RESEPI KERUTUK AYAM

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... memasak untuk keluarga merupakan suatu kepuasan bagi makcik... lebih-lebih lagi apabila melihat pakcik korang dan anak-anak makcik makan bertambah-tambah... hilang rasa penat memasak... walaupun makcik tak terror memasak, makcik tetap cuba untuk memasak apa jualah yang dipinta oleh syurga hati makcik... makcik ni pun tak la rajin je manjang... ada jugak masanya bila Vitamin M menebal, maleh bebeno rasanya... hehehehe...

Kalau dah cenggitu, kadang-kadang makcik masak yang simple-simple main campak-campak je... anak-anak makcik memang makcik dah start train diorang masak yang basic cooking since diorang berumur enam tahun gitu... jadinya, anak-anak makcik memang dah boleh la masak yang ringkas-ringkas macam tumis sayur, telur dadar, ayam sweet sour, nasi goreng, bubur dan sup... kadangkala, makcik siapkan bahan then anak-anak yang masak... di samping melatiih diorang dapatlah jugak relax sikit kan...


So, hari ni makcik nak share dengan korang resepi yang makcik suka masak sebab rasanya ala-ala rendang agitchewwww... almaklumlah, rendang ayam merupakan antara lauk favourite makcik... so, here we go... sonang yo nak masak resepi ni... mempersembahkan resepi kerutuk ayam... zassss...

BAHAN-BAHAN


1/2 ekor ayam
1 cawan santan
2 sudu kerisek
Rempah 4 sekawan (cengkih, kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga)
1/2 bungkus rempah kerutuk Adabi
1/2 bungkus rempah kari Adabi
Air
Minyak
Garam
Gula melaka (ikut citarasa, nak manis lebihkan sikit)

BAHAN-BAHAN (KISAR)


7 tangkai cili kering.
6 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 cm halia
1 batang serai

CARA-CARA


1) Panaskan kuali dan masukkan minyak. Tumis bahan yang dikisar bersama 4 sekawan.
2) Masukkan gula melaka dan gorengkan kesemua bahan sehingga garing.
3) Apabila bahan telah garing, masukkan rempah kari dan rempah kerutuk bersama sedikit air dan kacau.
4) Masukkan ayam lalu campuran digaul bersama-sama.
5) Masukkan kerisik, santan dan garam secukup rasa.
6) Kacau sehingga kuah menjadi pekat dan agak kering.
7) Siap.

Cuba jangan tak cuba tau...

Korang mungkin meminati resepi ini juga...



xoxo

Post a Comment

2 Comments

  1. sedap!!!
    makan dgn ketupat. memang aura hari raya sgt :)

    ReplyDelete
  2. ammi suka lauk yg "rich" camni..rasa kenyang je

    ReplyDelete