Assalamualaikum and hi hi hi everything... lagi #throwback 3 years ago... tiber teringat... kids will always be kids... all work and no play makes Jill a dull girl... that's part of our homeschool module (Khairah at the moment)... having balance of both academic and co-curricular activities... simple yet full of excitement... homemade slime in progress...
Laaa, patutlah seluar polkadot tu Khairah dah tak muat, since 3 years ago rupanya... sebelum tu tak ingat dah Khairah start pakai since when... hehehehe... dah makin beso dah munchkin berdua ni... now, mula-mula main elok-elok, kejap lagi, dah riuh kat sana, riuh kat sini... kadang-kadang, geram pun ada, dok menjerit je kejenya... but on the other hand, rindu pulak macam masa diorang kecik-kecik dulu...
Nanti bila anak-anak dah makin besar, dah start teringat time diorang kecik-kecik... depa baru sekolah rendah, iollssss dah start fefeeling macam tu... macam manalah nanti bila anak-anak semua dah besar kan?...
Oh ya, slime ni Nuha dan Khairah buat sendiri tau... nah makcik bagi resepinya kat bawah ni... korang pun boleh buat sendiri...
BUAT SLIME GUNA SYAMPU DAN UBAT GIGI
BAHAN-BAHAN
Syampu
Ubat gigi
Garam
CARA-CARA
1) Tuangkan 3 sudu besar syampu ke dalam mangkuk adunan.
2) Masukkan 2 sudu besar ubat gigi ke dalam mangkuk.
3) Gunakan alat pengadun untuk mengacau bahan-bahan.
4) Kacau sehingga adunan menjadi konsisten dan seragam. Sekiranya tekstur tidak seimbang, boleh tambahkan syampu atau ubat gigi secukupnya.
5) Masukkan sedikit garam.
6) Gaul sehingga adunan menjadi sebati teksturnya.
7) Bekukan selama 15 minit.
8) Siap.
NOTE: Warna slime akan based on warna syampu yang korang gunakan.
Ni ada lagi satu resepi kalau korang nak cuba... mudah jugak masa tengok Nuha dan Khairah buat... but of courselah kakak Kaisah dan abang Thaqif pun ada tolong diorang...
BUAT SLIME GUNA BAKING SODA DAN SABUN PENCUCI PINGGAN-MANGKUK
BAHAN-BAHAN
Baking soda
Sabun pencuci pinggan mangkuk
Pewarna makanan
CARA-CARA
1) Tuangkan 1 cawan baking soda ke dalam mangkuk.
2) Masukkan kira-kira 1 sudu besar sabun pinggan-mangkuk cecair dan kacau.
3) Lendir slime akan mengikut warna sabun pencuci pinggan-mangkuk.
4) Tambah pewarna makanan jika suka.
5) Tambah lebih banyak sabun pencuci pinggan-mangkuk sehingga korang mendapat tekstur yang berkrim.
So, jangan lupa untuk cuba tau gaissss... boleh buat dengan anak-anak... memag ralit kalau diorang dah dapat main slime nih... cumanya, bagi makcik, lebih baik main dengan slime yang kita buat sendiri... at least, kita tahulah kan apa bahan-bahan yang ada kat dalam benda tu, tak gitu?...till then, see you when I see you... daaaa...
#bondingmoments #rindu #mommyblogger #parentingblogger #lifestyleblogger
xoxo
0 Comments