JOM TOLONG FAHIERA HABISKAN PENGAJIAN DEGREE

Apabila terkenangkan zaman belajar dulu, macam-macam yang berlegar-legar di fikiran... masih aku ingat lagi, dok pergi rumah Cik Jah untuk beli nasi lemak letak kat dalam tupperware pagi-pagi selepas Subuh untuk dibawa ke sekolah... itu zaman sekolah rendah... naik sekolah menengah, siap sediakan pantry kecil kat dalam kereta so that boleh terus makan sarapan on the way ke sekolah... time form 4 dah masuk MRSM, sekolah asrama... thus, sarapan and all semua kat Dewan Selera... masa tu semua keperluan ditanggung oleh MARA manakala perbelanjaan lain dah dibayar masa hari pendaftaran... so, dah tak payah fikir pasal nak bayar ke apa ke kannnn, makan je... 

Masuk universiti, semua kena bayar sendiri... walaupun pada waktu itu aku dapat biasiswa Yayasan Selangor dan PTPTN, bila dah tolak itu tolak ini, ditambah dengan duit belanja yang diberikan oleh ayah aku (thanks ayah, I will definitely never forget this), masih juga kena ikat perut sekali-sekala... apa aku buat?... aku buat business kecil-kecilan... aku buat printing service (masa ni aku bawa PC dan printer) dan aku amik upah buat assignment (sampai nak termuntah-muntah la baca Sulalatus Salatin... hehehehe), aku buat perkhidmatan event planning (buat kad kahwin, jadi event planner)... kiranya dari zaman kat U lagi aku memang dah berkecimpung dalam bidang perkhidmatan ni... jadi, korang yang memerlukan khidmat aku, jangan segan-silu untuk connect ya... KLIK DI SINI UNTUK BERHUBUNG...


Sepanjang tempoh PKP, PKPB dan sekarang PKPP, anak-anak masih di rumah kerana sessi pembelajaran dilakukan secara online dan offline sahaja... sedangkan baru berada di peringkat rendah pun perbelanjaannya perlu difikirkan... inikan pula apabila telah meningkat ke menara gading seperti yang terjadi kepada sahabat kepada salah seorang kenalan FB aku... for your kind attention, anak kepada sahabat kenalan FB aku ni menyambung pelajaran di Univesiti Kyung Hee... sebelum ini, anak sahabatnya bersekolah di SMK Damansara Utama... sahabatnya itu membuka perniagaan kedai makan, namun disebabkan sales tak berapa baik, kedai makan tersebut terpaksa ditutup tahun lepas... awal-awal dahulu, mana la nak sangka kan perniagaan yang dibina akan tutup... suaminya pula selepas itu bekerja sebagai pemandu Grab... 

Anak ini bernama Fairuz Fahiera binti Mohd Faisal dan bercita-cita ingin bekerja di dalam industri kosmetik lebih-lebih lagi kerana dia mengambil Degree in Applied Science... salah seorang alumni di Universiti Kyung Hee ni ialah pelakon Gong Yoo (berlakon dalam Goblin dan Train to Busan)... di samping belajar, Fahiera tidak hanya duduk diam tanpa berusaha untuk mencari duit poketnya... antaranya, sebagai tutor English in Korean, tour guide for Malaysian tourists dan juga melakukan korean products make up reviews online... selain itu, Fahiera juga turut membuat content untuk Youtube...

Gaissss, kekadang kita tak nak pun buat benda ni tapi mana tahu ini je cara terakhir kita berikhtiar ...  jadi, untuk sesiapa sahaja yang ingin membantu Fairuz Fahiera binti Mohd Faisal BOLEH KLIK DI SINI... semoga segala sumbangan ikhlas anda diberkatiNya...

#wecare

xoxo

Post a Comment

6 Comments

  1. Replies
    1. Harapnya begitulah... Ada 20 hari lagi sebelum cause ditutup...

      Delete
  2. Replies
    1. InsyaAllah, sama-sama kita bantu apa yang termampu kan...

      Delete
  3. Semoga dipermudahkan urusan. Marina dulu zaman study pon struggle. Macam2 buat nak dapatkan income untuk tampung study.

    ReplyDelete
  4. Moga dipermudahkan urusan fahiera.

    ReplyDelete