GIVEAWAY BY NAZFEA SOLEHAH & ARRA SEPHIA

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... pagi semalam, Allah nak uji makcik... makcik near-miss dengan sebuah Hilux di kawasan perumahan makcik je... kebetulan ada kereta yang parking kat bahu jalan dan apabila makcik masuk ke belah kiri (jalan makcik) kereta Hilux yang makan jalan di jalan yang bertentangan, tidak dapat makcik elak... justeru itu, makcik terpaksa jatuhkan badan dan sehingga kini, pergelangan tangan kanan dan kaki kiri makcik masih lagi sakit dan terhencut-hencut dek menahan keseluruhan load badan masa jatuh motor semalam...


Kelam-kabut budak muda yang drive Hilux tu berhenti dan tengok keadaan mackcik... depa betulkan motor dan alihkan ke tepi... berulang-kali mereka tanyakan samada makcik okay ke tak... makcik yang masa tu masih terkejut just diam dan mengangguk sahaja... after like 5 minutes lebih kurang, barulah makcik ada kekuatan nak bangun, sebabnya kaki kiri makcik terlipat kat motor, alhamdulillahlah motor elektrik, kalau motor betul-betul, tak taulah beratnya macam mana... masa tu makcik tak perasan pun muka dah tersagat sikit... makcik cuma fikir keselamatan je masa tu... yelah, dengan kereta park kat bahu jalan, pastu kereta Hilux tu nak masuk simpang dan makan jalan makcik, camno?... but, makcik tak la menyalahkan budak kereta Hilux tu, dah perkara nak jadi kan... cumanya, alhamdulillah, tak teruk la... but still, after one day, makcik masih lagi rasa sakit nak berjalan dan tak boleh nak genggam tangan kanan ni... mohon korang doakan makcik segera beroleh syifak ya...


Actually, makcik tak larat nak up apa-apa entri pun sebenarnya, tapi, last week, makcik ada blogwalking dan ternampak GIVEAWAY ni... harini dah dateline dah... walau macam manapun, makcik nak cuba juga join ya... syarat-syaratnya pun mudah je... korang kalau nak join pun masih sempat lagi ni...


SYARAT-SYARAT

1) Follow blog Nazfea Solehah dan blog kembarnya.
2) Komen di post Nazfea Solehah dan kembarnya. Apa-apa post pun tak apa, janji komen.
3) Komen di chat box mereka jika ada.
4) Buat post entry dan backlink ke sini.
5) Tag rakan anda (optional, kalau ada lagi baik. Ni makcik tak sempat.

HADIAH

Hadiahnya berupa wang tunai RM20 bagi seorang pemenang.

All the best everyone... makcik nak pergi letak ubat muka dan nak tuam bengkak kat mata... till then, take care... daaaa...

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

2 Comments

  1. Syukur makcik selamat
    Selamat bergiveaway

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah selamat... syukur ke hadrat Illahi kan wak...
      Itulah, seronok join giveaway... meluaskan ukhuwah... ;)

      Delete
Previous Post Next Post