Sambil scroll untuk mencari maklumat berkenaan piping engineering, aku came across some videos of Malaysia Hari Ini termasuklah video di mana my partner and I telah diinterview... kalau korang masih ingat Malaysia Hari Ini merupakan suatu segmen yang ditayangkan di TV3... based on Wikipedia, Malaysia Hari Ini (MHI) merupakan sebuah rancangan bual bicara pagi yang disiarkan di TV3, sejak 3 Januari 1994. Mulai 5 Mac 2018, ia bersiaran setiap Isnin hingga Khamis dan slot pagi Jumaat diisi oleh rancangan bual bicara terbaru TV3, Borak Kopitiam... bermula seawal jam 7.00 pagi, ia membincangkan mengenai pelbagai topik menarik seperti hal ehwal semasa, kesihatan, hal keluarga serta hiburan. Para penonton juga boleh berinteraksi dengan para pengacara melalui talian bebas.. mulai 31 Disember 2018, Malaysia Hari Ini bersiaran jam 8:00 pagi selama 1 jam setengah...
Berbalik kepada slot temu-bual tu, basically, my partner and me disunting menerusi Instagram aku yang mana kami meniagakan AISKRIM MALAYSIA juga pelbagai produk lain... memang excitedlah masa dapat call dari PIC tu... mula-mula tu memang rasa macam mimpi je dan terus buat macam takde apa-apa... then, on the next day, the PIC call semula untuk confirmkan tarikh... masa tu baru aku tersedar yang ia bukannya mimpi... hehehehe... bukan apa, aku rasa korang pun masih ingat kan, walaupun dah berblogging since 2008, ada 2 tahun yang aku paranoid dan remove serta deactivate semua social media account aku... daripada beribu follower, ni sekarang ni dok kena bina balik la content kan... aku paranoid sebab pada waktu tu banyak sangat child abuse, pornography dan sebagainya... aku TAKUT... okay, back to THE CALL...
Memula aku diinterview masa PIC tu telefon, yelah, nak ensure yang story yang diorang nak cover tu memang kena la dengan my partner and I... cakap punya cakap, terus dia nak set masa... dipendekkan cerita, lepas dah confirm, kami pun standby la semua yang diperlukan sambil menunggu kedatangan mereka... pada hari kejadian, in view of answering the questions, aku minta partner merangkap jiran aku yang jawab sebab aku tak berapa sihat waktu tu (but before that kami dah discuss on how to go about it)... tak jumpa cari mask, terpaksa pakai niqab masa tu (BUKANNYA DENGAN NIAT NAK MEMPERMAIN-MAINKAN PENGGUNAANNYA YA TAPI SEBAB TAK NAK BERJANGKIT, aku harap korang faham ya)...so, rakaman alhamdulillah berjalan lancar dengan anak-anak kami dan juga anak-anak jiran memberikan kerjasama yang baik...
Memang satu kenangan yang indah, Yati, jiran aku tu pun dah 2 tahun berpindah ke Perak... but we still keep in touch sebab what we did memang menyeronokkan... kitorang satu kepala, buat macam-macam projek bisnes kecil-kecilan dan kadang-kadang sampai tengah malam melayan kerja kami ni... aku lepas balik kerja, dah siap hal kat rumah terus ke rumah Yati untuk settlekan tempahan aiskrim atau popia nestum masa tu... kadang-kadang tukar location, Yati pulak ke rumah aku... kami hanya bermodalkan RM20 seorang masa mula-mula initiate bisnes AISKRIM MALAYSIA... pastu, slowly kami climb the ladder together...
Anyway, buat masa ni, kami masih lagi meneruskan projek-projek kami cuma dalam relationship secara maya... korang, doakan kami berjaya tau...
Eh, korang kalau nak order KLIK KAT SINI ya...
xoxo
3 Comments
Pengalaman manis tu :)
ReplyDeleteDah lama tak nampak ais krim Malaysia ni... dulu suami pun cskap pernah buat masa dia bujang dan jual kat budak sekolah dari rumah sbb sekolah sebelah rumah je. Tahniah la.
ReplyDeleteTerbaiklaa
ReplyDelete