10 TIPS UNTUK MENGHILANGKAN TEKANAN

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... apa habaq semua?... makcik harap korang semua berada dalam keadaan yang baik-baik aje ye... sementelah kita berada dalam PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT ni (kami berada di selatan tanah air lagi), sudah tentulah pergerakan kita pun agak terbatas tak gitu?... walau bagaimanapun, janganlah kita jadikan ia sebagai suatu penghalang ataupun penyebab kepada suatu keadaan yang negatif terhadap diri kita mahupun keluarga yang tersayang... elakkanlah diri kita daripada terbelenggu atau lebih teruk lagi kemurungan... sentiasalah positifkan diri dengan melakukan aktiviti yang menenangkan, meriangkan dan menghilangkan gundah-gulana di jiwa kita ya...


Antara aktiviti yang boleh dilakukan untuk mengelakkan tekanan (Kaedah 10B):

1) Bertenang.
Setiap kali anda berasa stress atau berasa ketegangan, bawalah bertenang. Dengan bertenang ia boleh membantu mengurangkan kitaran stres negatif pada peringkat permulaan.

2) Bernafas dengan dalam.
Bernafas dengan dalam. Lakukan latihan pernafasan yang boleh meningkatkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida dalam sel tubuh bagi mengurangkan ketegangan.

3) Berkata `rilekslah’/ tak mengapa. 
Berkata, ` Relakslah’. Cuba katakan pada diri sendiri, saya ni stres, ‘Relakslah’, Tak mengapa atau Tak pe lah, Oklah tu . Bawalah bersabar. Kata-kata ni sedikit sebanyak dapat menenteramkan perasaan dan mengurangkan stres.

4) Beribadat.
Beribadat. Sekiranya anda mengalami tekanan atau stres anda boleh melakukan ibadat seperti berzikir dan sembahyang mengikut kepercayaan masing-masing. Beribadat dapat memberi sokongan emosi dan boleh melegakan perasan seseorang.

5) Bercakap dengan seseorang.
Berkongsi perasaan dengan seseorang Bercakaplah dengan ahli keluarga atau kawan-kawan rapat anda yang anda percayai dan dapat memahami perasaan anda . Luahkanlah dan kongsi perasaan anda dengan mereka. Apabila anda berkongsi perasaan dengan orang lain , anda akan berasa lega dan ini dapat mengurangkan tekanan yang anda hadapi. Anda akan merasai bahawa masih ada orang yang sayang dan ambil berat tentang diri anda.

6) Berurut.
Apabila anda stres pada kebiasaannya otot-otot di bahagian leher dan bahu akan menjadi tegang. Belajarlah cara urut leher dan bahu kerana urutan ini boleh melegakan tegangan otot dan melancarkan perjalanan darah. Urutan kaki juga boleh dilakukan untuk mengurangkan stres.

7) Berehat dan mendengar muzik.
Berehat dan mendengar muzik. Apabila anda stres berehatlah sambil mendengar alunan muzik yang lembut. Muzik dapat membantu mengurangkan denyutan jantung yang laju dan tubuh badan anda akan mula relak serta pernafasan anda akan kembali normal. Ini membuat anda berasa tenang. Pilihlah muzik yang lembut dan menenangkan.

8) Beriadah.
Luangkan sedikit masa anda untuk melakukan aktiviti  di luar rumah sama ada bersama keluarga atau rakan-rakan.  Lakukanlah aktiviti yang anda sukai.  Beriadah dapat menenangkan fikiran dan membuat anda berasa gembira serta menghilangkan stres.

9) Bersenam. 
Bersenam juga boleh membantu mengurangkan ketegangan otot dan stres. Dengan bersenam ia dapat meningkatkan pengeluaran hormon dan dorfin dan anda akan berasa lega dan tegang. Antara aktiviti senaman yang boleh anda lakukan ialah berjalan dan bersenam robik.

10) Berfikiran positif.
Stres juga boleh berlaku disebabkan prasangka dan salah tafsir kita terhadap sesuatu situasi. Cubalah berfikiran secara positif di mana anda cuba melihat kebaikan atau keadaan positif dalam mana-mana situasi yang bersifat negatif. Kita perlu berfikiran positif untuk meningkat harga diri sendiri. Pelajarilah cara berfikiran positif kerana ia akan dapat membantu kita menangani stres dengan lebih berkesan.

Untuk bacaan lanjut, boleh klik di sini...


Memang stress bila dalam keadaan persekitaran yang kurang fresh, perasaan marah, tertekan, rimas dan segala emosi negatif akan datang... terus hilang mood nak buat aktiviti harian bila emosi terganggu, hidup tak produktif hasil kerja pun kelaut kannnn... mak-mak di rumah mesti geram je bila rumah bau hapak, busuk... dah tu letih pulak nak kena bersihkan rumah setiap hari tapi bau busuk masih ada... aduhhhh...bila rumah hapak, memang susah nak tidur malam beb... betui tak?...

Jangan risau duluuuu... dah 3869 wanita menggunakan #ARROOMA sebagai aromaterapi mereka bagi menghilangkan stress di tempat kerja dan membantu menaikkan mood positif di rumah...


Apa kata PENGGUNA ARROOMA?

Alhamdulillah…. akak suka sangat dik… Shangri la harum satu ruang tamu rumah akak….. Nanti akak nak repeat  Englist Peer. -Kak Fatimah, Bangi -
Okay sangat #Arrooma ni… Bau dia wangi . Essential oil tu letak dalam bilik, bau satu bilik nyaman jer rasa... -Sis Nora, JB-
Arrooma merupakan pewangi pewangi rumah atau pejabat dengan menggunakan wap air dengan minyak pati.ARROOMA sebagai aromaterapi di dalam rumah atau pejabat... ia mengandungi minyak pati berbau harum yang memberi kesegaran, menyenangkan dan mengharumkan ruang rumah atau pejabat...

KELEBIHAN ARROOMA

1. Menenangkan perasaan.
2. Melegakan pernafasan.
3. Meningkatkan imuniti tubuh.
4. Membantu meningkatkan kualiti tidur.


MINYAK PATI ARROOMA

Ada 4 pilihan minyak pati (pewangi) untuk anda dan semestinya premium harumannya.
1. Shangri-La (bau yang strong)
2. English Pear (bau lembut, manis-manis bunga)
3. Anna Sui (bau yang strong)
4. Ritz Carlton (bau lembut, manis-manis bunga)





CARA GUNA:

1) Buka penutup dan masukkan air 100ml.
2) Campurkan 5 titik essential oil ke dalam air (tahan selama 7- 10 jam penggunaan).
3) Bergantung kepada pengguna , jika suka bau yang kuat boleh titik 5 kali , kalau suka bau yang ringan hanya 3 titik sahaja.

Complete Set Arrooma - RM170
Postage RM10 SM
Postage RM30 SS

1 alat Arrooma (Diffuser)
1 Charger
1 Remote Control
1 Bekas Air
1 User Manual
1 Minyak Pati (EO)




xoxo

Post a Comment

0 Comments