TAK HIDUP DEK PUJI TAK MATI DEK KEJI

Assalamualaikum dan hai everything... semoga semuanya sihat-sihat sahaja bersama keluarga tercinta sambil meneruskan ibadah puasa ya... makcik still lagi berada di selatan tanahair menaburkan bakti yang tidak seberapa ini... hari ni off day yang mana seluruh negara sedang bercuti Hari Wesak jadi sambil-sambil relax tu makcik came across artikel ni... bagus betul apa yang cuba disampaikan dan macam sama je dengan apa yang sedang ramai daripada kita alami (termasuklah makcik)... jom layanzzzz...

Alkisah seekor rusa betina sedang sarat bunting. Ketika hampir detik-detik untuk melahirkan, rusa ini pergi ke suatu tempat yang jauh di pinggir hutan yang berdekatan dengan sungai. Tiba-tiba sesuatu yang tidak ia bayangkan terjadi! Terdengar suara gemuruh dari langit dan tiba-tiba tampak kilat yang menyambar kepermukaan bumi. Hutan kering itu terbakar dahsyat dek percikan api dari petir tersebut. Ketika rusa ini menoleh ke kiri, tampak seorang pemburu telah siap sedia untuk menyasarkan anak panah ke arahnya. 

Saat menoleh ke kanan, ia pun terkejut melihat seekor singa lapar yang sedia untuk menerkamnya. Maka tiada pilihan bagi rusa ini selain:
1. Mati dimangsa singa. 
2. Mati terkena panah. 
3. Mati terbakar. 
4. Atau mati tenggelam karena melompat ke sungai. 

Apa yang jelas, bahaya mengancam dari berbagai penjuru dan tidak ada lagi kesempatan untuk berlari. Lalu apa yang harus ia lakukan? Bersedih dan merintih? Menangis dan menjerit? Atau ia harus berlari sementara kondisinya begitu lemah? Atau menyerah pada keadaan?


Rusa pun pasrah. Dia hanya fokus untuk melahirkan bayinya. Lalu apa yang terjadi? Kilat-kilat yang menyambar mengganggu pandangan si pemburu. Akhirnya panah yang dilesatkan pun meleset dan mengenai si singa lapar. Singa malang itu terus mati di situ. Tiba-tiba hujan datang begitu deras dan memadamkan kebakaran di hutan tersebut. Pemburu lari mencari tempat berteduh dan tidak fokus lagi kepada rusa tersebut. Rusa pun melahirkan dengan selamat! 

Sahabatku...
Segala kesulitan menyerbumu dari segala arah. Masalah datang bertubi-tubi seakan tak memberimu kesempatan untuk bernafas lega. 
1) Masalah di tempat bekerja.
2) Masalah di dalam rumah.
3) Masalah di jalan.
4) Masalah dengan anak-anak kita.
Semuanya datang bersamaan. Seakan kamu tidak bisa lagi berbuat apa-apa. Lalu apa yang harus dilakukan? 

Jadilah seperti rusa. Biarkan semuanya berjalan apa adanya. Lakukan sesuatu yang mampu kau lakukan! Selebihnya serahkan kpada ALLAH Kerana Allahlah yang mengatur jalan kehidupanmu. Saudaraku, sungguh TUHAN menyayangi hamba-NYA melebihi kasih sayang ibu pada anak-anaknya. DIAlah yang akan menyelesaikan semua masalahmu dan menyembuhkan luka-lukamu. Jangan berkata, ya Tuhan, "aku memiliki masalah yang besar…" tapi katakan, "Hei masalah, aku memiliki ALLAH Yang Maha Besar!

Credit of this story: To its owner (Unknown)

Bersemangat terus dan berbunga-bunga hati makcik tau selepas membaca coretan yang sungguh berinspirasi macam ni... yelah kan, daripada kita asyik memikirkan tentang segala perkara negatif yang berulang-ulang kali menimpa diri kita, lebih baik kita fokus untuk terus strive for the best... biaq pi la apa yang orang nak kata... depa bukan dok pakai kasut kita kannnn... depa hanya tau berkata-kata sesedap rasa tanpa mengetahui kisah sebenar dan tidak peduli pun sekiranya kata-kata itu dah menjadi ghibah dan fitnah kan... bak kata pujangga, TAK HIDUP DEK PUJI TAK MATI DEK KEJI... Lets keep being positive ya my everything... yang lain-lain, JUST LEAVE IT TO HIM...

xoxo

12 Comments

  1. Satu coretan yang menyentuh perasaan, saat berperang dengan pelbagai rasa. Namun kesudahannya kita hanya hambanya dan yang menentang segalanya hanya Allah yang esa.

    ReplyDelete
  2. Kisah yang memberu inspirasi. LH suka baca kisah-kisah macam ni. 👍🏼

    ReplyDelete
  3. Setuju.. Tak hidup dek puji, tak mati dek keji.
    Why so stress kannnn?
    Follow the flow, InsyaAllah setiap masalah ada penyelesaian nya
    Namun kita juga harus berusaha bukan berserah sesaja

    ReplyDelete
  4. Menarik cerita ni. Kita tak perlu nak senangkan semua orang. Buat apa yang kita mampu ketika itu. Buat sehabis baik

    ReplyDelete
  5. Huhu..terkesan dengan coretan ni

    ReplyDelete
  6. Suka pegangan mcm nie, sama mcm kita.. lantak la org nak ckp apa.. janji kita tak mengemis duit dorg..

    ReplyDelete
  7. Biarkan je apa org nak cakap,janji kita tak buat salah. Dan kita happy 😊

    ReplyDelete
  8. Terima kasih atas nasihat yang terkesan dihati...moga Allah permudahkan segalanya...Aaminn

    ReplyDelete
  9. nice sharing. fokus apa yang kita mampu buat , selebihnya tawakal

    ReplyDelete
  10. Bagus cerota ni. Bnayak teladan boleh dapat.. Teruskan ape kita buat

    ReplyDelete
  11. Deep. kesian rusa tu walaupun dia memang untuk di makan.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post