Setelah agak beberapa lama tak bersiaran, hari ni makcik nak up entri berkenaan giveaway lagi gaissss... yak yak yeay!!! Seronok bebenor la bila ada giveaway... maklumlah, dapat juga kita melebarkan sayap silaturrahim tak gitu?... semenjak dok ulang-alik PJJ for almost 3 years ni (walaupun sebelum ni pun dah ala-ala PJJ tapi tak rasa sangat sebab seminggu outstation, pastu balik... dua-tiga hari pastu outstation balik... well, berbeza rasanya tu...) sekarang ni sebab memang tau kerjanya berlokasi di suatu kawasan yang memang jauh, thus feelings memang lain... ada kelainan di situ gitchewwww... but of course, makcik dan my better half also anak-anak sentiasa terus cuba untuk memahami dan memasuki gelombang keadaan ini dengan sikap positif yang menggunung tinggi...
Yelah uollssss, mana taknya... kalau la ada anything urgent ke, emergency ke, memang agak payah nak pastikan semua orang faham akan keadaan kita tapi alhamdulillah, setakat ni, semuanya berjaya ditangani dengan sikap mahmudah gitu... alhamdulillah atas segala yang dikurniakanNya... jom kita sama-sama berdoa agar kita semua diberikan kejayaan, kebahagiaan juga sikap toleransi tertinggi antara satu-sama lain di dalam redhaNya... well, jalan kebenaran kan tak akan selalunya tenang... ada ujian yang datang melanda, ada perangkap menunggu mangsa... eh, ternyanyi pulak... hehehehe...
Orait, now we move on to the exact segment which we would want to elaborate ya... starting from 24/02/2020, 12:00 PM this segment: Sunshine Giveaway By OmbakBergigi had been initiated and it will be ending on 24/03/2020 by 11:59 PM... haaaa, menarik ke menarik gaissss?... each and everyone who is residing in Malaysia is welcome to participate with 4 lucky winners to be announced... wanna know what's the terms and conditions?... here you go...
1) Follow blog Ombak Bergigi dan Follow Instagram @ombakbergigi
2) Buat entri bertajuk SUNSHINE GIVEAWAY BY OMBAKBERGIGI
3) Sila jawab soalan ini dan ianya WAJIB "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"
4) Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
5) Hantar URL entri anda ke dalam ruangan komen
5) Giveaway akan tamat pada 11.59 malam 24 March 2020.
6) Pemilihan pemenang akan berpandukan En.Random.org atau terpulang kepada OM jika tiba-tiba rajin nak pilih secara manual.
Okay gaissss, hadiah akan diberikan bagi 4 orang peserta bertuah ya... walau bagaimanapun jika penyertaan melebihi 50 orang, Om akan tambah hadiah lagi...
1 x hadiah pertama x 2 pemenang
2 x hadiah kedua x 2 pemenang juga
Menarik ke menarik gaissss?... hehehehe.. okay, untuk memastikan makcik eligible untuk masuk giveaway ni, di sini makcik nak jawab soalan "Apakah perkara yang menceriakan hari anda sepanjang Januari 2020?"...
Perkara yang menceriakan hari makcik sepanjang Januari 2020 ni ialah apabila makcik dapat balik ke rumah pada setiap minggu berbanding dua minggu sekali untuk bersama-sama dengan keluarga tercinta... ya Allah, perasaannya sungguhlah seronok gaissss... mana tidaknya, makcik ni kan stationed kat hujung tanjung paling selatan di semenanjung tanah air kita ni... kiranya, pandang kanan nampak nun kota Singapura, pandang kiri pulak berkerlipan lampu neon dari Batam, Indonesia... walaupun begitu, tempat yang makcik tinggal sementelah bekerja di hari biasa bukanlah suatu bandar pun, jauh sekalilah kota metropolitan... ia merupakan sebuah kawasan yang baru dibangunkan dengan hanya adanya pekan cowboy sekiranya kami ingin mendapatkan bahan keperluan... tu masa mula-mula makcik sampai ke kawasan ni... sekarang dah okay dah... belum lagi menjadi bandar tapi banyak kemudahan awam dah disediakan... so, kira okaylah juga... takde la mati kutu dibuatnya especially bila time tak balik KL tu... hehehehe... so, berbalik kepada keseronokan yang dikecapi apabila makcik dapat balik ke rumah pada setiap minggu, first of all definitely sebab dapat berulit lama sikit dengan my babies iaitu Kaisah, Thaqif, Nuha dan Khairah (tak dilupakan my better half... hehehehe)... then, we cooked together, of course la dessert kegemaran anak-anak... mudah naaaa, cekodok uollsss, cekodok... hehehehe... masakan paling simple pun rasa best sangat apabila dimasak dan dimakan bersama-sama dengan yang tersayang kannnn... pastu, ada juga buat aiskrim Malaysia seperti yang makcik dok jual kat sini ni... (makcik berniaga tau sementelah duduk jauh dari family ni)... ni menu aiskrim yang kami buat haritu iaitu aiskrim choki-choki, aiskrim anggur jelly, aiskrim oreo dan aiskrim fruitale sumi... last but not least, we also spent well our time hanging out kat IOI Mall dengan having meal (bukan meal apa sangat pun gaissss, beli Aunty Annie's je... yang penting anak-anak gumbira) dan sempat bawa anak-anak naik kuda Merry-Go-Round... simple je perkara-perkara yang kami lakukan, tapi alhamdulillah, we cherish each and every second within the moment that was gifted to us... semoga Allah sentiasa memberkati dan memberikan segala kebaikan, kebahagiaan dan kejayaan buat kita semua...
Begitulah, secara ringkas perkara yang menceriakan hari makcik sepanjang Januari 2020... okaylah, korang pun jangan lupa untuk menyertai giveaway ini tau... join jangan tak join...
xoxo
4 Comments
Selamat bersegmen ^^
ReplyDeleteSemoga dimurahkan rezeki. Have a nice day..
Semoga berjaya... :)
ReplyDeleteGood luck :)
ReplyDeleteSinggah dari GA yang sama :)
ReplyDeletehttps://akukaudansesuatu.blogspot.com/2020/03/sunshine-giveaway-by-ombakbergigi.html