APA YANG PERLU DIPERTIMBANGKAN SEMASA SEWA LORI UNTUK PINDAH

Baru-baru ni, encik suami baru je bincang-bincang dengan makcik tentang nak recce-recce rumah lain untuk diduduki... satu sebab rumah yang sekarang ni memang rumah sewa dan memang dah lebih 10 tahun kami stay kat sini, anak-anak dah makin membesar maka perlukan ruang persendirian kannnn... walaupun makcik agak selesa tinggal di sini kerana segala kemudahan awam ada berdekatan, namun, makcik akan tetap give a thought to the idea of moving out to a better space tu... hmppp, makcik ni bukan apa, penat ooiii nak pindah-randah ni... nak mengemas dah satu hal, nak masukkan kat dalam kotak dah satu hal, paling pening nak cari perkhidmatan lori untuk mengangkut barang-barang... so, makcik pun buatlah research sikit...


Credit picture to VectorStock

Ada tak di antara korang yang akan pindah rumah tidak lama lagi?.. berikut merupakan 4 perkara yang perlu dipertimbangkan semasa korang nak sewa lori bagi meneruskan langkah pemindahan ke rumah yang lebih besar seterusnya... 

1. Saiz Lori Sewa
Secara umumnya, semakin banyak barang yang korang ingin pindahkan, semakin besar saiz lori yang diperlukan... sekiranya korang bercadang untuk memindahkan barangan untuk rumah dengan tiga bilik tidur atau lebih, korang harus menyewa lori yang lebih besar seperti 3 tan atau 5 tan... bagi mereka yang bercadang untuk memindahkan barangan ke pangsapuri studio, mereka selalunya dapat memuatkan barang-barang mereka ke dalam lori sewa 1 tan... 

Korang mesti ingin mengelakkan kejadian menyewa saiz lori yang salah semasa berpindah kan?... untuk mengelakkan kejadian ini daripada berlaku, pastikan korang menyewa lori dengan saiz yang sesuai semasa berpindah... sekiranya korang menghadapi masalah dalam menentukan saiz lori yang sesuai untuk disewa, korang boleh meminta nasihat daripada syarikat sewa lori dan mereka seharusnya dapat memberikan cadangan yang betul... 

Pastikan bahawa semua barang korang dimasukkan ke dalam lori dengan selesa... syarikat perkhidmatan sewa lori di Kuala Lumpur biasanya dapat mengatur peninjauan tapak secara PERCUMA atau pelanggan boleh menghantar gambar barangan mereka yang perlu dipindahkan kepada mereka untuk anggaran saiz lori... 


2. Jarak Pemindahan
Jarak pemindahan korang adalah pertimbangan utama semasa mendapatkan perkhidmatan lori sewa... sebagai permulaan, semakin jauh jarak yang korang nak pindah tu, semakin banyak petrol yang akan digunakan dan dengan itu harga sewanya akan lebih mahal... kiranya ia adalah berkadar langsung ye gaissss...


Credit picture to Shabbir

3. Bayaran tambahan
Walaupun kadar sewa lori semestinya lebih murah daripada mendapatkan perkhidmatan syarikat pemindahan rumah, masih terdapat beberapa unsur yang akan menyebabkan bayaran tambahan sepanjang perjalanan pemindahan korang tau... bayaran tambahan ini mungkin termasuk gaji lebih masa, perkhidmatan tenaga kerja dan peralatan tambahan yang digunakan semasa pemindahan... sebagai contoh, ada driver dan pembantu, jadi dah tentulah upahnya perlu difikirkan juga ya... selain memastikan barangan korang akan sampai dengan selamat, mereka juga akan membantu untuk memindahkannya dari dalam lori ke rumah baru korang...

4. Membuat tempahan lori sewa dengan lebih awal
Makcik nak bagitahu ni, bahawa ianya adalah lebih baik korang membuat tempahan lori sewa dengan lebih awal... untuk membuat tempahan lori sewa, hubungi syarikat sewa lori sebaik sahaja korang bersedia untuk berpindah... sekiranya korang menunggu sehingga saat terakhir untuk membuat tempahan lori sewa, korang mungkin tidak akan mempunyai pilihan lori pemindahan yang banyak... walau bagaimanapun, korang jangan risau, semua kerumitan ini dapat dicegah dengan mudah dengan membuat tempahan lori sewa beberapa bulan sebelumnya... kiranya korang kena plan perpindahan korang tau... 


Okay, tadi tu 4 perkara yang paling penting yang korang perlu pertimbangkan kan... selain itu, korang juga harus membuat pilihan berdasarkan faktor-faktor yang paling penting yang bakal mempengaruhi keputusan terakhir anda (harga, kawasan, peralatan, fleksibiliti), dan kemudian pilihlah syarikat sewa lori yang terbaik... 

Kalau nak diikutkan, ini merupakan satu cabaran dalam membuat pilihan... yelah, mana taknya, korang kena memilih antara senarai syarikat yang berbeza, tetapi ia boleh menjadi masalah yang lebih besar jika barangan korang rosak atau tidak dihantar mengikut jadual semasa pemindahan... jadi, makcik nak sarankan supaya korang mendapatkan syarikat perkhidmatan sewa lori profesional yang boleh dipercayai untuk kerja pemindahan yang diperlukan ya...

Satu syarikat yang boleh dipertimbangkan untuk sewa lori di Kuala Lumpur ialah Mover2U...

Kawasan liputan perkhidmatan Mover2U termasuk:
Kuala Lumpur
Puchong
Klang
Damansara
Kepong
dan banyak lagi

Anda tak perlu risau, pemandu lori mereka adalah berpengalaman dan mengamalkan pemanduan selamat di jalan raya... pasukan khidmat pelanggan mereka juga dapat memudahkan anda mencari penyelesaian terbaik yang sesuai dengan anggaran dan keperluan pemindahan anda...

Semoga berjaya dan selamat berpindah!
Hilangkan kerisauan untuk berpindah, gunakan Mover2U...

#Mover2U #yourtransportpartner #nakpindah #yourtransporter

xoxo

Post a Comment

3 Comments

  1. Bagus tips ini.. thank you sharing

    ReplyDelete
  2. yes setuju sebelum nak pindah kena pikirkan dh semua bab terutama part nak sewa lori saiz apa

    ReplyDelete
  3. Semua tu memmg ambilkira.. Ok dh fau nak guna siapa kalau nak lindahkan barang

    ReplyDelete