Yuhuuuu everything... hari ni aku lalui hariku sama macam hari-hari yang sebelumnya cuma ada lain sikit... hehehehe... mula-mula kata sama, pastu kata lain sikit kan... entahapaapalah makcik ni ye dak?... gini, hari ni kalau nak diikutkan aku dah plan baik punya untuk complete validating documents untuk submission to the authority (authoritynya dirahsiakan ya)... in view of the drawings and material usage of our output... BUT dek kerana manusia yang diamanahkan itu hanya melakukannya bagai melepaskan batuk di tangga, plan tu tidak dapat dicapai...
Aku berasa agak terkilan namun terpaksalah repair the entire stacks of documents untuk memastikan bahawa submission adalah dalam keadaan yang tip-top... it is quite frustrating actually sebab kita ni, buat apa-apapun mestilah kena ada plan, timeline dan target kan... so, bila dah kena repair benda yang sepatutnya hanya tinggal validate dan sign off je, masa dah terbazir la kat situ kan... the best part is, it was also done not in accordance to the requirement... thus, ia seolah-olah aku buat benda tu start balik dari scratch gitu... dengan nak tengok dokumen hakikinya, pastu attachmentnya... 3 files ye gaissss... 1 file ada 450 muka-surat...
Aku malas nak emo-emo... 8 perkara yang aku buat selepas aku checked and found out that the files content are not conformed to the requirement:
1) Tarik nafas dan hembuskan nafas.
2) Breathe relaxly.
3) Check the softcopies of the main documents availability and placed them all in one folder.
4) Check the attachments needed and place all in one folder.
5) Unavailable documents and attachments were requested straight from the PIC.
6) Cetak dokumen dan attachments yang dah aku sediakan tadi.
7) Bind kat dalam fail baru. (Belum siap lagi 3 files, Isnin depan aku sambung lagi).
8) MAKAN.
Ye, makan gaissss... hehehehe... PENATLAH NAK MARAH-MARAH kan... lagipun masing-masing dah dewasa, FIKIRLAH TENTANG KERJA ITU SEBAGAI SUATU AMANAH YANG TELAH DIPERTANGGUNGJAWABKAN... makan merupakan adalah antara terapi bagi aku... tapi korang JANGAN SALAH FAHAM ye... bukan makan secara melulu... sebaliknya makan as a reward for ourselves gitu... so, aku makan PASTA tadi... pasta ni kalau nak diikutkan memang kegemaran anak-anak aku (my better half kurang gemar makanan selain nasi)... kalau nak diikutkan, MACARONI AND CHEESE tu memang forever je ada kat rumah... memang dah macam makanan ruji dah... so hari ni, tukar menu sikit... ni aku nak share resipi simple dengan korang... menu ni boleh juga dimakan oleh bayi yang berusia 1 tahun ke atas ye...
Gambar ni ada kuah pasta je gaissss, isi semua belum letak lagi masa tu tau...
Bahan-bahannya:
Pasta - secukupnya
4 sekawan - secukupnya
Bawang merah - secukupnya
Bawang putih - secukupnya
Serbuk ayam Izliyah - 1 sudu besar
Serbuk bilis Izliyah - 1 sudu besar
Chicken bone broth - secukupnya
Kari ayam - 2 sudu besar
Tomato - 1 biji
Air masak - 1 cawan
Ayam didadu - secukupnya
Kentang - 1 biji
Santan
Cara-caranya:
1) Rebus pasta sehingga half cook dan asingkan.
2) Tumis 4 sekawan, bawang merah, bawang putih.
3) Masukkan serbuk ayam.
4) Masukkan serbuk bilis.
5) Masukkan chicken bone broth.
6) Masukkan kari ayam.
7) Masukkan tomato.
8) Masukkan air masak.
9) Masukkan ayam yang telah siap didadu.
10) Maukkan kentang.
11) Masukkan santan.
12) Masukkan pasta.
Cubalah ya... kalau korang nak dapatkan SERBUK BILIS IZLIYAH dan SERBUK AYAM IZLIYAH, boleh klik kat sini ya...
xoxo
8 Comments
Sabarlah menghadapi karenah2 orang di tempat kerja ni kan..
ReplyDeleteKan Syaz... dok recite LillahiTaala je ni... semoga Allah tetapkan kesabaran...
DeleteWaaa menarik niii. boleh cuba cara cmni lak esok 😁😁
ReplyDeleteCubalah... memang sedap... makan sekali pasti nak lagi... ;)
DeleteSedapnya resepi.. Bokeh cuba ni..
ReplyDeleteCuba jangan tak cuba Nad... masa buat haritu, memang bertambah-tambah makannya...
DeleteThank you share resepi
ReplyDeleteMy pleasure Marina... nanti cuba tau... insyaAllah ONZ rasanya yang memikat tu...
Delete