TINY HEART PROJECT - RUMAH ANAK YATIM AT TAQWA


All, kami ada menganjurkan kutipan sumbangan untuk anak-anak yatim, asnaf dan warga emas bagi Rumah Anak Yatim At Taqwa... Kalau berminat nak chip in, boleh direct tanya ya... under my Tiny Heart Project usahasama dengan beberapa sahabat... 

 ❤❤ TINY HEART PROJECT - SUMBANGAN MAKANAN ANAK-ANAK YATIM AT TAQWA, LOKASI TAMAN PUTRA PERDANA, PUCHONG ❤❤ 

 Kutipan sumbangan untuk 70 pax... Sekadar sedekah untuk anak-anak yatim ini mengikut kemampuan dan keikhlasan anda... 

 PERTUBUHAN KEBAJIKAN DAN BIMBINGAN AT TAQWA 
 Alamat: No 1, Jalan Putra Perdana 6/10, Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor. 

Untuk pengetahuan semua, rumah kebajikan ini juga turut menyantuni lebih dari 50 keluar asnaf, ibu tunggal, warga emas di sekitar Taman Putra Perdana dan kawasan berdekatan sekiranya ada lebihan dari hasil sumbangan anda... 

 Anda boleh menyumbang berbagai-bagai jenis sumbangan dan infak ke Rumah Anak Yatim ini seperti: 
 1) Barang makanan basah: ikan, ayam, daging, sayuran, makanan laut dan lain-lain 
 2) Barang makanan kering: bawang, halia, kunyit, rempah-ratus, beras, bahan tenusu perisa coklat, susu, tepung, gula, sardin, kordial dan lain-lain... 
 3) Baju terpakai, perabot terpakai dan lain-lain... 
 4) Infak sumbangan bayaran bil utilities, bayaran yuran Tahfiz anak-anak yatim juga amat dialu-alukan... 

Yang berhajat boleh wassap saya (Tiny Heart Project) terus ye... 

 Penglibatan Pihak/Tuan/Puan dalam slot dana Anak Yatim AtTaqwa ini amat kami hargai... Sila nyatakan hajat dan jenis sumbangan anda ye... Moga urusan kita Allah berkati dan rahmati... #tinyheartproject #tamakpahala#wecare #weshare #joinus #sekelumitcuma

 

xoxo

5 Comments

  1. alhamdulillah.
    projek yg murni ni.
    sharing is caring :-)

    ReplyDelete
  2. alhamdulillah..bgus buat projek mcm ni sekali sekala..ringankan beban mereka..seronok bila ada yang bantu kan..walaupun sikit tapi bagi mereka sesuatu yang berharga

    ReplyDelete
  3. Bagus aktiviti seperti ini.. Moga dipermudahkan segala urusan untuk mereka

    ReplyDelete
  4. alhamdulillah dengan program program sebegini. semoga dapat diteruskan. semoga yang menjadi tulang belakang bagi program ini juga mendapat pahala. amin ya allah.

    ReplyDelete
  5. this is a very initiative to help the orphange and keep going with it and god bless you!

    ReplyDelete
Previous Post Next Post