RESEPI CHICKEN MEAT ROLL YANG MUDAH DAN LAZAT

3

BAHAN-BAHAN (KULIT)


6 keping kulit tauhu kering
1 biji kuning telur

BAHAN-BAHAN (INTI)


2 mangkuk kecil isi ayam kisar
1 sudu teh secukup rasa
1 batang lobak (dihiris halus)
Sedikit daun bawang (dihiris halus)
3 ulas bawang putih (dicincang)
1 sudu teh serbuk lada
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar minyak bijan
1 sudu besar kicap cair
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur

Korang mungkin meminati resepi ini juga:



CARA-CARA


1) Masukkan semua bahan inti dan gaul hingga sebati. Tambah secukup rasa jika suka lebih masin.
2) Masukkan inti tadi di atas kulit tauhu kering.
3) Sapukan setiap sisi kulit tauhu dengan kuning telur
4) Balut seperti popia dan bakar pada suhu 160C selama 10 minit.

TIPS: Tak perlu sapu minyak atas kulit tauhu sebab akan lembut dan lembab apabila sejuk.


Selamat mencuba gaissss... cuba, jangan tak cuba hokey...

Kredit: Mellisa Mullen

xoxo

Tags

Post a Comment

3Comments
  1. Jumpa resepi ini waktu tiada air di rumah.... Nampak sedappp...

    ReplyDelete
  2. menarik. guna tauhu kering tu.
    tauhu kering ni feveret. kalau dgn yong tau foo pun aida suka amik tauhu kering ni.
    tq for sharing. idea baru yg simple tapi confirm sedap ni kan :)

    ReplyDelete
  3. arwah mama selalu buat dia goreng...tp idea bakar dlm oven ni not bad..at least takdelah berminyak sangat..

    ReplyDelete
Post a Comment
To Top