Assalamualaikum dan hai hai hai everything... makcik harap korang semua sihat-sihat sahaja ya... terima kasih kepada followers dan readers yang mengambil-berat tentang makcik dan keluarga... ada yang tanya kenapa makcik dah kurang up entri, ada yang tanya apa khabarmu d isana, lama sudah tak berjumpa, lama sudahku menunggu, khabar berita darimu, apa khabar mu di sana sayang, apa khabar mu di sana sayang, andai kau sedang berbahagia, jangan lupa diriku, hati ini dan cintaku, tak pernah berubah... eh... termenyanyi pulak... ya semua, makcik dan pakcik kurang sihat sikit sejak dapat suntikan vaksin pertama pada 31/07/2021 yang lalu dan kemudian sambung pulak dengan kesan lepas suntikan vaksin kedua pada 21/08/2021...
Makcik memang ada tekanan darah rendah, maka memang lepas first dose haritu, kesan yang makcik alami agak ketara... pakcik korang pun sama jugak, melepek terus...antara kesan yang kami alami adalah seperti berikut:
1) Sakit kepala.
2) Sakit sendi.
3) Sakit otot.
4) Sakit di tempat suntikan.
5) Penat.
6) Menggigil.
7) Demam.
8) Bengkak di tempat suntikan.
Walaupun ada kesan yang makcik dan pakcik alami, itu adalah perkara biasa dong... ala, masa kecik-kecik dulu bila kena injection pun kita ada demam sikit kan kadang-kadang tu... ia bergantung kepada tahap antibodi badan seseorang kan... so, kami chill je... KECUALI kalau kesan tu luar-biasa dan lain macam je, yang tu kalau korang ada alami, silalah ke klinik kesihatan berdekatan tau... kat dalam apps Mysejahtera pun ada mention benda-benda ni... even sebelum suntikan pun kita akan berjumpa dengan doktor untuk konsultasi jadi, lakukanlah apa yang harus kita lakukan okay... alhamdulillah, setakat hari ini, makcik dan pakcik dah semakin recover... chaiyokkkk... doakan kami juga mereka yang mengalami kesan vaksin yang teruk segera beroleh syifak ya... on the other hand, kami berasa lega dan puas kerana dapat bersama-sama membantu negara untuk mencapai herd immunity...
So ya, that's the explanation on why entries agak sendu ya for the past few weeks... by the way, along the way sepanjang melayan kesan vaksin, aktiviti harian masih diteruskan macam biasa termasuklah pembelajaran dari rumah yang dilalui oleh anak-anak makcik... Kaisah, Thaqif, Nuha dan Khairah memang boleh dikatakan daripada pagi sampai ke petang dok menghadap komputer riba ataupun handphone masing-masing... mana taknya, sejak wabak COVID-19 melanda, kehidupan kita kan dah tak sama macam dulu... untuk pengetahuan korang, anak-anak makcik memang dah tidak ke sekolah secara fizikal sejak 18 Mac 2020... masa sekolah dibuka buat sementara haritu pun makcik tak bagi anak-anak ke sekolah... makcik paranoid dan trauma gaissss... biarlah anak-anak berada di rumah daripada makcik risau tak tentu-hala sekiranya melepaskan mereka ke sekolah dalam keadaan yang tidak dapat kita ramalkan ni...
Alhamdulillah, pembelajaran dilaksanakan secara atas-talian... memang makcik bersyukur sangat dan memberikan galakan sepenuhnya buat anak-anak... dek kerana selalu sangatlah anak-anak dok ada kelas online, terdetik juga kat hati makcik ni risau akan keadaan mata mereka... yelah, peranti digital kan mengeluarkan sinar biru yang juga dikenali sebagai cahaya tampak bertenaga tinggi... blue-ray... itulah yang sering kita panggil sinaran tu kan... risau, mana tak risau... makcik ada la cari sikit maklumat berkenaan sinar biru ni... nah, korang boleh baca kat bawah...
Menurut pakar oftalmologi Bernard Godley dari Yayasan Retina, Barat Daya Dallas, Amerika Syarikat, sinar biru merupakan bahagian paling bertenaga dalam spektrum cahaya tampak... jarak gelombang sinar biru ialah pada julat 380 hingga 500 nanometer (nm) yang mana jalur sinar biru yang dianggap paling berpotensi berbahaya kepada sel-sel retina berada pada julat 415 hingga 455 nm... untuk pengetahuan semua, sebahagian daripada peranti digital yang paling disukai menggunakan cahaya daripada diod pemancar cahaya (LED) – teknologi cahaya belakang untuk meningkatkan kecerahan skrin.. LED ini mengeluarkan sinar biru yang kuat dan biasanya ia adalam dalam jarak gelombang bermula pada 400 nm yang sangat berbahaya kepada penglihatan kita...
KESAN NEGATIF BLUE LIGHT TERHADAP KESIHATAN MATA
Pendedahan yang bertambah dan berpanjangan kepada sinar biru boleh menyebabkan kerosakan retina iaitu lapisan tisu di belakang mata yang sentifif cahaya... kedua-dua retina dan macula tidak boleh dihasilkan semula atau diganti jika rosak... apabila kerosakan berlaku, mata akan terdedah dengan lebih banyak kepada sinar biru, sinar UV daripada cahaya matahari dan lain-lain faktor alam sekitar yang berbahaya, seterusnya meningkatkan risiko kerosakan penglihatan jangka panjang... sinar biru membawa kepada ketegangan mata digital dengan symptom-simptom termasuk penglihatan kabur, mata kering dan sebagainya...
PENYELESAIAN
Dek kerana risaukan kesihatan mata anak-anak, maka makcik dan pakcik telah mengambil inisiatif dengan mendapatkan kaca mata kanak-kanak anti sinaran baru (blue ray) untuk mereka daripada OPTOM... rekaannya pun menarik tau... macam-macam warna dan rekaan yang pasti akan memikat ahti anak-anak kita gitu... haritu, Khairah berkenan dengan spek mata anti blue light yang warna hitam, nak rekaan yang sama macam cermin mata Kaisah dan Nuha lah katakan... makcik dan pakcik ikutkan je sebagai tanda memberikan sokongan moral bagi Khairah (juga anak-anak lain) dalam mengharungi pembelajaran di kala pandemik yang sungguh mencabar ini... memang ada beza cara diorang melayari kelas sebelum dan selepas penggunaan kacamata ni... paling ketara yang makcik perasan adalah fokus mereka dalam sesuatu kelas nampaknya semakin meningkat...
ANTARA KEISTIMEWAAN CERMIN MATA KANAK-KANAK ANTI BLUE LIGHT OPTOM EYECARE
1) MELINDUNGI MATA ANAK DARI BAHAYA BLUE LIGHT
Cermin mata kanak-kanak OPTOM mampu mengurangkan keletihan mata dan melindungi mata dari cahaya biru yang berisiko tinggi menjadi punca kerosakan mata. Terutama dalam situasi penggunaan skrin gajet atau komputer yang berpanjangan.
2) PELBAGAI PILIHAN MENARIK
Terdapat banyak pilihan warna dan design bingkai cermin mata yang menarik untuk dipilih mengikut citarasa anak-anak. Warna dan design cermin mata yang menarik pastinya akan membuat anak lebih teruja untuk memakainya.
3) RINGAN DAN SELESA DIPAKAI
Cermin mata OPTOM direka dengan material yang ringan agar anak-anak selesa memakainya dan dapat menjadikan pemakaian cermin mata ini sebagai habit setiap kali menggunakan gajet, laptop atau ketika menonton tv.
4) BINGKAI CERMIN MATA YANG FLEKSIBEL
Rekabentuk bingkai dan tangkai yang mudah lentur amat bersesuaian dengan sifat anak-anak yang aktif dan lasak. Taklah kita rasa risau cermin mata tu patah dan sebagainya.
5) REKAAN FITTING FRAME-FACE
Cermin mata untuk kanak-kanak ini juga menggunakan rekaan fitting frame-face agar cermin mata tidak mudah tertanggal ketika anak melakukan aktiviti lasak.
Ibu -ayah nak dapatkan cermin mata ni untuk anak-anak juga? Jom layari media sosial Optom Eyecare untuk maklumat lanjut:
#optombangi #jagamata #bahagianpembangunanusahawan #lifestyleblogger #weollsblogspotdotcom #mommyblogger #lifestyleblogger #parentingblogger #optomeyecare #optomeyecarebangi #kesangajet #bahayagajet #kedaispekbangi #optometrist #jagamata
xoxo
17 Comments
Baru tau ada cermin mata yang boleh elak blue light. Blue light ni banyak terdedah kalau selalu tengok komputer je. PDPR ni memang memanjang la tengok komputer.
ReplyDeleteYes, we really need this for our kids right to protect their eyes as they are exposed to the blue light way too much during this pandemic.
ReplyDeleteye betul tu..risau juga anak2 yang selalu kena menghadap screen komputer dari pagi..nasib la petang diorang dah takde kelas sebab ida akan suruh diorang rehat dlu sebelum kelas seterusnya
ReplyDeleteSaya pun nak belikan anak saya cermin mata blue light ni. Hari2 dok hadap hp dan laptop. Risau pulak dengan keadaan mata dia.
ReplyDeleteUntuk yang dewasa ada tak? Dah makin lama menatap pc sejak WFH nie, better pakai yang ada protection kan.
ReplyDeleteThis is a good eye wear for kids. Utk adult punya x ada ker? Hehehe.....just asking.
ReplyDeleteBagus ada spek yang melindungi mata anak-anak. Semoga anak-anak akan lebih fokus belajar dan selesa menggunakan gadget. Al maklumlah belajar dr rumah kan. Hehehe
ReplyDeleteMata anak-anak memang kena jaga lagipun sekarang ni terpaksa tengok screen lama sebab pdpr. Elok sangat guna cermin mata anti blue light ni
ReplyDeleteBagus dr kanak-kanak kita lebih memelihara dan menjaga mereka, sebab terlalu banyak terdedah dengan gadjet, anak sedara Sis pun dah ada gak cermin mata Optom ni..
ReplyDeleteMacam-macam choice ada ya untuk Optom ni. Anak kita ada juga sorang sepasang memang bagus pakai lagi-lagi kuat main game dorang ni..adoi
ReplyDeleteKanak-kanak sekarang memang banyak terdedah kepada blue light memandangkan semuanya dibuat secara dalam talian. Kita yang dewasa ni lagilah.
ReplyDeletebagus ni.. esp iyk kegunaan anak time pandemik.. boleh kiyai jaga keadaan mata pada masa yg sama
ReplyDeleteBagus spek mata kanak kanak anti blue light ni. Dari kecik lagi memang perlu jaga kesihatan mata anak2 :)
ReplyDeleteThanks for sharing this, i also plan to bring my nephew for eye check-up next week.
ReplyDeletebagus didik anak-anak pakai cermin mata dari kecik. bukannya apa sebab dorang ni generasi it banyak terdedah kepada gadget jadi secara tak langsung beri kesan pada mata
ReplyDeleteGood to see more awareness about this Blue Light among the youngsters nowadays... Bagus la Optom ni specialized on this .. next time anyone asked about this, I can suggest them to visit this outlet too...
ReplyDeletewahh info yang sangat bermanfaat <3
ReplyDelete