BERTAWAKKALLAH UMPAMA BURUNG


عَنْ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ أَنَّكُمْ كُنْتُمْ تَوَكَّلُونَ عَلَى اللَّهِ حَقَّ تَوَكُّلِهِ لَرُزِقْتُمْ كَمَا يُرْزَقُ الطَّيْرُ تَغْدُو خِمَاصًا وَتَرُوحُ بِطَانًا

Daripada Umar bin Al-Khaththab RA berkata: Rasulullah SAW bersabda: "Jika sekiranya kamu bersungguh-sungguh bertawakal kepada Allah, nescaya Allah memberi rezeki kepada kamu seperti rezeki seekor burung yang keluar di waktu pagi dengan perut kosong dan pulang di waktu petang dengan perut terisi penuh kenyang." 
(HR Tirmidzi No: 2266)


PENGAJARAN


1) Tawakkal kepada Allah.
Sekiranya tidak buat terbaik, akan tinggalkan kesan kepada team kita.
Orang berniaga biasanya lebih tinggi penyerahan kepada Allah dari kerja gaji tetap sebab bergantung kepada sale, keadaan semasa, ekonomi dan lain-lain.

2) Tawakkal tanpa usaha adalah salah.

3) Nabi umpamakan tawakkal seperti sifat burung.
Burung keluar awal pagi dalam keadaan perut lapar jauh terbang tinggalkan sarang nya untuk mencari makanan. Kita kena seawal pagi, kita mulakan dengan solat, zikir, baca mathurat, ratib, baca quran.

4) Orang berusaha sebaik mungkin akan membawa ketenangan hati, jiwa dan kebahagiaan hidup.
Tak semua yang kita harapkan akan terjadi tapi insyaAllah bahagia sekiranya kita benar-benar tawakkal.

Wallahualam... semoga bermanfaat...

xoxo

Post a Comment

1 Comments