Gambar: Ihsan sahabat makcik.
BAHAN-BAHAN
1 biji labu kecil
Santan 1 kotak @ 200 ml santan @ 1 biji santan kelapa
Sagu 1/2 cawan (direndam 5 minit)
Gula merah 3/4 cawan @ gula aren seketul @ gula putih 3/4 cawan (pilih salah satu jenis gula sahaja atau campur campur)
Daun pandan 3 helai
1-2 batang kulit kayu manis (jika suka)
CARA-CARA
1) Kupas kulit labu dan potong sebesar 3-4 jari.
2) Masukkan dalam periuk dan tambah air 5 mug @ 6 gelas.
3) Masukkan garam kasar 1/2 sudu kecil.
4) Nyalakan api dapur.
5) Setelah 5 minit, masukkan biji sagu yang telah direndam tadi dan masukkan kulit kayu manis serta daun pandan dan juga 1/2 santan tadi berserta gula merah @ gula putih @ gula aren (pilih salah satu atau korang boleh campurkan sedikit -edikit ketiga tiganya).
6) Apabila labu telah lembut dan sagu telah kembang masukkan santan pekat. Kacau 2-3 minit.
7) Siap untuk dihidang.
Lihat juga resepi ini:
PETUA
Jangan biarkan serawa mendidih lama kerana apabila santan pecah minyak, serawa akan menjadi kurang sedap.
Cuba tau... all the best gaissss...
xoxo
0 Comments