Gambar: Ihsan daripada sahabat makcik
BAHAN-BAHAN UNTUK DITUMBUK @ DIKISAR
Bawang merah - 4 biji
Bawang putih - 4 ulas
Halia - 1 inci
BAHAN-BAHAN LAIN
Ayam yang telah digoreng - 6 ketul
Kicap manis - 3 sudu besar
Kicap pekat jalen- 2 sudu besar
Sos tiram - 2 sudu besar
Air - 1/2 cawan
Cili kisar - 2 sudu besar
Daun kucai @ daun bawang - dihiris
Cili merah besar - 1/2 dihiris
Madu - 4 sudu besar
Tengok juga resepi kat bawah ni:
CARA-CARA MEMASAK
1) Tumis bahan tumbuk dengan menggunakan minyak bekas goreng ayam tadi.
2) Bila sudah naik bau, masukkan cili kisar & masak hingga pecah minyak.
3) Masukkan kicap manis + kicap pekat + sos tiram dan air.
4) Perasakan dan masukkan madu.
5.)Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
6) Bila sudah nampak pekat, masukkan hirisan daun kucai dan cili merah besar serta bolehlah ditutup api.
7) Sedia untuk dihidang.
Cuba jangan tak cuba gaissss...
Tengok juga resepi kat bawah ni:
AYAM MASAK HALIA
xoxo
2 Comments
Nampak sedapnyer
ReplyDeleteSaya dah cuba makcik. TERBAIK! Serious sedap resepi ni.
ReplyDelete