NASI DAGANG GRANNIES MEMANG NASI DAGANG PALING SEDAP, PATUTLAH TERLARIS DI KLCC

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... pejam-celik, pejam-celik dah setengah tahun waktu yang kita habiskan sepanjang tahun 2021 ni kan... sekejap betul masa berlalu... dalam mengharungi hari-hari yang mendatang, macam-macam la aktiviti yang makcik sekeluarga lakukan... aktiviti yang paling diminati ialah memasak dan makan... memang layanzzzz habis... mana taknya, dah semua dok ada kat rumah kan, memang lepas dah siap kelas PDPR selalunya confirmed anak-anak lapar... masing-masing terus meluru ke meja makan ataupun dapur... yang nak makan tit-bits, makan tit-bits... yang nak makanan berat, ambik makanan berat...  

Tiba-tiba...

Kaisah: Ibu, dah lama juga kan kita tak pergi Terengganu?

Makcik: Ye, sekarang kan tengah PKP... mana boleh ke sana, ke sini, ke sana, ke sini... (sambil Thaqif, Nuha dan Khairah membuat aksi lagu ke sana, ke sini...)


Kaisah: Satu memang rindu nak pergi jalan-jalan...

Makcik: (Dalam hati) Ibu pun begitu juga nak ooiiiii... meronta-ronta nak pi review hotels dah ni haaa...

Kaisah: Secondly, rindu dengan makanan kat sana yang marvellously sedap... yumssss... dah terbayang nasi dagang dah ni ibu... macam mana ni?... hehehehe... masak jom...

Makcik: Kannnn... sedapnya nasi dagang... tapi bahan tak cukup ni... kalau tak cukup bahan, tak menjadi la nanti menu nasi dagang kita...

Thaqif, Nuha, Khairah: Ibu, jomlah kita masak nasi dagang... sedapnya gulai dia kan ibu kan...
Makcik: Okay, okay... kejap ibu nak tengok kat online kejap...

Kaisah: Ni ibu, kakak ada tengok kat IG dan FB member blogger ibu ni... ada nasi dagang terlaris di KLCC katanya...

Makcik: Iya?.. jom kita terjah...


Gitulah bermulanya macam mana makcik sekeluarga berkesempatan untuk merasai sendiri keenakan NASI DAGANG GRANNIES, TERLARIS DI KLCC ni... alkisahnya, lepas dok cakap-cakap dengan anak-anak pasal nak travel ke Ganu Kita dan makanan yang kami sama-sama rindui, makcik pun teruslah terjah ke IG dan FB geng-geng KBBA9... amboi, meriah masing-masing dok order NASI DAGANG GRANNIES... terliur makcik dibuatnya ohoiiii... makcik terus selusuri FB fanpage Grannies dan walla... memang terkenal dan banyak review yang positif gaissss.. ni memang kategori kena cuba ni..


Nah makcik payung sikit gambar NASI DAGANG GRANNIES agar korang juga dapat menyelami apa yang makcik rasa ni… nasi dagangnya gebu-gebas wangi memukau dan dibalut dalam daun pisang berbentuk kon yang sangat unik… gulainya dipelbagaikan dengan pilihan ikan, ayam, udang dan telur yang sungguh menyelerakan, lengkap dengan segala herba tradisional bagi penghasilan yang mantap… ditambah pula dengan acar jelatah, perghhhh, memang terangkat… memang patutlah NASI DAGANG GRANNIES dinobatkan sebagai NASI DAGANG TERLARIS DI KLCC… bukan calang-calang menu ya yang boleh menjadi pilihan utama di KLCC… memang terbaiklah NASI DAGANG GRANNIES ni…


Okay, dipendekkan cerita, lepas makcik scroll sekejap kat FB fanpage Grannies, terus makcik order satu Set Kenyir… untuk pengetahuan korang, Set Kenyir ni portionnya sesuai untuk 5 hingga 6 orang makan… macam keluarga makcik yang memang makan tak berapa banyak tapi berulang ni, siap boleh makan 2, 3 kali lagi tu…berbaloi ke berbaloi?... delivery service NASI DAGANG GRANNIES memang tip-top gaissss, makcik order sehari sebelum nak makan tu, next day, tepat seperti yang makcik request, dalam pukul 11:30 pagi, brader delivery pun sampai membawa pesanan makcik… alhamdulillah…


Tengok bungkusan tu pun dah rasa WOW!!! Bungkusan rapi in the sense of penjagaan untuk mengelakkan daripada tumpah along the delivery journey gitu… setiap lauk diletakkan di dalam bekas yang memudahkan kami untuk menikmatinya... it was an overwhelming joyful day when we managed to fulfill our taste buds with the Kenyir Set... Padu Boh... terus rasa na na na na na Ganu kita agitchewwww... the nasi dagang came in an interesting cone shaped banana leaf with a fragrantly incredible delicious basmathi rice which was then eaten with some scrumptiously yummy lauk gaissss... we had gulai ikan, gulai ayam, gulai udang and gulai telur... seriously marvellous uollssss... dah tak toleh sana-sini dah... psstttt, siap dapat cookies lagi tuh as a free gift, memang terbaiklah!..


Amboi, senyap je makan masing-masing ya... bukan apa, sebab dah terpukau dan terpana dek kesedapan NASI DAGANG GRANNIES, TERLARIS DI KLCC ni haaa...

Okay, now nak bagi bintang (5 bintang adalah maksimum)
Nasi Dagang - 6 ⭐
Gulai Ayam - 5 ⭐
Gulai Ikan - 6 ⭐
Gulai Udang - 6 ⭐
Gulai Telur - 5 ⭐
Acar Jelatah - 5 ⭐
Crunchy Cornflakes - 6 ⭐

Semuanya melepasi nilai maksimum gaissss... eh, kami dok tengah ralit dengan keenakan NASI DAGANG GRANNIES, TERLARIS DI KLCC ni, kot ada yang terliur, sila tengok details yang ada kat bawah ni ya...


Testimoni

1) Nasi
Nasinya dimasak dengan sempurna yang mana setiap butir nasi tu cantik je blended together dengan beras pulut... thus, ia membuatkan keenakannya semakin terserlah... dah lah nasi tu dibalut dengan daun pisang salam bentuk yang lain daripada yang lain... memang catchy... rasa excited tu datang sebelum bungkusan kon daun pisang tu dibuka lagi... aromanya betul-betul membangkitkan selera makan makcik... yumssss...

2) Gulai ikan, ayam, udang, telur
Meme padu boh... rasa macam berada di Ganu Kita tau masa dok makan... kepekatan gulai just nice, tak cair tak terlalu pekat... bahan-bahan yang digunakan juga masih terasa juicynya, kiranya memang ikan fresh la... takde langsung bau hanyir... yelah, sekiranya ikan tidak dibasuh dengan sempurna, memang akan ada suatu aroma yang tak berapa best... tapi, yang ni memang terbaik rasanya... tak rugi beli... rempah-ratusnya pun secukup rasa....

3) Acar jelatah
Nenas, timun, lobak merah, cili juga bawang yang digunakan terasa kruk-krak kruk-krak apabila dijamah bersama-sama nasi dagang beserta gulai... bunyi tu menandakan bahawa bahan-bahan tersebut berada dalam kesegaran yang optimum sewaktu penyediaan acar tersebut... kuahnya pun just nice, tak masam sangat, tak masin sangat, kiranya sedaplah di tekak makcik....

4) Crunchy Cornflakes
Aromanya wangi dan memikat.... memang boleh buat anak-anak berkerumun nak makan... sesuai dengan namanya, biskut ini memang crunchy...  ia juga bertekstur ringan dan sesuai untuk dinikmati pada bila-bila masa... paling sesuai dijadikan sebagai kudap-kudapan semasa menonton televisyen bersama keluarga atau sebagai tit-bits semasa berehat bersama-sama ahli keluarga... rasanya sempurna dan tak berapa manis...


Kalau korang teringin nak rasa NASI DAGANG GRANNIES, TERLARIS DI KLCC ni, korang boleh hubungi team Grannies seperti di bawah ya:

Whatsapp atau Call
013 907 5199

Instagram
https://instagram.com/grannies.my

Facebook
https://www.facebook.com/grannies.my

Cuba jangan tak cuba tau... insyaAllah menepati citarasa korang... makcik sekeluarga dah cuba, korang bila lagi tak gitu?... till then, see you when I see you... #staysafe... daaaa...

#nasidagangterlarisklcc #nasidaganggrannies #nasidagangsedap #oriterengganu #kbba9 #weollsblogspotdotcom #nakbeliapaharini #foodblogger #foodreviewmalaysia #bloggerMY #blogger #bloggermalaysia #lifestyleblogger

xoxo

Post a Comment

1 Comments