6 KELEBIHAN MENGGUNAKAN AIR FRYER

Assalamualaikum dan hai hai hai everything... baru-baru ni, anak makcik hari-hari la dok kenen kat pakcik korang sebab dia nak beli air fryer... macam-macam menu lah anak makcik keluarkan ala-ala nak mempengaruhi pakcik korang supaya bersetuju dengan rengekannya tu... makcik yang curi-curi dengar terfikir pulak, ye ke macam-macam jenis masakan boleh dimasak dengan menggunakan air fryer? Ye tak ye je lah anak makcik nih...

Sementelah kami bercuti panjang yang tak berapa nak panjang masa awal tahun haritu, makcik pun recce la maklumat tentang air fryer ni... bukannya apa, masa awal tahun 2022 haritu, makcik sekeluarga alhamdulillah berpeluang pulang ke rumah mertua... adik-beradik pakcik korang semuanya ada juga... bila dah ramai-ramai tu, opkoslah kami pun rancak dengan aktiviti masak-memasak...

Nak dijadikan cerita, one of the kitchen appliances yang kami gunakan adalah pressure cooker... memang cepatlah bila masak nasi guna pressure cooker tu... 12 minit je SIAP... so, when my eldest exclaimed about kebaikan penggunaan air fryer, makcik tak berapa nak brain... hehehehe... macam style budak-budak sekarang cakap kan... tak boleh brain gitu... yelah, makcik masak guna pressure cooker... tang mananya yang ada persamaan dengan air fryer kan... so, makcik pun survey la regarding air fryer... thus, inilah hasil daripada pencarian makcik berkenaan kelebihan penggunaan air fryer... ajommm...


6 KELEBIHAN MENGGUNAKAN AIR FRYER


1) JIMAT PENGGUNAAN MINYAK MASAK

Sekarang ni, korang pergilah mana-mana kedai runcit, memang susah naaaa nak cari minyak masak yang peket tu kan... yang ada minyak botol je... well, bukanlah consumer macam kita ni tak boleh nak beli minyak botol tu tapi banyak lagi benda lain yang lebih penting yang perlu kita utamakan kan... minyak botol ni harganya berlipat kali ganda kalau nak dibandingkan dengan minyak masak... kadang-kadang, kita ni nak guna sikit je minyak masaknya tu... takkanlah nak beli hat botol punya kannnn... selagi boleh jimat, kita cuba jimat tak gitu?... makcik pun tak faham kadang-kadang tu, asyik takde stok je minyak peketnya pun... kesian kat kita golongan marhaen ni kannnn...

2) MAKANAN MENJADI RANGUP SEMULA

Hat ni makcik pernah cuba dengan menggunakan air fryer mak saudara makcik... masa tu, ada kerepek yang hampir lemau teksturnya... masa kunyah tu memang dah terasa dah bibit-bibit permulaan nak lemau tu... so, mak saudara makcik suruh masukkan kerepek tu kat dalam air fryer dia dalam satu hingga dua minit kalau makcik tak silap... apabila dikeluarkan, tekstur kerepek tu menjadi rangup semula gaissss... seriously, rasa macam tak percaya je masa mula-mula tu... tapi, bila dah cuba sendiri... memang terbaiklah hasilnya...

3) TIADA PENGHASILAN ASAP

Makcik ada la belek-belek air fryer mak saudara makcik haritu... makcik dapati air fryer ni ada air filter yang dah dibuilt-in... basically, air filter berfungsi untuk menapis udara... thus, bila makcik tengok dalam air fryer ni ada built-in air filter, makcik fahamlah kini kenapa bila masak menggunakan kitchen appliance ni takde asap yang dikeluarkan... basically, penapis udara tu akan menyaring udara yang berada di dalam air fryer tersebut... tu yang takde asap dan takde bau yang dibawa dek angin bayu membawa diriku sepintas lalu kuterkenangkanmu... hehehehe... takdelah bila masak tu jiran pun tertanya-tanya, siapalah yang masak sedap beno ni... haaa, gitu...


4) KURANGKAN KANDUNGAN LEMAK DAN KOLESTEROL

Lepas dah belek-belek air fryer mak saudara makcik haritu, kami pun masak la so-called ayam grill kat dalam air fryer tu... lepas dah siap, masa makcik try chicken grill tu memang terasa yang rasanya hampir sama seperti kita memasaknya menggunakan oven atau bakar di atas arang... teksturnya nampak sedikit berbeza tapi rasanya tidak lari jauh... apabila kita memasak menggunakan air fryer, minyak tidak digunakan, jadi secara automatiknya, kandungan kolesterol dan lemak (in a way) dapat dikurangkan... best ke best?...

5) PELBAGAI FUNGSI MASAKAN

Okay, ini yang paling makcik suka... air fryer ni dah lah mudah untuk digunakan, siap ada pelbagai fungsi masakan pulak tu... cakap je nak masak style apa... nak panggang ayam boleh, nak buat steak boleh, nak bake cake boleh, nak buat kuih raya pun boleh... pendek kata, macam-macam bolehlah... makcik belum sempat explore keseluruhan function air fryer mak saudara makcik tu... but fret not, makcik rasa nanti masa dah ada air fryer sendiri, makcik akan check semua sekali... Eh! Tiber pulak ada ayat masa dah ada air fryer sendiri... hehehehe... makcik dah tergoda dengan penemuan terbaik air fryer ni sebenornya...

6) MASAK DENGAN CEPAT DAN EFISIEN

Makcik rasa korang dah sedia maklum yang apabila memasak menggunakan air fryer segalanya menjadi lebih mudah... sebabnya, air fryer telah dilengkapi dengan termostat yang boleh di-set dan membolehkan kita untuk menyesuaikan suhu dengan tepat... bila suhu dah tepat, timing pun cantik, sudah tentulah kerja-kerja memasak akan menjadi lebih efisien...

So laaa nih makcik nak share dengan korang semua, air fryer yang mak saudara makcik guna haritu... makcik pun dah bagitau kat anak makcik untuk recce yang ni jugak sebab makcik berkenan dengan hat warna hijau tu... menarik, tertarik, the bomb gitu...

DESSINI AIR FRYER 4.3L 


Air fryer’s technology enables you to make the tastiest french fries or fried chicken that contain up to 80% less fat! Enjoy delicious fries, snacks and meals in a healthy and fast way.

SPECIFICATION


1) Capacity : 4.3 Liter.
2) Analog timer.
3) 30 Minutes timer.
4) Adjustable Temperature Range up to 200 degree Celcius.
5) Display cooking guide with temperature and timer on the top of the cooker.
6) Watt : 1300 W.
7) Overheat protection.

 

HOW TO USE


1) Open the frying pan, put the food inside, close the fryer and plugged in.
2) Setting for the timer to adjust the cooking time of food.
3) Setting for the temperature adjusts the cooking temperature of food
4) When the timer be ring, cooking is finished



Sambil-sambil korang tengok gambar air fryer tu, nah makcik bagi bonus resepi kat korang...

KUIH BAKAR GUNA AIR FRYER


Credit to: Nor Muhamad Ilyas


BAHAN-BAHAN

1 cawan air daun pandan
2 cawan santan @ 1kotak kecil santan
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil pewarna hijau
1 cawan gula
2 biji telur
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil esen vanilla
Sedikit serbuk kulit kayu manis untuk aroma (optional)

CARA-CARA
 
1) Kisar semua bahan hingga sebati.
2) Masukkan adunan ke dalam air fryer dan bakar pada suhu 170°C selama 45 minit. (Boleh bahagikan adunan kerana bahannya adalah untuk 2 biji kuih bakar).
3) Sejukkan dahulu.
4) Siap.


xoxo

Post a Comment

7 Comments

  1. Memang memudahkan pakai air fryer. Kat rumah ada 2 jenis dah. Boleh berkerjasama memasak sekaligus. Hehe.

    ReplyDelete
  2. Yes. Rawlins pun ada air fryer dan guna untuk kurangkan penggunaan minyak setakat nie. Now ada resipi, nak try la pasnie

    ReplyDelete
  3. Ada juga air fryer tapi kalau nak panaskan pisang yang dah digoreng, rangup lagi kalau pakai air fryer. Krup krap makan tu. Hehe

    ReplyDelete
  4. wahhh banyak kegunaan air fryer ya, bagus2, suka la design air fryer dessini ni, kaler dia mengancam

    ReplyDelete
  5. I agree with you, after using air fryer i hardly fry chicken the usual way coz using air fryer i only use a bit of oil.

    ReplyDelete
  6. macam2 kan boleh disediakan dengan air fryer.. senang dan mudah.. comel kaler air fryer dia

    ReplyDelete
  7. Air fryer ni memang healthy, one of a reason I suka sebab kurang minyak, tapi husband suka bnyak minyak haha

    ReplyDelete