BEGINILAH CARA UNTUK MENDAFTAR MYSEJAHTERA BAGI MENDAPATKAN RM50 E-WALLET

Semenjak dah berada dalam PKPP ni, aku tengok ada yang begitu berdisiplin mematuhi SOP... alhamdulillah... TAPI ada juga yang aku tengok mengambil enteng tentang SOP yang dah disediakan dan diperkatakan tu... aku amik contoh mudah je la ya... tak payah tengok jauh, kat area perumahan aku je pun dah cukup dah, ramai je ibu-ayah yang bagi anak-anak main kat luar rumah dengan gembiranya... yelah kan, dah lama tak dapat keluar dari rumah... FAHAM... FAHAM SANGAT PERASAAN TU... tapi kita masih dalam fasa pemulihan gaissss... kita belum ada vaksin lagi untuk virus pembunuh ini... ingatlah ya... 

Ini tidak, anak-anak dibiarkan bermain tanpa pemantauan... dah namanya budak-budak kan, pegang sana, pegang sini... at least, ibu-ayah atau hantarlah anak yang besar ke untuk tengok-tengokkan adik-adik tu... bawa sekali sanitizer... lepas main kat buaian, main kat jongkang-jongket... sanitize... lepas main jongkang-jongket, main gelongsor... sanitize... at least, kita berusaha untuk sama-sama mematuhi norma baru dalam kehidupan kan... kalau susah sangat, tak payah bagi anak main kat luar rumah, bior je diorang main kat dalam rumah... biarlah rumah riuh-rendah dengan suara hiruk-pikuk anak-anak daripada kita menangis tak berlagu sebab menyesal tak mengikut segala saranan yang telah diutarakan ya...

Itu baru cakap pasal anak-anak, belum perihal orang dewasa lagi tu kan... RAMAI yang obedient, pakai mask, bawa hand sanitizer ke mana-mana sahaja mereka pergi, ikut penjarakan sosial... TAHNIAH gaissss... TAPI ada juga yang keluar tak pakai mask walaupun dok terbatuk sana terbatuk sini, tak jaga distance sibuk dok bersesak-sesak, lepas tulis nama nak masuk kedai tak sanitize tangan dah la tak basuh tangan dengan menggunakan sabun (of course la, sebab kat luar tapi bawa la hand sanitizer kannnn)... ADOIIII... please gaissss, sila amalkan PENJARAKAN SOCIAL, MEMBASUH TANGAN DENGAN MENGGUNAKAN SABUN dan MENGELAKKAN KAWASAN YANG SESAK...



Bagi memastikan penularan wabak COVID-19 ini dapat dibendung kini, aplikasi MySejahtera telah dibangunkan oleh kerajaan melalui kerjasama strategik antara Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Unit Permodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) dan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)... 

Dengan penggunaan aplikasi MySejahtera, ia membolehkan KKM memperoleh maklumat dengan cepat dan berupaya untuk mengambil tindakan yang tepat serta berkesan bagi mengenalpasti juga memaklumkan kontak rapat sekiranya terdapat kes jangkitan COVID-19 di kalangan masyarakat setempat (atau luar dari kawasan setempat yang pernah dilawati oleh pesakit)... mudah kan... dengan adanya kemudahan teknologi percuma yang turut menyediakan KHIDMAT NASIHAT KESIHATAN SECARA ATAS TALIAN seperti ini, kita turut dapat membantu kerajaan:
1) Memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.
2) Mengesan hotspot kawasan COVID-19.
3) Mengesan lokasi fasiliti saringan yang terdekat.

4) Memberikan rawatan segera yang ssepatutnya kepada pesakit.

Okay, kat bawah ni ada video tutorial tentang langkah-langkah untuk mendaftar MySejahtera, cuba korang tengok ya...


Amacam, mudah je kan nak daftar MySejahtera ni?... jom daftar sekarang... masih keliru?... meh aku terangkan satu-persatu ya...

Cara Mendaftar Pengguna Aplikasi MySejahtera

(Basically korang boleh ikuti langkah berikut bagi yang menggunakan aplikasi buat kali pertama yang ada dikongsikan dalam laman web rasmi MySejahtera.
1) Muat turun dan buka aplikasi MySejahtera.
Klik sini untuk Android melalui Google Play.
Klik sini untuk Apple iPhone melalui App Store.
Klik sini untuk Huawei melalui AppGallery.



2) Klik butang “Daftar Di Sini” bagi mendaftar pengguna baharu.
3) Korang boleh masukkan nombor telefon bimbit dan klik “Daftar” atau klik pautan “Saya ingin menggunakan e-mel untuk mendaftar” (jika ingin mendaftar menggunakan e-mel).
OTP akan dihantar melalui SMS daripada 63839 sekiranya mendaftar menggunakan nombor telefon. Sekiranya mendaftar menggunakan e-mel. pautan pengesahan pendaftaran akan dihantar melalui e-mel.
4) Masukkan OTP yang diterima dan klik butang “Hantar” sekiranya korang mendaftar menggunakan nombor telefon atau klik pada pautan dalam emel sekiranya korang mendaftar menggunakan e-mel.
(Korang kini berada dalam langkah 1 dalam proses daftar MySejahtera ya)
Masukkan atau kemaskini butiran pendaftaran:
a) Nama pengguna
b) Nama penuh
c) Nombor telefon
d) Nombor Kad Pengenalan atau Passport
e) Umur
f) Jantina
g) Bangsa
h) Alamat semasa
5) Lengkapkan butiran pendaftaran seperti arahan di skrin dan klik butang “Sahkan
6) Mesej “Pendaftaran Berjaya” akan dihantar.
7) Klik pada link “Tutup” di bahagian bawah skrin untuk kembali ke laman Log Masuk



Oh ya, untuk pengetahuan korang semua, pengguna juga DIBENARKAN untuk mendaftarkan maklumat mengenai ahli keluarga atau individu lain yang tidak memiliki nombor telefon ataupun akses telefon pintar dengan memilih fungsi ‘Urus Tanggungan’



Cara login MySejahtera
Berikut ialah langkah-langkah atau cara login MySejahtera. Pastikan anda sudah install app MySejahtera dan mengikuti cara daftar MySejahtera.
1) Buka aplikasi MySejahtera.
2) Tunggu sehinga siap loading sepenuhnya.
3) Masukkan ID Pengguna.
4) Klik Log Masuk.
5) Jika terlupa kata laluan, klik Lupa Kata Laluan.
6) Sekiranya semuanya berjalan lancar, anda boleh login MySejahtera.


Ramai yang dah dengar berkenaan kalau kita download MySejahtera akan dapat kredit e-wallet RM50 kan menerusi e-Penjana yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri kesayangan kita Yang Amat Berhormat Tan Sri Dato' (Dr) Haji Muhyiddin bin Haji Muhammad Yassin baru-baru ini... actually akan dapat kupon RM50 juga gaissss... yang paling penting, korang kena tahu yang kredit e-wallet ni hanya boleh digunakan di kedai fizikal ya, means korang tak bolehlah gunakan untuk berbelanja di kedai-kedai online gitu... 

Eligibility Guidelines for RM50 e-Wallet Incentive (From July to September 2020)

1) You need to be registered on the MySejahtera app, which is a contract tracing app developed by the government. 
2) You must be of age 18 and above. 
3) Your annual income must be less than RM100,000. 
4) This credit will only be applicable for offline retail transactions spending.
(e-commerce and online shopping transactions excluded)
5) Another RM50 in discounts, vouchers and cashback will be given. 
6) You must be using verified approved e-wallet.

Okay gaissss, macam-macam mana pun, dapat RM50 ke tak dapat ke tetaplah kita sama-sama membantu kerajaan untuk membendung wabak COVID-19 ini dengan cara memuat-turun aplikasi MySejahtera... bukan untuk siapa kan, UNTUK KITA JUGA... UNTUK MEREKA YANG KITA SAYANG JUGA KANNNN... jadi, jomlah kita jadi rakyat Malaysia yang bertanggungjawab... jom download applikasi MySejahtera sekarang...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

5 Comments

  1. Dah download lama dh.. Memgmembntu apos ni

    ReplyDelete
  2. baru tau ada apps macam ni .. tq sharing!^^

    ReplyDelete
  3. dah kita dah download app mysejahtera ni. terima kasih kerajaan atas langkah yang bagus ini

    ReplyDelete
  4. Hp storage dah penuh. Kalau tak memang dah download apps ni.

    ReplyDelete
Previous Post Next Post