KITA MASIH BELUM MENANG DALAM MEMERANGI PANDEMIK COVID-19

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... dah agak lama juga aku tak emphasize regarding status COVID-19 di negara kita yang tercinta ini... bukannya apa, bagi aku, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin dan sayangkan negaranya, kita semua mempunyai tanggungjawab masing-masing untuk sama-sama mematuhi segala mak-nenek SOP yang telah dianjurkan demi kesihatan juga kemaslahatan masyarakat sejagat kan kan kan... PKP, PKPD, PKPB dan sekarang PKPP, KITA MASIH BELUM MENANG!...

Tolonglah sedar wahai rakyat jelata sekalian... kita masih dalam proses pemulihan... PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN (fasa) PEMULIHAN = PKPP... kenapa masih ada segelintir ahli masyarakat yang masih menganggap enteng terhadap pandemik COVID-19 ni?... aku tak faham kadang-kadang tu... sampai rasa jammed saraf-saraf otak aku nak berhubung lebih-lebih lagi apabila masih ada yang sepatutnya kena kuarantin tapi sibuk dok keluar ke sana ke sini (boleh baca di sini)... aku ni, sekolah dah dibuka minggu lepas pun masih takut-takut lagi nak hantar anak ke sekolah... bukannya apa, pada pandangan akulah kan mungkin ada anak murid lain (guru, pentadbir) yang sebenarnya berada di kawasan yang ada potensi COVID-19, then, baru balik ke Selangor, KL untuk ke sekolah kan... we never know... we never know WHERE they went, WHO they met, WHAT they did kan kan kan... apa-apapun, semoga anak-anak kita dilindungiNya... going to school dah jatuh dalam kategori medium risk... maka, pihak transport juga perlulah memainkan peranan dengan mematuhi SOP, jangan ingat nak untung je kannnn...


Cuba korang tengok trend graf kat bawah ni, ia menunjukkan peningkatan... dalam tempoh seminggu, dari 4 kes baharu harian, hari ini Malaysia mencatat peningkatan sehingga 21 kes baharu dalam satu hari... ini agak merisaukan gaissss... aku yang sebelum ini terlibat sebagai media troopers untuk hebahan berkenaan COVID-19 ni dah mula rasa yang kami perlu upkan balik segala yang pernah kami war-warkan sebelum ini... aduh, JANGANLAH ALPA, JANGANLAH MUDAH LUPA...


Kita kena berjaga-jaga...
Kita kena siap-siaga...
Kita kena tetapkan usaha MEMERANGI COVID-19!

Kat bawah ni adalah taburan kes COVID-19 terkini di Malaysia... cubalah korang tengok.. takkanlah kita nak SIA-SIAKAN SEGALA USAHA SEPANJANG PKP DAN PKPB hari tu?... takkanlah kannnn... berapa bulan kita berjaya patuh kepada:
1) Memakai mask semasa berada di kawasan orang-ramai.
2) Kerap membasuh tangan dengan sabun atau hand sanitiser.
3) Penjarakan sosial.

Kini, kita sepatutnya berada di tahap sudah memahami dengan secara automatiknya tentang apa yang perlu kita lakukan TANPA PERLU DIBERITAHU LAGI... lagipun kan #kitajagakita... so, sama-samalah jaga ya everything...


Nah, aku ingatkan lagi untuk kita sama-sama tanamkan dalam minda okay...

ELAK 3S
1) Sesak
2) Sempit
3) Sembang dekat

AMAL 3W
1) Wash - Kerap cuci tangan
2) Wear - Pakai pelitup muka
3) Warn - Duduk di rumah, etika batuk dan bersin, jangan bersalaman atau bersentuhan, lakukan disinfeksi, dapatkan rawatan jika bergejala.


Korang dah nampak kan tu, dalam masa 14 hari je, dah 66 kes yang dikesan... itu belum lagi yang belum dikesan (aku doakan agar tiada la kes yang terselindung).. abah Tan Sri Muhyiddin Yassin telah melahirkan kebimbangan terhadap kewujudan 13 kluster jangkitan COVID-19 sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) yang mana antaranya ialah kluster restoran di Kuala Lumpur, kluster Stutong di Sarawak dan kluster berpunca daripada mereka yang pulang dari luar negara... hmpppp, speechless...

NASIHAT ABAH SEMASA PERUTUSAN 20/07/2020
1) Amalan kebiasaan baru mesti kita teruskan dan ia bergantung kepada diri kita sebagai individu juga masyarakat... 
 2) Pastikan sentiasa memakai pelitup muka, jangan tak pakai okay... 
3) Kalau berjumpa tu elakkan berjabat tangan dan berpeluk-pelukan... guna je cara baru, letak tangan bersilang ke, salam siku ke kannnn... 
4) Elakkan tempat yang sempit... tak yah nak ramai-ramai, penuh-penuh kat satu tempat... 
5) Silalah kuarantinkan diri selama 14 hari dengan penuh disiplin sekiranya baru pulang dari luar negara... sayangilah Malaysia (rakyatnya juga)... 
6) Sentiasa buat penilaian status kesihatan kendiri melalui apps MySejahtera... belum daftar ke? Klik kat sini untuk cara-caranya... 
7) Kitalah #frontliners iaitu setiap ahli keluarga dan anggota masyarakat...
8) Setiap ahli keluarga mestilah sama-sama nasihat-menasihati (sentiasa pakai pelitup muka bila keluar dari rumah) ingatkan setiap waktu dan ketika, akulah tu, dok berleter je kat encik suami setiap hari... hehehehe... 
9) Pihak majikan perlu sentiasa mengingatkan pekerja untuk mematuhi SOP yang telah ditetapkan...
10) Ibu-ayah sentiasalah ingatkan anak-anak tentang penjarakan sosial lebih-lebih lagi sekarang ni dah start sekolah kan... 
11) Sama-samalah kita jaga komuniti masing-masing lebih-lebih lagi ketua kampung, imam, ketua komuniti, tok siak, tok sidang dan sebagainya...


"Walaupun kekal rendah, saya bimbang dengan kewujudan 13 kluster baharu sepanjang tempoh PKPP... "Lebih membimbangkan saya, kes positif kembali mencatatkan dua digit sejak beberapa hari lalu," ujar abah dalam perutusan khas PKPP tadi... hopefully korang dapat maklumat yang bermanfaat ya... ingatlah semua insan yang kita sayangi... oh ya, boleh baca di sini berkenaan flattening the curve...
Ingat ni ya, AMAL 3W, ELAK 3S...
#kitajagakita #COVID-19 #stayathome #dudukdirumah #kitajagakita #frontliners #socialdistancing #basuhtangandengansabun #jagakebersihan #kkm #mkn #malaysiabersatu #janganbalikkampung #wecangothroughthis #RMO #MCO 

xoxo

Post a Comment

3 Comments

  1. nampaknya kita kena jaga diri kita, sukar nak kawal orang lain yang tak ikut SOP

    ReplyDelete
  2. Kes hari ini 25 julai , 23 kes yang baharu dan ada kluster yang baharu. makin takut jadi macam pkpb.. huhu

    https://pemudattbc.blogspot.com/2020/07/jangan-alpa-covid-19-masih-aktif-di.html

    ReplyDelete