisnes, dan pelanggan mula tertarik dengan apa yang korang kongsi.Nak tahu lebih lanjut atau nak mula projek e-book pertama korang? Klik je link ni, jom kita bincang sampai jadi!
Jangan lepaskan peluang ni – jom bina jenama peribadi korang dengan e-book sekarang jugak!
1 Comments
Betul tu sekarang lebih mudah guna ebook je. Orang dah malas nak beli fizikal book. Baru follow sini. Jemput singgah blog Cie ☺️. Ada buat GA juga jemput la join.
ReplyDelete