KONSEP RUMAH STRATA : APA YANG KORANG PERLU TAHU SEBELUM MEMBELI RUMAH

Hari ni, Kak Tini nak ajak korang explore satu topik yang mungkin dah biasa dengar, tapi ramai yang masih belum betul-betul faham — rumah strata. Apa sebenarnya rumah strata ni? Kenapa ia makin popular sebagai pilihan tempat tinggal, terutamanya di kawasan bandar? Dan apa pengalaman Kak Tini sendiri tinggal di rumah strata? Jom, Kak Tini akan cerita semuanya beserta contoh yang korang boleh relate. Ready? Let’s go!

APA ITU RUMAH STRATA?

Definisi Rumah Strata

Okey, first thing first, korang mesti tertanya-tanya apa sebenarnya rumah strata ni. Sebenarnya, rumah strata adalah jenis kediaman yang dibahagi kepada beberapa unit individu dalam satu bangunan atau kawasan yang sama. Contoh paling mudah nak faham ialah macam apartment, kondominium, atau rumah berkembar yang korang boleh jumpa kat tengah bandar atau kawasan yang padat.

Setiap unit dalam rumah strata ni adalah milik persendirian, maksudnya korang ada hak eksklusif ke atas unit yang korang beli. Tapi, ada juga kawasan yang dikongsi dengan pemilik unit lain seperti lobi, lif, kolam renang, taman, dan tempat letak kereta. Konsep dia senang je, korang ada privasi dalam unit sendiri, tapi still ada akses kepada kemudahan bersama yang diuruskan oleh badan pengurusan. Korang tak perlu risau tentang penyelenggaraan kemudahan sebab semuanya diuruskan oleh yuran penyelenggaraan bulanan yang korang bayar.


Contoh Rumah Strata

Untuk bagi gambaran yang lebih jelas, bayangkan korang beli unit kat satu kondominium baru. Korang dapat unit kat tingkat 15, dengan pemandangan bandar yang cantik gila. Dalam unit ni, korang ada bilik tidur, bilik air, ruang tamu, dan dapur yang korang boleh hias ikut suka hati korang. Tapi bestnya, korang bukan setakat dapat unit rumah je, korang juga ada akses ke pelbagai kemudahan macam kolam renang, gym, dan taman permainan yang semua penduduk kat situ boleh guna. Semuanya diuruskan oleh pengurusan bangunan, jadi korang tak payah susah-susah fikir pasal nak jaga atau repair sendiri.

Satu lagi contoh yang Kak Tini nak share. Korang beli unit kat sebuah apartmen yang terletak kat kawasan yang lebih tenang tapi still dekat dengan pusat bandar. Di sini, korang akan jumpa suasana yang lebih santai, dengan kemudahan seperti taman yang ada air terjun mini, tempat BBQ untuk family gathering, dan gym yang lengkap dengan semua peralatan canggih. Semua ni korang boleh guna anytime korang nak, dan tak perlu risau pasal kos penyelenggaraan sebab dah termasuk dalam yuran bulanan yang korang bayar.



Kelebihan Rumah Strata

Kemudahan Bersama

Satu sebab utama kenapa ramai orang tertarik dengan rumah strata adalah kerana kemudahan bersama yang disediakan. Bayangkan, korang boleh enjoy kemudahan premium macam kolam renang, gym, dan taman permainan tanpa perlu keluarkan duit lebih untuk setup sendiri. Semua kemudahan ni disediakan dan dijaga oleh pengurusan bangunan. Jadi, korang boleh fokus untuk enjoy life je.

Contohnya, kalau korang suka workout, korang tak perlu lagi bayar yuran gym mahal-mahal sebab korang dah ada gym sendiri dalam bangunan yang korang tinggal. Kalau korang ada anak-anak, diorang boleh main kat taman permainan yang selamat dan terjaga rapi. Korang pun tak perlu risau sangat pasal keselamatan sebab kawasan ni biasanya diawasi oleh pengawal keselamatan.


Armanee Terrace Duplex @ Damansara Perdana AT1

All unit is a duplex with 18 Storey building which comprises of a total number of 522 residential. Design by beautiful resort concept.


Keselamatan Lebih Terjaga

Keselamatan adalah salah satu aspek yang penting bila memilih tempat tinggal, especially kalau korang tinggal kat bandar besar yang sibuk. Rumah strata biasanya dilengkapi dengan sistem keselamatan yang lebih baik berbanding rumah landed biasa. Contohnya, ada pengawal keselamatan yang bertugas 24 jam, sistem CCTV yang dipasang kat setiap sudut, dan kad akses khas untuk masuk ke kawasan bangunan. Semua ni buat korang rasa lebih secure dan tenang, especially kalau korang ada anak-anak kecil.

Contohnya, setiap pintu masuk bangunan ada pengawal keselamatan yang sentiasa memantau siapa yang keluar masuk. Korang juga perlu guna kad akses untuk naik ke tingkat korang bagi memastikan hanya penduduk dan tetamu yang dibenarkan je boleh access ke kawasan tertentu. Dengan sistem keselamatan yang ketat macam ni, korang boleh tidur lena tanpa risau pasal keselamatan rumah.



Kemudahan Lokasi

Satu lagi kelebihan rumah strata adalah lokasinya yang strategik. Kebanyakan rumah strata dibina kat kawasan yang dekat dengan pusat bandar, shopping mall, restoran, sekolah, dan kemudahan awam macam stesen LRT atau MRT. Ini buatkan hidup korang jadi lebih senang sebab semua benda ada kat sekitar korang je. Tak perlu drive jauh-jauh untuk beli barang dapur atau pergi kerja, sebab semuanya dekat!

Contohnya, korang boleh jalan kaki je ke kafe trendy kat bawah atau shopping mall yang ada kat seberang jalan. Kalau korang naik LRT atau MRT untuk pergi kerja, stesen pun cuma beberapa minit jalan kaki je dari rumah. Ini bukan je jimat masa, tapi juga jimat kos pengangkutan. So, tinggal kat rumah strata memang bagi korang lifestyle yang lebih urban dan praktikal.


Casa Ria Apartment Lowrise 
Jalan Jejaka, Taman Maluri Cheras KL 
Built up : 84 mp strata/904sqft 
3 rooms 2 bathrooms 
Basic Unit, 2 nd floor 
Fantastic view, main road 
Bumi Leasehold (as where is basis) 


Kekurangan Rumah Strata

Yuran Penyelenggaraan

Walaupun rumah strata ni menawarkan banyak kemudahan, korang kena ingat yang semua ni datang dengan harga. Yuran penyelenggaraan bulanan adalah kos yang korang kena tanggung untuk maintain semua kemudahan ni. Bergantung kepada jenis kemudahan dan kualiti pengurusan, yuran ni boleh jadi agak mahal. Jadi, sebelum beli rumah strata, korang kena consider betul-betul sama ada korang mampu untuk bayar yuran ni setiap bulan atau tidak.

Sebagai contoh, yuran bulanan mungkin sekitar RM300 untuk maintain semua kemudahan yang disediakan macam kolam renang, gym, dan taman. Kalau korang memang rajin guna semua kemudahan ni, tak rasa rugi sangat bayar yuran ni. Tapi kalau korang jenis yang jarang guna, mungkin korang akan rasa macam tak berbaloi untuk bayar tiap-tiap bulan. So, penting untuk korang buat kira-kira dulu sebelum buat keputusan.


Berkongsi Kawasan

Kehidupan dalam rumah strata juga memerlukan korang berkongsi ruang dengan penduduk lain. Ini bermaksud, ada kalanya korang kena berkompromi dalam beberapa hal. Misalnya, korang kena ikut giliran untuk guna kemudahan macam BBQ pit atau dewan serbaguna. Ada juga kemungkinan korang akan berdepan dengan konflik kecil dengan jiran, especially kalau korang ada jiran yang tak bertanggungjawab atau tak pandai jaga kebersihan.

Contohnya, kalau ada acara besar kat taman permainan atau dewan serbaguna, korang mungkin perlu berkongsi ruang dengan ramai orang. Ini boleh jadi agak tak selesa kalau korang jenis yang suka privasi. Selain tu, bunyi bising dari jiran yang buat renovation atau anak-anak yang bermain kat kawasan umum pun boleh jadi isu. Jadi, korang kena bersedia untuk berhadapan dengan situasi-situasi macam ni kalau korang decide untuk tinggal kat rumah strata.


Masalah Parking

Kalau ada satu benda yang Kak Tini paling tak suka pasal tinggal kat rumah strata, memang masalah parking la jawabnya. Memang betul, parking space kat rumah strata ni limited, dan kalau korang ada lebih daripada satu kereta, bersedialah untuk berebut parking setiap hari. Kak Tini pernah alami sendiri masa tinggal kat pangsapuri dulu, setiap kali balik kerja, terpaksa pusing satu bangunan beberapa kali semata-mata nak cari parking. Kalau ada event besar kat bangunan, lagi la susah nak dapat parking, sampai stress dibuatnya!

Satu lagi masalah yang Kak Tini nak highlight ialah bila JMB (Joint Management Body) kat area tempat tinggal tu tak membantu langsung. Depa ni pulak kadang-kadang macam pilih kasih masa bagi parking space. Bayangkan, korang yang betul-betul duduk kat situ pun tak dapat parking, tapi geng-geng JMB boleh je bagi spot terbaik kat kengkawan depa. Ada juga yang sanggup chop parking guna pasu bunga la, letak kerusi la, macam-macam gaya. Pernah sekali tu, Kak Tini tengok orang bergaduh sebab berebut parking. Memang spoil mood betul bila hadap situasi macam ni hari-hari. So, korang kena ready dengan possibility macam ni kalau decide nak stay kat rumah strata.


Sumber: Klik sini

JMB Tak Membantu

Nak tambah lagi, Kak Tini pernah (masih) stay kat satu pangsapuri yang JMB dia memang tak helpful langsung. Sepatutnya, JMB ni tugas dia untuk manage semua kemudahan, penyelenggaraan, dan urusan harian macam kutip yuran bulanan dan settlekan masalah penduduk. Tapi yang Kak Tini alami, semua benda macam tunggang-langgang je.

Pernah sekali, ada masalah paip bocor kat unit sebelah, sampai air menitik kat siling rumah Kak Tini. Dah report kat JMB, tapi response dia lambat gila. Masa depa datang tengok, solution yang depa bagi pun ala kadar je. Tak lama lepas tu, masalah tu jadi balik. Ini memang buat Kak Tini kecewa sangat sebab yuran bulanan yang Kak Tini bayar bukan murah, tapi servis yang dapat macam tak setimpal langsung.


Jadi, selepas panjang lebar Kak Tini explain, korang mesti dah dapat gambaran yang lebih jelas tentang apa itu rumah strata dan apa yang korang boleh jangkakan kalau tinggal kat situ. Rumah strata memang datang dengan banyak kelebihan macam kemudahan yang disediakan, keselamatan yang lebih baik, dan lokasi yang strategik. Tapi, ada juga kekurangannya seperti yuran penyelenggaraan, masalah parking, dan kadang-kadang JMB yang tak efisien.

So, sebelum korang decide untuk beli atau sewa rumah strata, make sure korang dah consider semua aspek ni. Kalau korang jenis yang suka kemudahan yang banyak dan tak kisah bayar yuran bulanan, rumah strata mungkin pilihan yang tepat untuk korang. Tapi kalau korang lebih suka privacy dan taknak pening kepala dengan masalah parking atau konflik dengan jiran, mungkin korang perlu pertimbangkan option lain.

Apa pun, harapnya artikel ni dapat bantu korang buat keputusan yang lebih informed. Kalau ada apa-apa soalan, feel free to tanya! Kak Tini always ready nak share lebih banyak pengalaman dan tips. Selamat memilih tempat tinggal yang sesuai, dan semoga hidup korang lebih selesa dan bahagia di mana pun korang berada!

FROM THE RIVER TO THE SEA, PALESTINE WILL BE FREE

xoxo


Post a Comment

0 Comments