KESAN PENGGUNAAN GAJET DAN KOMPUTER DI PEJABAT PADA MATA DAN PENGLIHATAN

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... mata merupakan antara pancaindera anugerah Illahi yang harus kita jaga sebaik-baiknya... apabila memperkatakan tentang pancaindera, makcik memang agak kancheong... bukan sebab apa... bagi makcik, Allah dah bagi segala yang kita perlukan untuk melestarikan kehidupan kan, maka wajiblah kita sebagai hambaNya menjaganya dengan sebaik-mungkin...

Makcik suka menggunakan diri sendiri sebagai testimoni apabila membicarakan perihal penjagaan mata... untuk pengetahuan korang semua, makcik ni dah start pakai cermin mata sejak berumur tujuh tahun lagi... haaa, mesti korang dah boleh bayangkan betapa tebalnya cermin mata makcik kan... hehehehe... ye, power mata makcik memang agak tinggi... 650 dah sekarang nih... 

KENAPA MAKCIK GUNAKAN DIRI SENDIRI SEBAGAI TESTIMONI?

1) Suka membaca di dalam gelap sebelum tidur sewaktu kecil.
2) Menonton televisyen dengan terlalu hampir sewaktu kecil.
3) Membuat tugasan berasaskan komputer tanpa merehatkan mata.

Apabila makcik menggunakan diri sendiri sebagai contoh, lebih mudah untuk makcik menerangkan kepada anak-anak, keluarga dan sahabat-handai tentang kesan penggunaan gajet kepada mata... kiranya, bagi makcik, apa-apa pun bermula dari rumah, haaa gitu...

So, baru-baru ni, makcik berkesempatan untuk menyertai secara LIVE perbincangan berkenaan PENGGUNAAN GAJET & KOMPUTER : APA KESANNYA PADA MATA & PENGLIHATAN pada 22/01/2022 yang lalu... makcik rasa beruntung kerana dapat bersama-sama mendengar sendiri dan bertanyakan soalan pada sessi pukul 12:00 tengah hari itu...


Untuk pengetahuan korang semua, sessi perbincangan haritu telah dibawakan oleh Bahagian Pembangunan Usahawan MARA dengan speaker yang merupakan seorang konsultan optometri dari Optom Eyecare Bandar Baru Bangi iaitu Doktor Mohd Hafidz Ithnin... beliau bertugas sebagai salah seorang daripada tenaga pengajar di UIA Kuantan sejak 2016 lagi... apa yang menarik, Doktor Mohd Hafidz Ithnin merupakan seorang doktor yang mempunyai pengalaman yang meluas dalam aspek mata juling... beliau telah berjaya menjalankan terapi untuk ramai kanak-kanak dalam merawat masalah mata juling yang mereka alami... 

BOLEH KE MATA JADI JULING WALAUPUN MASA LAHIR ELOK JE?


Haaaa, jom teruskan pembacaan... sebelum tu, korang boleh starkan dulu entri yang makcik akan bagi nih, makcik rasa korang pasti akan memerlukan tips yang dikupas kat sini, klik je 5 TIPS PENJAGAAN MATA UNTUK ANAK YANG KERAP MENGGUNAKAN GAJET... oh ya, untuk pengetahuan korang, ini merupakan sessi kedua yang makcik ikuti tau... memang best penjelasan yang diberikan oleh Doktor Mohd Hafidz Ithnin ni... berikut adalah adalah apa yang sedikit sebanyak makcik dapat daripada perkongsian LIVE haritu... seriously bermanfaat gaissss... kalau korang terlepas nak tengok LIVE tu, korang boleh klik kat sini...


Mengikut beberapa kajian yang telah dijalankan oleh themalaysiareserve.com pada 17/04/2021, akses kepada penggunaan telefon dan komputer telah meningkat kepada 98.6 peratus... memang tidak hiran lagi kerana semenjak pandemik COVID-19 menghantui kita, boleh dikatakan 99.9% aktiviti dilaksanakan di atas talian... daripada pembelajaran hinggalah kepada pekerjaan... pendek kata, apa sahaja yang boleh dilakukan secara maya terus beralih medium berikutan usaha kita sama-sama yang ingin memutuskan rantaian jangkiran virus yang berbahaya ini...

Apabila memperkatakan tentang pembelajaran, sudah tentu ia melibatkan golongan pendidik dan pelajar... apabila membicarakan tentang pekerjaan, secara automatik semua industri akan terlibat.. thus, bagi makcik, memang ada benarnya apabila kajian tersebut menyebut tentang berlakunya peningkatan daripada segi penggunaan gajet...


Mana tidaknya gaissss, dengan penggunaan gajet dalam pekerjaan, secara automatiknya, mata para pekerja akan sentiasa tertumpu ke arah gajet dan juga komputer...

SIAPAKAH GOLONGAN PEKERJA?


1) Pekerja makan-gaji dalam pelbagai bidang (kerajaan dan swasta).
2) Pekerja separuh-masa dalam pelbagai bidang (kerajaan dan swasta).
3) Pemilik perniagaan yang bekerja sendiri.

INI BERMAKNA KITA SEMUA ADALAH GOLONGAN PEKERJA GAISSSS!


Kita perlu cakna dengan penjagaan mata kita... mata merupakan antara pancaindera yang telah dianugerahkan Illahi untuk kita maka jagalah ia sebaik-baiknya... kebanyakan pekerja yang bertugas di pejabat akan sering menggunakan komputer dan telefon mengikut peredaran zaman yang memerlukan penggunaan gajet dalam menyelesaikan tugasan... keadaan ini seterusnya sudah tentu memberikan kesan kepada penglihatan mereka...

KESAN PENGGUNAAN GAJET & KOMPUTER DI PEJABAT



1) PENINGKATAN POWER SPEK MATA


Korang perasan tak, bila selalu dok menghadap komputer dan gajet, kadangkala, mata rasa macam tak berapa nampak je walaupun dah guna spek mata kan... well, makcik sendiri dah alaminya... sebelum ni, power cermin mata makcik untuk kedua-dua mata kanan dan mata kiri adalah sama iaitu 500 degree... baru-baru ni, masa makcik pergi check mata untuk buat cermin mata baru, power mata kanan dah naik kepada 550 degree manakala power mata kiri pula dah naik kepada 650 degree...

Risau juga makcik dibuatnya... mana taknya, sewaktu sessi LIVE, Doktor Mohd Hafidz Ithnin mentioned yang keadaan ini lama-kelamaan boleh menyebabkan saraf belakang mata menjadi koyak... 

MACAM MANA SARAF BELAKANG MATA BOLEH TERKOYAK

Hal ini boleh terjadi apabila mata semakin melonjong (apabila kita kurang nampak, mata akan dipaksa untuk fokus) sehingga menimbulkan stress kepada saraf dan apabila tekanan sudah tidak dapat ditampung, saraf akan terkoyak... risiko untuk menjadi buta tu lebih tinggi gaisss... semoga kita dijauhi daripada musibah sebegini ya...


2) OTOT FOKUS MATA YANG TAK STABIL


Semenjak dok Work From Home ni, makcik perasan bila makcik nak fokus untuk tengok kat sesuatu objek tu, kadangkala pandangan makcik menjadi tidak stabil... sekejap clear sekejap blur... keadaannya lebih-kurang macam kalau kita ambil gambar guna kamera tu... kebiasaannya, bila kita nak ambil gambar, kita akan fokuskan ke arah objek yang kita nak kan... haaaa, lebih-kurang macam tu lah apa yang makcik rasa... mata jadi macam kamera DSLR gitu... then, oleh kerana asyik mencuba untuk fokus, lama-kelamaan otot fokus mata kita akan menjadi tak stabil...


3) MATA CEPAT PENAT


Kesan ini merupakan yang paling sering makcik alami... bayangkanlah ye, bila dah lama-lama makcik dok perhatikan komputer, kadangkala terus rasa blank... haaa, korang pernah alami tak?... ini menunjukkan bahawa mata kita dah penat... kalau dulu, dalam sejam, makcik boleh je duduk kat depan komputer tanpa rasa distracted... tapi itu dulu lah... sekarang nih memang tak boleh dah... kalau tak bangun daripada tempat duduk memang penglihatan jadi kabur dan mata jadi penat serta malas nak fokus dah...


4) JULING


Inilah kesan yang paling makcik takuti... setakat ni alhamdulillah, masih okay... tapi, makcik nak ingatkan diri makcik juga korang semua supaya menjaga mata... korang tau tak, bila mata kita terlalu penat, ia boleh menjadi juling... juling boleh berlaku sekiranya saraf kita bermasalah sehingga ia menyebabkan aligntment mata terganggu...  mata pun ada alignment?... of courselah... mata kan terletak di dalam soketnya... jadi, memang penting ia berada dalam kedudukan yang betul dan tepat... yang paling makcik risau, sekiranya mata menjadi juling, sebagai insan biasa, ia akan membuatkan seseorang menjadi kurang keyakinan diri untuk berhadapan dengan orang lain kannnn...


5) MATA KERING


Haaaa, yang ni pun makcik selalu alami... makcik ni kalau tak pakai cermin mata memang kena pakai kanta lekap... basically, makcik telah disarankan oleh optometris untuk menggunakan kanta lekap bagi mengelakkan power mata makcik terus meningkat... ia memang agak membantu, namun begitu, apa yang makcik perasan... kalau makcik asyik buat kerja je sampai tak rehatkan mata, memang mata akan jadi kering... lepas tu, mulalah rasa tak selesa... kanta lekap asyik rasa bergerak-gerak ke sana ke mari je... seriously, rasa tak best sangat...

Ini yang makcik nak share dengan korang nih... masa sessi LIVE haritu, Doktor Mohd Hafidz Ithnin ada kongsikan berkenaan langkah yang boleh kita lakukan untuk mengurangkan kesan penggunaan gajet dan komputer terhadap mata dan penglihatan... ajommmm kita teruskan...

BAGAIMANA KITA BOLEH MENJAGA MATA?



1) BEREHAT SEBENTAR DAN BOLEH SAMBUNG SEMULA PENGGUNAAN GAJET

Pastikan korang rehat sebentar selepas satu jam penggunaan komputer dan gajet tau... kita perlu memastikan bahawa mata direhatkan sebentar... yelah, asyik fokus je kan... bagilah mata peluang untuk berehat dalam jangka masa 5 hingg 10 minit... lepas tu, sambunglah semula apa yang korang tengah buat tadi... selain daripada dapat merehatkan mata, minda juga dapat direhatkan tak gitu?... mesti dapat hasilkan idea-idea yang lebih bernas lagi lepas berehat kannnn...

 

2) KANTA KHAS UNTUK PENGGUNAAN GAJET


Ada masanya, kita akan pulun buat kerja sebab nak kejar dateline betul?... makcik pun macam tu juga... kadangkala, sampai tak sedar dah duduk lama kat depan komputer... untuk pengetahuan korang, ada je kanta mata khas yang direka untuk penggunaan mereka yang selalu menghadap komputer dan gajet tau... kanta khas ni memang specifically designed untuk membantu kita menjaga mata... namun begitu, suka makcik ingatkan di sini, walaupun korang ada guna kanta khas, pastikan korang tetap rehatkan mata dalam seminit dua juga tau... ala-ala double protection gitu...


3) PENGGUNAAN KANTA PENAPIS BERWARNA BIRU


Kalau makcik dah start buat kerja, selalunya, memang akan berlarutan sampai ke malam... makcik hadaplah komputer atau gajet sehingga makcik pasti bahawa tugasan tersebut telah sempurna disiapkan... makcik yakin, mesti ramai juga yang macam makcik kan kan kan... selalunya, kebanyakan daripada kita seterusnya akan mengalami masalah untuk tidur malam... apakah kaitan bekerja menghadap komputer atau gajet sehingga larut malam dengan masalah susah untuk tidur?

HORMON SISTEM TIDUR TERGANGGU

Untuk pengetahuan korang, cahaya biru daripada komputer atau gajet akan mengganggu hormon sistem tidur kita sehingga membuatkan kita sukar untuk melelapkan mata... last-last, jadi insomnia... payah ooo kalau dah kena insomnia... masa zaman mula-mula kerrja dulu, makcik pernah kena insomnia... mata panda pun kalah lah kalau nak dibandingkan dengan keadaan mata makcik waktu tu... so, untuk mengatasinya, korang boleh buat satu cermin mata khas yang ada blue light filter di Optom Eyecare untuk mengelakkan hormon badan korang terganggu okay...


4) GUNA AIR MATA TIRUAN (ARTIFICIAL TEARS) SEKIRANYA MATA MENJADI KERING


Bila dah dok menghadap komputer dan gajet, kadang-kadang tangan ni asyik nak gosok mata je betul tak?.. basically, itulah tindak-balas refleks kita apabila mata menjadi kering... eh, korang jangan gosok mata tau... menurut Doktor Mohd Hafidz Ithnin, power silau boleh meningkat ya kalau korang amalkan menggosok mata... makcik faham, apabila mata kering, kita akan berasa tak selesa... namun begitu, hilangkanlah ketidakselesaan itu dengan menggunakan air mata tiruan... titiskan air mata tiruan ke permukaan mata based on cara-cara penggunaannya tau... insyaAllah, mata akan menjadi selesa...

Oh ya, kemuncak kepada sessi LIVE yang makcik sertai tu, Optom Eyecare Bandar Baru Bangi turut memberikan bonus awal tahun untuk kita semua dengan membawakan berita gembira... promosi 50% diskaun untuk bingkai custom-made (BESPOKE FRAME) akan diadakan gaissss!

Promo code: optommara

Promosi ini berjalan sehingga hujung Februari 2022.

Korang boleh datang ke Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk menjalani pemeriksaan power mata yang mana setiap aspek untuk menghasilkan cermin mata yang selesa akan diperincikan... kalau korang nak tahu, basically, jarak daripada mata ke kanta cermin mata, jarak telinga ke muka juga jarak bagi kanta cermin mata ke telinga adalah antara perkara yang penting untuk memperoleh keselesaan dalam pemakaian cermin mata...

Setiap ukuran untuk BESPOKE FRAME ini akan dihantar ke makmal di German dan proses untuk menyiapkannya akan mengambil masa kira-kira 1 bulan (Made In German)

Jadi, apa tunggu lagi? Cepat ke Optom Eyecare Bandar Baru Bangi untuk mendapatkan konsultasi... jom grab promosi ini sebelum terlambat....

Untuk maklumat lanjut sila whatsapp 011- 11479093 atau layari laman tertera di bawah;


Optom Eyecare Bangi.
No.37, Jalan 8/1, Seksyen 8, Bandar Baru Bangi, 43650 Bangi, Selangor Darul Ehsan.
(Berdekatan Marrybrown)

#optombangi #jagamata #bahagianpembangunanusahawan #lifestyleblogger #weollsblogspotdotcom #mommyblogger #lifestyleblogger #parentingblogger #optomeyecare #optomeyecarebangi #bespokeframe #kesangajet #bahayagajet #kedaispekbangi #optometrist #jagamata

xoxo

Tini Alif

20 years of experience within the technical, manufacturing and services environment. Assists brands and companies to achieve their targeted and potential customer through writing service such as article writing, copywriting, ghostwriting, manuscript writing, technical writing, content marketing and translation amongst others. Interested to collaborate? Email: hartini.hussain.work@gmail.com or WhatsApp at +601154054677

11 Comments

  1. Sebab tu semakin ramai budak2 sekarang pakai cermin mata rabun

    ReplyDelete
  2. Thanks for the code, I'm planning now to have a pair of new glasses to protect me from blue light. Cheers Siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  3. Nie kat area rumah Rawlins je nie. Boleh la pergi kelak, since dah ada discount code nie. Thanks

    ReplyDelete
  4. Kita insomnia. Setiap hari tido lepas subih dan payah nak tido. Keje lak mmg mengadap komputer. balik umah bukak lappy lagi henpon bagai. Then dah start pakai spek kurang setahun. Huhu. Nak kena buat spek baru juga ni. Boleh pakai kod diskaun sini :)

    ReplyDelete
  5. Wahh ada promo sampai 50% tu! Saya selalu juga alami masalah yang sama, ialah kerja begini menuntut banyak masa dihabiskan di hadapan skrin gajet. Kadang susah nak elak. Okay, nanti nak cuba check out Optom Eyecare ni lah!

    ReplyDelete
  6. Kena pupuk kesedaran ni dari awal supaya masih boleh dikawal.

    ReplyDelete
  7. Yeah... so true. Reading in the dark is very bad for the eyes. It's a bad habit I've now trying to quit pronto. Thank you for sharing.

    ReplyDelete
  8. penting sebenarnya penjagaan mata.. bagus perkongsian informasi sepeti ini

    ReplyDelete
  9. Memang tak di nafikan, bukan anak aja, kadang kita yang dewasa ni pun kalau lama ngadap laptop/hp pun boleh rosak mata kan.. kena pilih jenama spek cermin yang sesuai.. nnti Sis nk try juga ke Optom ni..

    ReplyDelete
  10. I pun nak pergi check my eyes, setiap hari menghadap gadgets mesti ada kesan nyer.

    ReplyDelete
  11. Ya memang tiap hari pun ngadap gadjet. No choice kannn.. memang kena pi check mata regularly. Ada promo code, menarik nya! Nanti nak pegi laaa

    ReplyDelete
Previous Post Next Post