Umum mengetahui bahawasanya GHIBAH iaitu mengumpat, mengata, mengeji memang merupakan perkara mazmumah yang sangatlah PERLU KITA JAUHI... ghibah secara istilah adalah menyebutkan sesuatu perkara yang terdapat pada diri seseorang Muslim, sedangkan ia tidak suka (jika hal itu disebutkan)... baik dalam soal jasmaninya, agamanya, kekayaannya, hatinya, akhlaknya, bentuk lahiriyahnya dan sebagainya... terdapat beberapa cara melakukan ghibah... antaranya dengan mengetengahkan keaibannya dan meniru tingkah-laku atau gerak-geri tertentu dengan bertujuan untuk memperolokkannya... kalau dah namanya MAZMUMAH tu, janganlah dok suka naaaa buat ya... suka makcik katakan di sini, ya, memang perbuatan ini kadangkala bermula dengan sesuatu yang kecil...
Contoh:
Makcik Kiah (bukan nama sebenar): Jun, cuba ko tengok si Siti tu... lain macam pulak acik tengok badan dia tu, nampak lesu dan letih je... tak berapa sihat gamaknya tu...
Jun (bukan nama sebenar): Haa'ah la Makcik Kiah... Jun tengok menggelebeh je badan dak Siti tu.... anak dara lagi kan... dah tak bergetah macam Jun pulak kekdahnya...
See... first Makcik Kiah just concerned dengan Siti... masuk si Jun pulak, terus cop bukan-bukan... inlah permulaan kepada mengumpat gaissss... konon macam ambil berat ( di satu pihak)... di satu pihak yang lain, mungkin sebab memang tak suka, memang dengki atau apa-apalah kat Siti tu, terus cakap perkara yang tidak sepatutnya... padahal, permulaan tu dah cantik dah, ayat mengambil-berat... masuk tang Jun, habis, punah terus...
Cuba bayangkan kalau masa tu ada pula telinga kuali yang terdengar perbualan Makcik Kiah dan si Jun ni... tak pasal-pasal tertular pulak dengan Makcik Kiah sekali dapat nama yang buruk... si pendengar mungkin tak dengar soalan Makcik Kiah tetapi dia dengar jawapan si Jun... maka ayatnya mungkin akan bertukar menjadi begini... "Tadi masa kat kedai, aku ternampak Makcik Kiah dengan Jun tengah berborak, alih-alih aku dengar macam ni, badan Siti menggelebeh dan dah tak bergetah"... perghhhh, tak ke mendatangkan kemarahan?... siapa yang tak marah kan kalau diperkatakan sebegitu rupa...
Dalam hal ni, dua kes telah berlaku iaitu:
1) MENGUMPAT kerana memperkatakan tentang orang lain.
2) FITNAH sebab tidak menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.
Selalunya masyarakat akan mengatakan, "perempuan, biasalah tu mengumpat"... no no no ya... bukan perempuan saja mengumpat tau malah lelaki juga suka mengumpat okay... benda ni terbuka yakni bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja... walau macam manapun keadaannnya, ternyata orang yang mengumpat lebih buruk berbanding orang yang diumpat... kenapa makcik cakap macam tu?... okay, kat bawah ni makcik akan senaraikan sebab-sebab manusia mengumpat...
SEBAB-SEBAB MANUSIA MENGUMPAT:
1) Membuatkan mereka berasa lebih bagus berbanding orang yang diumpat.
2) Bercerita kelemahan orang lain dan menunjukkan diri sendiri lebih baik.
3) Ingin mendapatkan perhatian di mana dia mahu menjadi sebahagian komuniti.
4) Kurang kasih-sayang.
KENAPA GHIBAH PERLU DIHENTIKAN:
1) Akan mendedahkan banyak keaiban manusia.
2) Cerita yang dijaja akan merebak menyebabkan lebih ramai yang tahu.
3) Daripada cerita yang asas, ia akan ditokok tambah untuk membuatkan cerita lebih sedap didengar.
4) Orang yang diumpat akan berasa rendah diri.
5) Memporak-perandakan masyarakat.
Contoh:
Makcik Kiah (bukan nama sebenar): Jun, cuba ko tengok si Siti tu... lain macam pulak acik tengok badan dia tu, nampak lesu dan letih je... tak berapa sihat gamaknya tu...
Jun (bukan nama sebenar): Haa'ah la Makcik Kiah... Jun tengok menggelebeh je badan dak Siti tu.... anak dara lagi kan... dah tak bergetah macam Jun pulak kekdahnya...
See... first Makcik Kiah just concerned dengan Siti... masuk si Jun pulak, terus cop bukan-bukan... inlah permulaan kepada mengumpat gaissss... konon macam ambil berat ( di satu pihak)... di satu pihak yang lain, mungkin sebab memang tak suka, memang dengki atau apa-apalah kat Siti tu, terus cakap perkara yang tidak sepatutnya... padahal, permulaan tu dah cantik dah, ayat mengambil-berat... masuk tang Jun, habis, punah terus...
Dalam hal ni, dua kes telah berlaku iaitu:
1) MENGUMPAT kerana memperkatakan tentang orang lain.
2) FITNAH sebab tidak menyiasat terlebih dahulu kesahihan berita tersebut.
Dalil dari sepotong ayat Al-Quran dan dua hadis sahih ini boleh dijadikan hujah yang melarang kita mengumpat. Kadang-kadang berlaku dengan kita sedar, dan kadang-kadang kita terumpat tanpa kita sedari. Firman Allah bermaksud: "Dan janganlah sesetengah kamu mengumpat setengah daripada kamu. Adakah seorang daripada kamu suka makan daging bangkai saudaranya, tentunya kamu semua membenci memakannya..." (Surah al-Hujurat, ayat 12)... Rasulullah SAW menjelaskan mengumpat ini dalam sabda baginda yg bermaksud, “mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya” (Hadis Riwayat Muslim)...
Daripada Anas r.a. katanya, Rasullah bersabda : "Ketika aku dimikrajkan (malam israk dan mikraj) aku berjumpa dengan satu golongan yang kukunya adalah daripada tembaga, mereka melukakan muka-muka dan dada-dada mereka (dengan kuku itu). Lalu aku bertanya : Siapakah mereka ini wahai Jibril? Jibril menjawab: Merekalah orang-orang yang memakan daging-daging manusia (mengumpat) dan mengatakan keburukan terhadap maruah orang lain". Hadis riwayat Abu Daud...
Daripada Abi Darda’ r.a, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang melarang seseorang daripada (mengaibkan) maruah saudaranya, maka Allah akan menahan mukanya daripada api neraka pada hari kiamat kelak.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)...
Kebiasaannya, mengumpat dijadikan sebagai ice-breaking session apabila berada di majlis-majlis tertentu atau baru mengenali seseorang... aduh, dah tahun 2020 dah ni, jom la tukar style ya... mungkin masa nak ice-breaking tu, pemula bicara tak perasan akan hal ni but still, niat tidak menghalalkan cara maaaa... niat nak berkenal-kenalan in the sense of nak berborak, tak nak boring sambil dok rewang kenduri-kendara kannnn TAPI guna cara yang salah, sangat nay ya gaissss... untuk memulakan perbualan biasanya ia akan dilapik dengan ayat seperti, “aku bukannya nak cerita hal keburukan orang.” haaa, pernah dengar kannn... please, try la untuk divert kepada cerita-cerita lain yang lebih bermanfaat tau kalau korang tiba-tiba je berada dalam situasi macam ni... ceritalah tentang tanam pokok ke, bela ikan ke, main gasing ke, masak brownies ke okay... bukannya apa gaissss, lepas tu kan, kalau korang layan ayat pertama tadi akan ada pulak statement ni untuk menampakkan perbuatan mengumpat tu merupakan satu perbuatan yang baik, “Aku cerita benda yang betulkan?”...
Guys, bercerita perkara yang betul itulah yang dikategorikan sebagai mengumpat ya... alternatively, jika bercerita perkara yang tidak betul atau palsu, ia dikategorikan sebagai fitnah pula ya...
Selalunya masyarakat akan mengatakan, "perempuan, biasalah tu mengumpat"... no no no ya... bukan perempuan saja mengumpat tau malah lelaki juga suka mengumpat okay... benda ni terbuka yakni bebas dilakukan oleh sesiapa sahaja... walau macam manapun keadaannnya, ternyata orang yang mengumpat lebih buruk berbanding orang yang diumpat... kenapa makcik cakap macam tu?... okay, kat bawah ni makcik akan senaraikan sebab-sebab manusia mengumpat...
SEBAB-SEBAB MANUSIA MENGUMPAT:
1) Membuatkan mereka berasa lebih bagus berbanding orang yang diumpat.
2) Bercerita kelemahan orang lain dan menunjukkan diri sendiri lebih baik.
3) Ingin mendapatkan perhatian di mana dia mahu menjadi sebahagian komuniti.
4) Kurang kasih-sayang.
KENAPA GHIBAH PERLU DIHENTIKAN:
1) Akan mendedahkan banyak keaiban manusia.
2) Cerita yang dijaja akan merebak menyebabkan lebih ramai yang tahu.
3) Daripada cerita yang asas, ia akan ditokok tambah untuk membuatkan cerita lebih sedap didengar.
4) Orang yang diumpat akan berasa rendah diri.
5) Memporak-perandakan masyarakat.
Sendiri mahu ingat
Rambut sendiri sikat
Kusut lama tak sihat
Bagaimana dengan kamu?
Sendiri boleh kira
Meroyan itu gila
Tanya diri sampai bila
Nak jaga tepi kain aku?
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
Kecam orang lain sendiri tak nak ubah
Eh, Eh, Eh
Eh, Eh, Eh
Eh, Eh, Eh
Mari-mari membawang
Pasang telinga pasang
(Kau ada citer) aku ada citer
Mari kita berdagang
Asah-asah lidah
Usah susah natijah
Bukak tutup telinga mulut
Eh
Kita hebahkan ghibah
Zizi itu, Zizi ini
Dulu suka sekarang benci
Makin banyak kena lanyak
Bila Zizi keluar TV
Beras dapur engkau takkan jadi nasi aku
Jadi iri hati engkau bukan sakit hati aku
Sakit hati semua nak luah
Banyak sudu sampai tak cukup kuah
Hati hitam boleh tutup dengan jubah
So gaissss, jom lah kita sama-sama pahatkan di dalam hati untuk bertekad agar kita tidak tergolong dalam golongan PENGGHIBAH ya... kalau dah terasa macam sebelah kaki dah termasuk dalam kumpulan tu, cepat-cepat alihkan kaki ke destinasi lain ya... insyaAllah, kita saling ingat-mengingati... semoga Allah merahmati kita semua...
xoxo

20 Comments
Jadi beringat lah jauhi ghibah dan elak mengumpat sebab dpt dosa kering je. Apa pun suka dengar lagu Eh nyanyian Zizi Kirana.
ReplyDeleteMinta dijauhkan daripada sifat mazmumah macam ni. Kata orang juga kata-kata ni satu doa. Jadi lebih baik ucapkan kata-kata yang baik kan.
ReplyDeleteterimakasih atas perkongsian ini. semoga bermanfaat buat semua.
ReplyDeleteMemang perlu dielakkan perbuatan mengumpat atau mengfitah ni kerana boleh membawa banyak keburukkan dalam masyarakat kita
ReplyDeleteMoga di jauhkan lah segala macam perasaan kata mengata, hasat dengki atau macam2 pekara yg tak baik dalam diri kita. Takut lah jika perkataan2 kita yang menjadi sebab utk kata mengata, sb tu lah sis ni tak banyak bergaul dgn org
ReplyDeleteSifat manusia tak boleh lari dari ghibah kan. Kadang kita termengumpat tanpa kita sedar.
ReplyDeleteGood reminder for everyone. And that is a nice song too in the end of the post
ReplyDeleteDasyat sangat dasyat bila dah mula mengumpat ni...kadang sampai jatuh fitnah, Sis dah ada pengalaman dan banyak kali terkena, sampai ada masa takut nak dekat dengan orang...tapi tu semua peringatan juga buat diri kita...
ReplyDeleteKita jangan jadi macam dia...
Allahuakbar .. terkadang leka dan alpa terkeluar kata tanpa sedar. Info yang sangat bermanfaat bagi tujuan menyedarkan dan menasihati
ReplyDeleteTerima kasih atas peringatan ini. Harap kita tidak tergolong mereka yg suka membuat kemungkaran
ReplyDeleteBetul kena didik diri jauhkan benda2 macam ni kadang tak perasan pun kita tengah buat benda tu. semoga kita semua jauh dari pekara2 tak berfaedah ni
ReplyDeleteHmm. Setiap percakapan tu melambangkan diri seseorang sebenar. Apa yang dia cakap tu semua bermula dari hati, bukan otak.
ReplyDeleteSis akui Kadang2 terlajak jugak. Susah nak kawal diri kalau geram dengan si polan. Tapi luah kt suami jela. Lepastu mula lah rasa bersalah. Tulah berlaku bila emosi terganggu. Terima kaseh ingatkan sis
ReplyDeleteSemoga diri ini dijauhkan lah sifat mcmni. Kadang2 tu terlajak juga lagi2 kalau org tu buat hal teruk dgn kita tapi tu la kena control. Thanks share info bagus ni
ReplyDeleteTerima kasih untuk reminder macam ni. Kadang-kadang bila kita dah baca baru kita sedar nak ingat... Terima kasih sekali lagi
ReplyDeleteInfo yang bermanfaat. Ingatan pada diri ai.
ReplyDeleteSedaya upaya elakkan ghibah. Kita xsuka dighibah, maka elakkan juga perbuatan ghibah..
ReplyDeleteTakut bila jadi macam ni.. Jadi bila kita dgr tu, kita senyumla.. Tak lun cakap biorkan jela dia
ReplyDeleteTakutnya sebab kita kalau berjumpa orang, kadang tak terlepas drpd bercerita mengenai updates orang lain.. time raya ni banyak la risiko berlaku semua ni. Adoi. Thanks atas peringatan ini.
ReplyDeleteTo honest, saya sebenar nyer tak suka mengumpat. Tapi saya still x lepas daripada kesalahan ini. The reason saya ngumpat org is becoz saya marah dengan seseorg itu. Org2 yg saya mengumpat pun adalah org2 yg sakiti saya. Saya ngumpat mereka utk lepaskan geram Di hati. Sebab tu skrang saya ubah diri saya. Sekarang setiap kali saya sakit hati dgn seseorg.........saya akan bagitahu seseorg itu straight yg saya marahkan dia, apa yg dia buat kat saya itu x patut. So far it helps. Saya sudah kurang sikit mengumpat berbanding dgn dulu.
ReplyDelete