PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT - COVID-19 - SOKONG PERNIAGAAN


Bak kata YB Dr Maszlee Malek, “Dari makcik Kiah PPR, Pak Usop teksi, Seman Grab, Ujang pomen, Minah cabai warong, Ah Wong bengkel, Mutu roti pratha, Cikgu Letchumi, Esah karen, Mei Fong kopitiam, Wak Radol satey, Pela’oi jual petai; Lans Korporal Kanang PDRM, prebet Kenny dari Pinampang, Suwaneet pekerja kedai runcit, Lamai di Kodiang, Azri dan Ecah di rumah murah Segambut, Wak Lambak dan Makcik Endok dari Felda, dan ramai lagi dari marhaen-marhaen kota, desa, ceruk hulu, dan pedalaman Borneo. Terima kasih YAB PM kerana PRIHATIN.”... haaa gitu... ni makcik nak war-warkan pula berkenaan PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT untuk para majikan... 

Siapa kata bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan hanya tertumpu kepada rakyat marhaen sahaja?... nah, dengan adanya 7 segmen pakej untuk SOKONGAN PERNIAGAAN, diharapkan para majikan akan menggunakan segala inisiatif yang diberikan oleh kerajaan dengan sebaik-mungkin... JANGANLAH ada majikan yang CULAS atau MENIDAKKAN HAK PEKERJA dengan tidak membayar gaji @ upah secara penuh seperti yang telah diwar-warkan WALAUPUN golongan B40 dan M40 akan mendapat beberapa faedah berdasarkan kepada PAKEJ RANGSANGAN EKONOMI PRIHATIN RAKYAT - LINDUNGI RAKYAT (boleh baca kat sini)...

Pihak majikan tidak seharusnya mengambil pendekatan positif kerajaan ini sebagai suatu jalan untuk mengelak daripada menjalankan kewajipan mereka sebagai MAJIKAN YANG BERHEMAH... buat para pekerja, pastikan anda mendapat hak yang sepatutnya dalam pekerjaan anda... nampak, makcik dah serious ni... hehehehe... yelah korang, sebagai pekerja, korang semua kena tahu hak korang tau... ini meliputi pekerja yang berjawatan kontrak mahupun tetap ya... untuk lebih faham, korang boleh lawati Laman Web Jabatan Tenaga Kerja, untuk kebajikan pekerja dan berkenaan gaji, korang boleh klik kat sini... basically, ia adalah soalan-soalan general... sekiranya korang ada pertanyaan yang lebih lanjut, bolehlah korang hubungi terus di talian-talian kat sini...

Baiklah, makcik doakan kita semua, para pekerja dan majikan dapat sama-sama bertolak-ansur dalam kita menangani penularan wabak COVID-19 dan semoga kita semua dilindungiNya...

#COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO

xoxo

Post a Comment

0 Comments