Seorang penjahit tua tinggal di sebuah desa kecil dan selalu menjahit pakaian yang sangat rapi dan indah lalu menjualnya dengan harga yang bagus dan cukup mahal..
Suatu hari, seorang lelaki miskin dari desa datang kepadanya dan berkata kepada penjahit, "Tuan menghasilkan banyak wang dari pekerjaan tuan, tapi mengapa tuan tidak membantu orang miskin di desa..?"
Lihatlah penjual daging di desa yang tidak pun banyak wang tapi setiap hari membahagikan daging percuma kepada orang miskin...
Penjahit itu tidak menghiraukannya dan hanya tersenyum tenang...
Orang miskin itu keluar dari kedai penjahit dan mengabarkan kepada penduduk di desa bahawa tukang jahit tua itu kaya tetapi kedekut, sehingga orang-orang desa membencinya...
Lalu setelah beberapa waktu, penjahit tua itu jatuh sakit, dan tidak ada pun penduduk desa yang peduli kepadanya, lalu dia meninggal sendirian...
Hari-hari berlalu dan orang-orang desa menyedari bahawa si penjual daging tidak lagi membahagikan daging percuma kepada orang miskin...
Ketika mereka bertanya kepada penjual daging, lalu dia memberi tahu mereka bahawa si tukang jahit tua itulah yang selama ini memberi saya sejumlah wang setiap bulan untuk sedekah daging percuma kepada orang miskin, setelah dia meninggal, maka berhenti juga sedekahnya...
HATI-HATI DENGAN PRASANGKA KERANA MATA SERINGKALI MENIPU
Moral of the story
Orang lain mungkin akan beranggapan atau berfikir buruk tentang diri kita, jangan risau kerana itu tidak penting... kerana itu tidak akan menguntungkan korang, juga tidak akan merugikan korang... yang penting adalah apa yang Allah ketahui tentang korang...
Jangan menilai seseorang dari apa yang korang lihat darinya, kerana dia mungkin memiliki hal-hal baik dalam hidupnya, yang korang tidak ketahui... selalulah berprasangka baik kepada orang lain...
Credit: Pesan Bonda
xoxo
2 Comments
Bahaya prasangka....
ReplyDeleteKadangkala orang suka beri tanggapan buruk tanpa mengetahui hal yang sebenar. Terima kasih berkongsi cerita :)
ReplyDelete